Baju Raya 2012 ini Cheq Sue nak aplikasikan teknik 3D pulak. Sekarang ni teknik 3D sangat HOT di pasaran. Ramai yang menyangkakan teknik 3D ini susah dah sangat rumit. Ianya menjadi rumit jika kita buat design yang sarat. Cheq Sue pulak memang tak suka design yang sarat……Cheq Sue lebih suka yang manis-manis ajer. Simple but sweet! Sekarang ni, masih dalam proses menyiapkan beberapa sample tutorial untuk Manik Ruffles nih.
Sebenarnya, dengan teknik semudah ini sahaja…………..anda dapat menghasilkan pelbagai design yang sangat cantik! cuma tambah sikit dengan bunga-bunga dari teknik-teknik sebelum ini yang pernah Cheq Sue kongsikan dalam blog ini.
Aktiviti bling-bling baju raya dah bermula. Baju customer nih dia request manik yang simple but elegant. Sangat sesuai dipakai semasa beraya ataupun majlis makan malam. Kilauan daripada labuci tu sangat menyerlah terutama pada waktu malam. Design yang simple dan hanya menggunakan 2 teknik asas iaitu:
Tentu ramai yang dah familiar dengan gambar kat atas tu. Sampel E-Tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga ni asalnya cheq sue jahitkan pada kain kosong warna putih….tersimpan aje dlm kotak jahitan. Oleh kerana cheq-sue dah mula bercuti….sementara menantikan kelahiran…..datang pulak semangat nak menjahit sesuatu. Terpandang kain felt yang belum berusik…..dapatlah idea nak buatkan key-chain ni. Inilah cubaan pertamaku. Macam tong drum aje rupanya. Hehehe….enjoy!
Alhamdulillah, tak sangka sambutan utk E-tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga laris macam pisang goreng panas….(hmm teringinnya nak makan pisang goreng kat Pertama Kompleks nun jauh di KL sana….uhukuhuk:().
Terima kasih atas sokongan kalian. Bagi yang dah beli E-tutorial tu……tentu perasan bunga yang warna oren-biru tu….tak dimasukkan langkah-langkahnya. Sengaja Cheq-Sue tak memasukkan teknik jahit manik bunga dahlia dalam E-Tutorial tu….supaya korang akan tetap singgah bertamu ke blog cheq-sue utk dapatkan tekniknya. Lagipun, lepas ni byk lagi nak dikongsikan….kalau korang tak jenguk blog ni….rugilah kan.
Ikuti Langkah-langkahnya:
1. Lukis bulatan ukuran syiling 20sen. Tandakan 1 titik di tengah bulatan.
2. Setiap kali jahit, gunakan 3 keping labuci dan 3 biji manik bulat berselang-seli. Mulakan dari atas garisan menghala ke dalam bulatan. Rapatkan manik & labuci dan cucuk jarum bersebelahan manik terakhir dengan menghala ke tengah bulatan. Keluarkan jarum bersebelahan barisan labuci pertama dan mesti di atas garisan. Ulang masukkan 3 labuci dan 3 manik berselang seli.
3. Ulang langkah 2 sehingga mengelilingi bulatan.
4. Langkah seterusnya, bagi bulatan ditengah ini boleh utk menukarkan warna labuci yang lain. Hanya perlu ulangi langkah no-2 sehingga semua ruang dipenuhi. Untuk jahitan manik bunga dahlia, kebiasaannya kita tak letak pearl besar ditengah-tengah bunga. Sebab design ni dah sedia timbul (berbanding dengan manik bunga teratai, bahagian tengahnya berlekuk spt mangkuk & perlu diisi dgn manik pearl baru naik seri)
Pembaca yang berminat mendapatkan tutorial ini sila buat pembayaran RM10.00 sahaja ke akaun CIMB seperti di bawah dan emelkan info transaksi bayaran kepada
Cheq-sue baru sahaja siap menyudahkan sulaman ini utk sebelah tangan baju pada pukul 2.00 pagi 26 Nov 2009. Design sepenuhnya tunggu sedikit masa lagi, kerana cheq-sue bercadang nak tambahkan jahitan manik tabur pula. Terima kasih kepada Cik Glamstarz kerana idea design ini cheq-sue dapat setelah berkunjung ke fotopages beliau.
