Diam Seribu Bahasa

Salam rindu buat semua.

Cheq-sue, hanya menjadi pemerhati dan menyepi agak lama. Bukan kerana merajuk jauh sekali mengundur diri dari arena sulaman ini. Cuma memberi lebih tumpuan pada bidang baru dalam kerjaya dan juga masa yang lainnya untuk melayan keluarga.

Rasanya, sungguhpun tiada sebarang artikel/teknik sulaman yang dikongsikan hampir setahun lebih ini, namun ramai juga yang telah mendapat faedah daripada ilmu yang Cheq-sue kongsikan sejak 2007 lagi. Malah ada antara mereka sudah melangkah lebih jauh dalam arena sulaman/memanik ini. Tahniah! dan Cheq-sue turut merasa bangga.

Tumpuan Cheq-Sue beralih arah pada kerjaya yang amat mencabar sekarang, tak kurang juga keseronokan melayan keletah si cilik Alissa, kakaknya Aisyah dan abangnya Adam. Membuatkan masa Cheq-sue amat padat dan terhad.

Banyak pengalaman dan cerita-cerita yang hendak dikongsi, tapi oleh kerana semuanya lebih bersifat personal, maka biarlah hanya gambar-gambar yang tersimpan dlm netbook ini kekal sebagai memori.

Okay, harap kalian berpuas hati dan tahu yang Cheq-sue masih wujud, cuma bertapa agak lama.

 

Wassalam

 

Salam Sayang

sign3

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

1 Response

  1. nurulfaizura says:

    ok ok patutla cheq sue senyap je.igtkan dah menyepi.tme ksh atas sgala ilmu dn tunjuk ajar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>