Sulam Tampal Baju Kurung Kanak-kanak

Baju di atas adalah baju si kecil Alissa Zahra, untuk Raya Tahun 2010. Baju ini juga telah Cheq Sue tayangkan di tv semasa muncul di rancangan Nasi Lemak Kopi ‘O. Cheq Sue berhasrat untuk kongsikan teknik sulaman tampal ini sedikit masa lagi, jika diizinkan Allah.

Kalau tiada aral, Cheq Sue juga berhasrat untuk menjual pakaian baju kurung kanak-kanak yang bersulam seperti ini, targetnya untuk promosi Hari Raya 2012. Jadi buat peminat Cheq Sue, kalau berminat jangan lupa nantikan produk terbaru daripada Cheq Sue ini. Selain itu sudi-sudilah like kat fan page butik Cheq Sue yang baru beroperasi 1 Mac 2012.
Comments
Powered by Facebook Comments




Comments
salam cheq.klu sulam tampal,sesuai kat kain kososng je ek
Nurulfaizura, kalau nak buat kat kain bercorak boleh, pastikan kain yg kita sulam tampal tu plain, so ada kontra disitu….kalau bercorak juga memang serabut jadinya.
Salam Cheq Sue..Suka tengok blog cheq sue..Kalau untuk sulam tampal ni, bunga tu kena jahit tepi dulu ke sebelum sulam.
Tq
Zira, tak perlu jahit tepi…..kita jahit terus kat kain dgn jahitan insang pari. Rujuk posting saya kat blog ni.