Suka Duka 2011

IMAG0232

(Gambar terakhir, Cheq Sue 5 beradik bersama ayah & ibu. Cheq Sue anak ke-2 dari 5 beradik)

Assalamualaikum & selamat bertemu lagi di alam maya ini. Malam ni Cheq Sue ingin menyoroti suka duka sepanjang tahun 2011.

Sudah hampir 2 purnama, tahun 2011 meninggalkan kita semua. Namun bagi Cheq Sue tahun 2011 banyak meninggalkan kesan dalam diri ini. Ada suka, ada duka. Ada tawa, ada air mata yang mengalir tanpa disangka.

SUKA…..

Kenangan indah yang tak mungkin dilupakan pada tahun 2011 ialah saat pelancaran E-Tutorial Manik Crumble, tepat jam 10.00 pagi 8 Dec 2011, memang tak menang tangan di buatnya. Berjujuk emel order masuk sampai sakit kepala Cheq Sue, Syukur Alhamdulillah yang tak terhingga, jualan melebihi sasaran. Dalam masa tak sampai seminggu 100 unit Tutorial laris dijual macam pisang goreng panas. Ini semua atas sokongan kuat suami tercinta. Tak dilupakan terima kasih banyak-banyak kepada semua rakan pembaca blog Cheq Sue yang memberi sokongan untuk Cheq Sue terus berkreatif.

DUKA…..

Namun, disaat Cheq Sue masih terus-terusan dihujani order tersebut, pukul 3.00 pagi, 11 Dec 2011 Cheq Sue menerima panggilan daripada Ibu tersayang, menyampaikan khabar duka, Ayah sudah dijemput Ilahi…………………………………………………..Maha Suci Allah, sungguh cepat ayah pergi meninggalkan kami, padahal…..Cheq Sue sudah merancang akan pergi menjenguk ayah pada hari Ahad, 11 Dec tu. Tak sempat bertemu dengan ayah buat kali terakhir, sungguh terkilan & menyesal. Kali terakhir menjenguk ayah pada 27 Nov 2011, dan sebelum tu memang setiap hujung minggu kami akan pulang ke kampung melawat ibu & ayah. Cuma pada hujung minggu yang terakhir tu, Cheq Sue mengambil keputusan untuk tidak pulang ke kampung kerana mahu menyiapkan E-Tutorial Manik Crumble ni. (Cheq Sue merasa sangat kesal…………………..)

REDHA…..

Ya………memang Cheq Sue redha pemergian ayah, cuma perasaan bersalah tetap ada. Terima kasih kepada suami Cheq Sue kerana memahami & membantu menguruskan order E-Tutorial ini.

IDOLA…..

Sejujurnya Cheq Sue sangat rapat dengan ayah. Dialah idola serta sumber inspirasi Cheq Sue. Banyak perkara & permasalahan akan Cheq Sue rujuk kepadanya terutama hal-hal berkaitan agama. Ayah juga sangat pandai dalam berkata-kata. Bicaranya penuh hikmah. Semangatnya sangat dikagumi. Jasanya buat kami sekeluarga, tiada tolok bandingnya.  Ayah adalah insan teristimewa ………….Al-Fatihah buat Arwah Ayahanda “Jaapar bin Ishak”, semoga roh ayah dirahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama orang-orang yang beriman. Amin.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>