Navigate / search

Projek Terbaru – Sulam Benang, Manik & Labuci

Cheq-sue baru sahaja siap menyudahkan sulaman ini utk sebelah tangan baju pada pukul 2.00 pagi 26 Nov 2009. Design sepenuhnya tunggu sedikit masa lagi, kerana cheq-sue bercadang nak tambahkan jahitan manik tabur pula. Terima kasih kepada Cik Glamstarz kerana idea design ini cheq-sue dapat setelah berkunjung ke fotopages beliau.

Berikut beberapa teknik yang sempat cheq-sue snap untuk dikongsi bersama kalian.

1. Cheq-sue siapkan bunga daisy dahulu untuk seluruh lengan baju. Guna teknik lazy daisy.

2. Rupa benang di bahagian belakang kain. Matikan jahitan di tengah belakang kain.

3. Seterusnya gunakan teknik tali air untuk jahitan batang bunga.

4. Kemudian jahitkan 2 butir manik silinder dan 1 labuci hijau untuk membentuk daun. Buatkan dalam 3 kelopak daun.

Beginilah hasilnya. Selamat mencuba.

Feather Stitch

- Jahitan Bulu Ayam

   

Beginilah rupanya jahitan bulu ayam atau lebih dikenali sebagai Feather Stitch. Ia adalah salah satu teknik sulaman benang yang selalu diaplikasikan. Kegunaannya boleh dibentuk sebagai ranting pokok, border tepi sulaman dan pelbagai lagi bergantung kepada idea dan kreativiti. Cara sulamannya adalah menurun ke bawah dan boleh disulamkan ke kanan atau ke kiri.

Teknik Sulaman Benang

Sudah lama cheq-sue berhajat nak kongsi teknik-teknik untuk sulaman benang dengan pembaca semua. Tapi oleh kerana sebelum ini terlalu banyak permintaan untuk teknik sulaman manik, maka cheq-sue tangguhkan dulu. Maklumlah waktu tu masing-masing nak lip-lap kan baju raya dengan manik labuci.

Kali ini tibalah masanya untuk kita berkongsi satu lagi seni kemahiran sulaman tangan iaitu "sulaman benang". Lagipun kalau korang nak tahu sekarang ni sulaman benang tengah "hot" di pasaran. Bukan sahaja pada kain tudung tapi juga pada baju kurung, blause, baju smocking, pouch bag, kain alas meja dan banyak lagi. Sulaman manik juga kini telah digabungkan dengan sulaman benang. Hasilnya sungguh cantik dan tinggi nilainya.

Langkah-langkah memulakan sulaman:

1. Tegangkan kain menggunakan pemidang/ram. Laraskan skru pada ram untuk mengetatkan ram.

<a href="http://cheq-sue.com/images/TeknikSulamanBenang_10DB2/IMG_1177.jpg"><img style="border-top-width: 0px; border-left-width: 0px; border-bottom-width: 0px; border-right-width: 0px" height="139" alt="IMG_1177" src="http://cheq-sue.com/images/TeknikSulamanBenang_10DB2/IMG_1177_thumb.jpg" width="244" border="0" /></a>
IMG_1177

2. Lukiskan design yang ingin disulam menggunakan "air eraseable pen".

3. Gunakan "Neadle threader" untuk memasukkan benang dalam jarum.

4. Mulakan sulaman di tengah bunga menggunakan teknik "bullion rose". Ulangi langkah dengan memastikan jumlah lilitan benang pada jarum sesuai dengan jarak setiap kelopak yang disulam. Anggaran 10 – 13 lilitan untuk setiap kelopak.

5. Teknik "Fern Leaf" untuk daun bunga ros.

6. Teknik "Lazy Daisy" untuk daun kecil.

   

7. Teknik "French Knot" untuk bunga kecil.

 

Teknik-teknik yang diaplikasikan dalam sulaman ini ialah:

- French Knot

- Bullion

- Fern leaf

- Lazy Daisy

Cheq-sue ucapkan selamat mencuba. Bagi yang ingin mencuba sendiri dengan merujuk pada buku. Boleh dapatkan buku-buku rujukan seperti Buku Sulaman Klasik, Buku Sulaman Benang & Manik Labuci, Buku A-Z Jahit Sulam dan lain-lain lagi.

Kepada yang berminat nak mempelajari secara terus dengan cheq-sue teknik-teknik sulaman benang ini, bolehlah emelkan penyertaan anda kepada sue@cheq-sue.com Jadual bengkel sulaman akan cheq-sue pamerkan di page "BENGKEL" untuk rujukan anda.

Tudung Bawal Sulam Manik dan Benang

Projek cheq hujung minggu ni ialah nak sulam tudung bawal untuk dipadankan dengan kain batik sutera yang baru dibeli dari officemate. Maklumlah sekarang ni setiap hari Khamis wajib pakai baju “Batik Malaysia”. Cheq ada beberapa koleksi tudung bawal kosong. Maka setelah dibelek-belek jumpa juga yang “matching” dengan warna bunga kat kain tu.Cheq cuma perlu tambahkan warna-warna purple dan pink supaya gabungannya nampak sepadan.

Cara-cara jahit manik:

Untuk keliling tepi tudung yang telah dijahit tepi, cheq jahitkan manik jelujur berselang seli manik warna peach & purple.

Read more

5 Jahitan Sulaman Asas (Benang dan Riben)

Terdapat berpuluh atau mungkin juga beratus jenis jahitan yang mencorakkan hasil sulaman yang indah. Namun disini cheq buatkan rumusan terdapat 5 jenis jahitan asas yang perlu dipelajari terlebih dahulu bagi kita yang baru mula hendak belajar menyulam. Malah 5 jahitan sulaman asas ini juga biasa (famous) digunakan untuk produk hasil kerja tangan sulaman pada masa kini.

5 jahitan sulaman asas ini juga sudah cukup untuk menghasilkan suatu hasil sulaman yang indah jika digabungkan dan ditambahkan dengan kreativiti serta kombinasi warna yang menarik. Sulaman benang dan sulaman riben juga sebenarnya boleh digabungkan. Teknik jahitan adalah sama, ia hanya berbeza pada jenis jarum yang digunakan. Jenis jarum berbeza mengikut saiz benang atau riben. Rujuk web

Jahitan paling mudah iaitu jahit lurus (straight stitch) namun boleh menghasilkan kesan yang berbeza mengikut bentuk dan kreativiti.

langkah-langkah:

1. Cucukkan jarum di "A" dan tarik benang ke atas.

2. Kemudian cucukkan benang di "B" dan tarik benang ke bawah. Ulang langkah seterusnya mengikut bentuk yang ingin dihasilkan.

Read more