Jahit Manik Bunga Dahlia

IMG_5884

Alhamdulillah, tak sangka sambutan utk E-tutorial Sulaman Manik Sekebun Bunga laris macam pisang goreng panas….(hmm teringinnya nak makan pisang goreng kat Pertama Kompleks nun jauh di KL sana….uhukuhuk:().

Terima kasih atas sokongan kalian. Bagi yang dah beli E-tutorial tu……tentu perasan bunga yang warna oren-biru tu….tak dimasukkan langkah-langkahnya. Sengaja Cheq-Sue tak memasukkan teknik jahit manik bunga dahlia dalam E-Tutorial tu….supaya korang akan tetap singgah bertamu ke blog cheq-sue utk dapatkan tekniknya. Lagipun, lepas ni byk lagi nak dikongsikan….kalau korang tak jenguk blog ni….rugilah kan.

 

Ikuti Langkah-langkahnya:

1. Lukis bulatan ukuran syiling 20sen. Tandakan  1 titik di tengah bulatan.

IMG_5872 IMG_5874

2. Setiap kali jahit, gunakan 3 keping labuci dan 3 biji manik bulat berselang-seli. Mulakan dari atas garisan menghala ke dalam bulatan. Rapatkan manik & labuci dan cucuk jarum bersebelahan manik terakhir dengan menghala ke tengah bulatan. Keluarkan jarum bersebelahan barisan labuci pertama dan mesti di atas garisan. Ulang masukkan 3 labuci dan 3 manik berselang seli.

IMG_5876 IMG_5878

3. Ulang langkah 2 sehingga mengelilingi bulatan.

IMG_5879 IMG_5880

4. Langkah seterusnya, bagi bulatan ditengah ini boleh utk menukarkan warna labuci yang lain. Hanya perlu ulangi langkah no-2 sehingga semua ruang dipenuhi. Untuk jahitan manik  bunga dahlia, kebiasaannya kita tak letak pearl besar ditengah-tengah bunga. Sebab design ni dah sedia timbul (berbanding dengan manik bunga teratai, bahagian tengahnya berlekuk spt mangkuk & perlu diisi dgn manik pearl baru naik seri) :)

IMG_5881 IMG_5882

OK…mudahkan, selamat mencuba.

IMG_5883

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

13 Responses

  1. haslina says:

    terima kasih dgn ilmu yg dikongsiiii…..

  2. wahidah kulim says:

    woah……..sungguh menarik ye…sy sgy meminati seni jahitan tangan spt ini…dan…ingin mempelajarinya dgn lbih meluas

  3. liza says:

    wow, kreatifnya, saya memang tengah caricontoh paten yg cantik.bolehlah saya buat lepas ni….

  4. lin says:

    cheq sue..time kasih sgt2…
    tutorial ni memang sangat membantu..
    suka!!

  5. hamidah says:

    Tq so much Che Su, kerana bkongsi ilmu. Moga2 Allah akan membalasnya. Saya mcm nk bljr sekebun bunga nanti sy bnkin byrn ye. Tq skli lg

  6. lieya says:

    che sue thanks sgt2..sy dpt input dr cni..hope dpt blaja ag next type sulam..hik2

  7. Rosmaliana Rusli says:

    trime kasih banyak2 kerana brkongsi…
    sharing is caring…
    moga makin bertambah2 ilmu cheq sue..

  8. Norhanim says:

    Tq…Bila nk try..Labuci yg mcm tu ada jual kat mn..Yg biasa tak berseri tu byklah jual kt tmpt sy

  9. Norhidayah says:

    Assalammualaikum….time kasih banyak2 Che Su..mudah tuk saya memahami cara jahitan yg ditunjukkan…bagi yang mule berjinak2 seperti saya cara pembelajaran ni sgt berkesan…time kasih sekali lg..

  10. marlissa says:

    tq sudi berkongsi langkah2 manik labuci yang blm saya dpt buat2 g sehinga saya mlihat bgaimana cara2 hendak membuatnya

  11. wati says:

    salam,,,,, nak minta jasa baik cheq sue buat tutorial jahit manik crumble,,,,,

  12. izan says:

    askm.. hai cheq sue. Terima kasih kerana berkongsi ilmu. nak minta tip2 yang berguna dari cheq sue supaya jahitan manik yang dibuat tahan lama. Benang jenama apa yang elok di guna? jahitan manik saya senang tanggal.

  13. nursia says:

    Tadi ada kawan tunjukan cara jahit manik .. tapi tak tertarik hati tengok kerna jahitan kurang kemas dan susunan manik agak berterabur.. tapi bila saya tengok kat web ni .. teruja sangat.. teringin juga nak buat.. mungkin akan mencuba nanti.. insyallah..THANKs a lot che sue.. mudah mudahan ilmu yang dikongsi akan memberikan manafaat kepada pelawat web ini..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>