Navigate / search

Knitting – Baju Sejuk

Semasa window shopping kat Reject Shoppe hari Jumaat lepas….cheq-sue terpandang baju sejuk baby ini. Tak sangka harganya begitu murah! cuma RM13.90 sahaja. Bila diteliti rasanya ia handmade hasil knitting dan crochet. Finishing untuk leher, lengan baju dan bawah baju dengan crochet. Manakala sulam pada baju pula mengaplikasikan teknik cross stitch bentuk butterfly. Kalau nak harapkan cheq-sue buat sendiri rasanya Aisyah dah besarpun belum tentu mummy nya sempat siapkan. Maka jalan mudah ialah beli aje. Sekurang-kurangnya dapatlah dibelek-belek buat pembakar semangat untuk cuba buat sendiri lepas ni.

 

 

Buku Variasi Seni Mengait

Buku Variasi Seni Mengait ini cheq-sue beli gara-gara nak belajar buat knitting, salah satu topik yang terdapat dalam buku ini. Menariknya tentang buku ini kerana kandungan buku ini terdapat pelbagai variasi seni mengait yang terdiri daripada knitting (kait jarum dua), crochet (kait jarum satu), kaitan pita, sulaman tangan, sulaman hiasan dinding serta sulaman tampal. Harga nya pun begitu murah, cuma RM19.90. Bagi sesiapa yang nak belajar buat tudung bawal sulam tangan pun ada juga ditunjukkan beberapa contoh beserta cara-cara membuatnya.

Cuma cheq-sue agak kecewa tentang teknik knitting yang kurang jelas. Bagi yang baru mula nak belajar tentang knitting tentu pening kepala nak memahami langkah-langkah knitting ni. Paling geram bila melihatkan contoh pelbagai jenis kaitan awan yang sememangnya cantik tetapi langkah-langkah yang diberikan begitu ringkas sehingga sakit kepala dibuatnya. Tapi bila teringatkan pesanan penulis, cheq-sue jadi "cool" dan tetap tanam azam nak belajar juga knitting ni sampai pandai biarpun perpuluh tahun lagi….(tunggu

Jarum Knitting

Cheq-sue berjalan dari Medan MARA menyusuri Jalan TAR hingga ke Jalan Masjid India. Hampir setiap kedai alat jahitan cheq-sue singgah dan bertanyakan tentang jarum ni tapi semua tak jual. Malah ada juga jurujual yg cakap tak kenal jarum ni.  Akhirnya cheq-sue jumpa juga jarum knitting ni di Kedai Klim Craft dekat dengan kedai kain Jakel, Jln Masjid India. Kat kedai tu pun cheq-sue bertanyakan jurujualnya dan mereka mengatakan tak jual jarum tu. Tapi cheq-sue tetap tak berputus asa dan cheq-sue survey sendiri setiap alatan jarum yang ada dijual di kedai tu dan akhirnya……cheq-sue terpandang "circular knitting needles" ni. Paket pembungkusnya pun sudah kekuningan dan kelihatan sudah usang. Tanpa berlengah lagi cheq-sue terus menunjukkan kepada jurujual tersebut dan memberitahu bahawa inilah jarum knitting. Sambil tergelak kecil merekapun mengakui bahawa mereka sendiri tidak mengenali jarum ini. Cheq-sue request diskaun, sebab barang lama. Tapi dapat kurang RM0.50 sen sahaja. Cheq-sue juga beli knitting yarn ni.

 

 

Jarum knitting ini sebenarnya ada pelbagai bentuk dan saiz. Yang cheq-sue beli ini siap ada wayar yg menyambungkan kedua-dua jarum. Ia bagi memudahkan kita sekiranya membuat knitting yg lebih lebar. Tapi material jarum ini adalah daripada plastik. Jarum jenis besi seperti jarum crochet adalah lebih baik kerana tidak kesat pada benang.