Berikut beberapa teknik yang sempat cheq-sue snap untuk dikongsi bersama kalian.
1. Cheq-sue siapkan bunga daisy dahulu untuk seluruh lengan baju. Guna teknik lazy daisy.
2. Rupa benang di bahagian belakang kain. Matikan jahitan di tengah belakang kain.
3. Seterusnya gunakan teknik tali air untuk jahitan batang bunga.
4. Kemudian jahitkan 2 butir manik silinder dan 1 labuci hijau untuk membentuk daun. Buatkan dalam 3 kelopak daun.
Teknik manik berry ini hampir sama dengan teknik manik jurai bagi jurai yang tergantung-gantung tu. Cuma perincian di bahagian buah ada sedikit kelainan. Juraian manik berry ini boleh juga dibuat pendek iaitu dengan menggunakan 2-3 manik sahaja. Untuk di bahagian leher begini sesuai dibuat jurai panjang seolah-olah loket rantai.
Berikut adalah langkah-langkahnya:
1. Keluarkan jarum dari bawah kain. Lokasi mengikut kesesuaian (cth bawah bunga water lily)
2. Masukkan seberapa byk manik sesuai ikut panjang jurai yg dikehendaki melalui jarum dan diakhiri dengan sebutir manik pearl sederhana besar. Tolak manik rapat hingga ke pangkal benang.
3. Kemudian untuk mendapatkan bentuk berry, masukkan 5 butir manik bulat kecil (bilangan manik kecil hendaklah sesuai utk separuh lilitan pearl). Cucuk jarum pada lubang pearl arah bertentangan
4. Tarik jarum keluar dan ulangi langkah 3 sehingga seluruh permukaan pearl dilitupi manik kecil tersebut.
5. Akhir sekali masukkan sebutir manik kecil kedalam jarum dan halakan mata jarum kembali ke lubang pearl yang di hujung jurai. Perlahan-lahan susupkan jarum melepasi semua lubang pearl dan manik-manik hingga ke pangkal. Keluarkan jarum di sebelah dalam kain dan matikan jahitan.
Selamat mencuba semua. Jumpa lagi….kalau tak faham juga, boleh daftar untuk sertai bengkel sulaman manik bersama cheq-sue yea.
Selepas menyiapkan baju raya Ain, kini giliran baju raya Aisyah pula. Kesian Aisyah, setiap kali melihat cheq-sue menjahitkan manik pada baju Ain, terkulat-kulat mata Aisyah melihat seolah-olah mengharapkan bajunya juga dijahit manik macam tu.
Baju dibeli siap di pasar malam kat rumah aja. Selepas Kak Zarina minta jahitkan manik pada baju raya Ain, barulah cheq-sue terfikir nak jahitkan manik pada baju raya Aisyah juga. Selama ini buat utk diri sendiri sahaja….untuk anak rasa mcm tak perlu sebab badan mereka cepat membesar, sayang baju tu dipakai sekejap sahaja,
Maka, inilah pertama kali cheq-sue jahitkan manik pada baju raya Aisyah. Lihat aja corak pada baju, cheq-sue terus terlintas design nih. Comel & cute…..secomel pemiliknya. Baju ni cheq-sue siapkan selama 5 jam iaitu dari pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tgh tadi. Selepas bersahur & sembahyang subuh mata dah tak boleh lelap, sambil buat kerja-kerja rumah, cheq-sue terus aja menzahirkan idea sulaman manik di atas baju raya Aisyah ini.
Tengoklah aksi-aksi Aisyah ni:
Tangannya mesti nak gentel-gentel manik berry yang berjurai-jurai tu. Manik berry ni memang menarik perhatian kanak-kanak. InsyaAllah akan cheq-sue kongsikan teknik Manik Berry ini nanti.
Model Baju Raya ni (Aisyah Sofea 3 tahun) baru bangun tidur & belum mandi terus bergaya depan kamera.