Aktiviti Sepanjang Tempoh Berpantang

 

Alhamdulillah tempoh berpantang selama 44 hari telah dilalui dengan selamat dan jayanya. Rasanya cepat sungguh masa berlalu. Baby Alissa juga semakin sihat dan tembam. Nak tahu apakah aktiviti Cheq Sue sepanjang 44 hari tu?

setbersalinnr4 Bengkungslimming

Seperti amalan biasa orang Melayu berpantang iaitu bertungku dengan batu sungai dan berbengkung, memakai stoking kaki dan berurut dengan bidan. Makan makanan yang tidak bisa, tidak sejuk dan tidak gatal. Kawal jumlah pengambilan makanan dan makan mengikut waktu yang sepatutnya. Makan buah-buahan dan sayur-sayuran supaya memudahkan pelawasan. Ambil produk set  bersalin, pilihan Cheq Sue adalah Nona Roguy serta menyusukan bayi sepenuhnya dengan susu badan supaya dapat mempercepatkan pengecutan rahim.

 

bersauna

Selain itu…..Cheq Sue juga mengamalkan bersauna di rumah. Selain bertujuan untuk memanaskan badan….ia juga dapat membantu bagi yang ingin menurunkan berat badan. Jangan lupa minum banyak air suam waktu siang untuk mengelakkan dehidrasi. Alhamdulillah…Cheq Sue berjaya turunkan 13kg setakat hari ini (hari ke-44). . Dah dapat kembali bentuk badan sebelum mengandungkan baby Alissa. Hehehe……Tapi untuk kembali mendapatkan bentuk badan ideal…..huhuhuhu……perlu bekerja keras lagilah. Yang penting adalah disiplin dan berterusan mengamalkan pengambilan makanan dan cara hidup yang sihat :)

 

benci bilang cinta

Selain itu, peluang menjadi suri rumah sepenuh masa selama 2 bulan ini tidak sah jika tidak akan ter”addicted” dengan salah satu drama yang ditonton hari-hari. Cheq Sue sudah addicted bangat dengan Sinetron “Benci Bilang Cinta”. Hari-hari tidak mahu ketinggalan menyaksikan episod seterusnya. Seronok juga ya dapat peluang begini. Sebelum ini dah lama Cheq Sue tidak berminat menonton TV. Asyik buka channel kanak-kanak aja. Tapi kali ini sudah berebut “remote controller”dengan Adam. huhuhu…..kasihan Adam.

 

Selain aktiviti tersebut, tak ketinggalan juga….aktiviti kreatif berjalan seperti biasa. Pilihan aktiviti hobi kreatif yang boleh dibuat dalam keadaan sedang berpantang begini ialah crochet atau mengaitlah. Banyak juga koleksi crochet yang sempat Cheq Sue buat. Bayangkan dengan keadaan kaki yang berstoking dan berlunjur di atas tilam atau sofa, sambil baby di sisi….tangan Cheq Sue pula tidak berhenti memintal-mintal benang kait itu. Di sisi lain pula…..terdapat sebakul benang kait pelbagai warna sedang menanti untuk dikerjakan. Sambil menonton televisyen juga sempat.  Kelakarpun ada kan. Inilah antara koleksinya.

IMG_6207   IMG_6212

sign3

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

1 Response

  1. sue says:

    Uish!!..byk tu 13 kg…Skang cheq sue mesti dah kembali selim melim kan…hee

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>