Sulam Tampal Baju Kurung Kanak-kanak

Baju di atas adalah baju si kecil Alissa Zahra, untuk Raya Tahun 2010. Baju ini juga telah Cheq Sue tayangkan di tv semasa muncul di rancangan Nasi Lemak Kopi ‘O. Cheq Sue berhasrat untuk kongsikan teknik sulaman tampal ini sedikit masa lagi, jika diizinkan Allah.

Kalau tiada aral, Cheq Sue juga berhasrat untuk menjual pakaian baju kurung kanak-kanak yang bersulam seperti ini, targetnya untuk promosi Hari Raya 2012. Jadi buat peminat Cheq Sue, kalau berminat jangan lupa nantikan produk terbaru daripada Cheq Sue ini. Selain itu sudi-sudilah like kat fan page butik Cheq Sue yang baru beroperasi 1 Mac 2012.
Bengkel Sulaman Tampal & Khabar Dari Cheq-Sue


Tarikh: 1 April 2011
Tempat: Pejabat Daerah Seberang Perai Selatan
Dalam diam dan low profile kat Daerah kecil di Jawi, SPS, Pulau Pinang, cheq-sue tak sangka ada juga yang mengenali Cheq-Sue dan menghargai bakat yang ada. Puspanita Daerah SPS ini agak aktif, dan banyak menganjurkan bengkel-bengkel kraf, masakan dan lain-lain lagi. Atas undangan daripada Pejabat Daerah, tempat Cheq-sue menetap sekarang, Cheq-sue tak sampai hati nak menolak jemputan utk mengajar. Maka inilah group yang pertama Cheq-Sue ajar dalam tahun ini.
Sebenarnya banyak jemputan dan permintaan tak kira daripada syarikat swasta, badan kerajaan atau perseorangan yang meminta utk Cheq-sue mengajar sulaman, tapi oleh kerana kesibukan tugas yg dipegang sekarang….Cheq-Sue terpaksa menolak dengan berhemah. Tahun ni Fokus kpd kerja…90%, 10% je utk hobi. So….aktiviti memanik, kait atau sulaman terbantut buat sementara waktu. Manakan tidak, almost everyweek Cheq-Sue travel dan setiap minggu menginap di hotel yang berlainan demi menguruskan kursus-kursus dalaman Staf MARA seluruh Malaysia.
Cheq-Sue @ TV9

Hari ini 3 Sep 2010, Pengalaman pertama Cheq-Sue muncul di TV dalam rancangan "Nasi Lemak Kopi ‘O". Alhamdulillah semuanya berjalan lancar. Cheq-Sue nak ucapkan berbanyak terima kasih kepada Penerbit Rancangan atas jemputan ini. Tak lupa juga kepada krew-krew di belakang tabir. Paling seronok kerana dapat bekerjasama dengan Farah dalam sesi temubual tersebut.
Oh ya, buat pembaca-pembaca blog cheq-sue.com, terima kasih atas sokongan kalian. Masa amat terhad, tak sempat nak tunjuk semua teknik-teknik untuk “sulam tampal”, jadi di sini juga Cheq-Sue nak promo, kalau nak tahu lebih lanjut teknik-teknik sulam tampal serta jenis-jenis jahitan yang digunakan, cepat-cepatlah daftar untuk join 





Sulam Tampal Kusyen Raya


Waktu-waktu begini mungkin orang lain sibuk menjahit manik pada baju raya, tapi Cheq-Sue pulak sedang sibuk menyulam tampal sarung bantal kusyen raya. Jika anda melihatkan bunga-bunga yang berwarna-warni dan kembang mekar tu….begitulah juga hati Cheq-Sue apabila menerima panggilan daripada Cik Linda dari TV9 meminta supaya Cheq-Sue membuat demo “Sulam Tampal Kusyen Raya” untuk segmen “Buat Sendiri” dalam Rancangan Nasi Lemak Kopi‘O. Gambar di atas adalah salah satu hasil kreatif Cheq-Sue untuk ditunjukkan dalam segmen tersebut. Jadi buat semua peminat blog 
Sulaman Tampal


Pada 5hb Disember 2007 yang lalu cheq ke Penang kerana memberi taklimat Pra-Persaraan kepada peserta-peserta kursus, semasa di Airport Pulau Pinang cheq sempat window shopping dan terpandang t-shirt baby yang sangat cantik kerana kreativiti sulaman tampal pada t-shirt tersebut. Cheq pun minta izin dengan jurujual untuk snap gambar t-shirt tersebut untuk dikongsi dalam blog ni. Sekurang-kurangnya dapat memberi idea kepada kita dan dapat tambah satu lagi koleksi sulaman yang sungguh menarik dan bagi cheq amat mudah kerana hanya menggunakan 2 jenis jahitan tangan iaitu "jahitan lubang butang atau insang pari" dan "jahitan tali air". Apa yang lebih penting ialah kreativiti kita untuk mencorakkan potongan-potongan kain tampal itu untuk menghasilkan suatu motif yang menarik. Ini adalah gambar sulam tampal pada t-shirt tersebut.

Jika dilihat dengan teliti teknik sulaman tampal ini hanya menggunakan perca-perca kain dan disusun cantik membentuk kelopak bunga dan ditambah dengan jahitan tali air sebagai batang dan daun. Manakala untuk mencantumkan perca kain yang telah digunting kepada t-shirt kosong tersebut ialah dengan jahitan lubang butang. Sulaman jenis ini juga boleh dipraktikkan pada kain alas meja, cadar, sarung kusyen dan sebagainya.







