Baby Booties

IMG_5221

IMG_5213 IMG_5217

First time kait booties atau kasut baby macam ni. Cheq sue kurang gemar buat benda yang sama 2 kali…sebab hasilnya tentu tak boleh sama sejibik. Biasalah, kelemahan diri sebagai insan biasa. Jangan harapkan semuanya menjadi perfect.  Sebenarnya tiada siapa yang perfect….PERFECT hanyalah Allah yang Maha Esa.

Dek keghairahan, sepasang booties ni siap dalam masa 1 hari sahaja. Ambil masa sempena cuti Maulidur Rasul. Dapat juga hilangkan stress. Tinggal lebih kurang 50 hari sahaja lagi menanti due date. Dalam pada tu….urusan kerja juga tak putus-putus. Ada 3 lagi kursus yang akan diuruskan.

Dah lama tangan ni tak berkreatif, Maklum sahaja kerjatangan begini cheq-sue hanya buat pada masa cuti ….tak sedikitpun mengganggu masa pejabat. Ada juga hamba Allah yang prihatin meninggalkan pesanan di ruangan chat box supaya lakukan kerja dengan amanah dan tidak menggunakan masa pejabat utk urusan bisness…..terima kasih kpd insan prihatin itu.

 

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

2 Responses

  1. ann says:

    Comeynya…sue..saya dah dok try buat crochet hat…tapi booties x besa lagik nanti nak kena try jugaklah…

  2. zarina omar says:

    semua hasil keja tangan kak cantik2 giler kak dah x buat kelas mengajar ke saya dr penang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>