Navigate / search

Hatyai 29-30 Okt 2010

 

29 – 30 Okt 2010 Cheq-Sue sekeluarga ikut rombongan pejabat ke Hatyai. Perancangan rombongan ni dah dibuat awal….tapi tak teringat masa ni dah mula musim banjir. Masa kami ke sana, pemandu pelancong memaklumkan Bangkok teruk dilanda banjir. Kat Hatyai pun cuaca sejuk dan hujan sepanjang masa. Tak banyak tempat kami sempat singgah sebab masa terlalu padat dan cuaca yg tidak sesuai. Hajat nak bershopping tak kesampaian…..tapi dalam tak bershopping ni pun RM terbang jugak….2 kali tukar duit, cuma beli buah tangan utk keluarga.

 

  

Paling best adalah Floating Market. Makanan dijual atas perahu dan pelbagai jenis. Minumannya pulak dijual dalam  buluh atau tembikar yg pelbagai bentuk, boleh dibawa balik sebagai cenderamata…harga hanya 20 bath / RM2. Makanan laut murah-murah.

   

Kami menginap di Plaza Hotel, Hatyai dan makan malam di Hamid Restaurant. Memang sedap! Tomyam putih paling sedap yang pernah cheq-sue makan Tak ketinggalan ikan Siakap 3 rasa, dan yang paling best adalah kerabu mangga. Restoran ni memang terkenal di kalangan pelancong Malaysia. Kat depan hotel….banyak peniaga (hawkers) menjual pelbagai jenis barangan dpd makanan, toys, souvenir, pakaian, beg dan mcm2 lagi. Tapi oleh kerana hujan dan baby Alissa pulak dah demam & batuk-batuk….tak dapatlah Cheq-Sue jenjalan shopping. Kesempatan ini Cheq-Sue gunakan masa untuk berurut (Massage Service) call aje dari bilik, tukang urut wanita akan datang ke bilik kita. Lenguh-lenguh badan semua hilang. Tengah malam pulak makan lagi pulut mangga….boleh beli di depan hotel, memang sedap dan kegemaran Cheq-sue.

 

Keesokan paginya pulak, kami bersarapan di Salma Restaurant, juga famous di kalangan pelancong Malaysia. Ada nasi lemak, roti canai, teh tarik, meehoon dan macam-macam lagi. Lepas sarapan cheq-sue ambik peluang beli belah di kedai-kedai sekitar hotel aje. Perjalanan pulang baby Alissa dah mula menunjukkan tanda-tanda demam & athma makin teruk. Cukup susah hati, tambahan pulak cuaca sejuk sepanjang perjalanan……Ikuti kisah selanjutnya selepas ini. Bye ;)

 

Cameron Highland – Percutian Bajet

Siapa kata untuk berjalan-jalan (melancong dlm negeri) perlu ada bajet yang banyak? Jika perjalanan telah dirancang, kita boleh melakukan aktiviti singgah di lokasi percutian yang sehaluan dengan destinasi dituju. Dalam kes Cheq Sue, hujung minggu lepas sempena cuti Awal Muharram, kami sekeluarga berangkat ke Kuala Lumpur. Banyak misi telah dilaksanakan di sana….termasuklah bershopping untuk koleksi sulaman, pakaian anak-anak, jumpa adik beradik, kawan-kawan, urusan pejabat di HQ termasuklah mencari tempat untuk

      

Perjalanan pulang ke Penang, kami melencong sebentar ke Cameron Highland, sengaja nak bawa anak-anak rasa udara nyaman di atas sana.  Adam dan Aisyah cukup happy dapat melawat ladang strawberry dan makan aiskrim dengan buah strawberry segar dari ladang. Tidak ketinggalan sedikit kenang-kenangan untuk mereka.