Tempahan Handphone Case – Siti Fairus

IMG_5195 IMG_5197

Nampak gayanya inilah tempahan yang pertama dan terakhir yang mampu cheq-sue buatkan sehingga menantikan kelahiran bayi ke-3. Dengan kesibukan kerja dan juga keadaan kesihatan yang tidak menentu…..tak berani rasanya nak terima apa-apa tempahan lagi. Handphone case Siti Fairus ini sebenarnya dah siap 2 hari selepas terima bayarannya iaitu hari Sabtu minggu lepas, tapi memandangkan cheq-sue perlu menyelaraskan kursus Orientasi tu…..sampai lah kehari ini benda ni tak sempat nak diposkan lagi. Esok lunch hour cheq sue akan curi masa utk ke pejabat pos. Harap ianya akan sampai ke tangan Siti Fairus pada hari berikutnya.

Sebagai membayar denda atas kelewatan ini, cheq-sue buatkan juga pin bunga crochet sebagai aksesori tambahan. Harapnya Siti suka dan tak marah yea. Bunga tu ada dilekatkan pin di belakangnya. So, Siti boleh pinkan bunga tu pada hp case seperti dalam gambar atau boleh juga nak letak kat tempat lain, cthnya sebagai pin baju atau lekat kat beg, getah rambut, cekak rambut, dsbnya.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

4 Responses

  1. shikin says:

    kalau saya nak tempah sarung handphone nie, berapa harga?

  2. cheq sue says:

    Salam ekyn,

    Untuk order hp case tu…harganya ialah RM20 termasuk pos. Awak emel
    dan bgtau awak nak body warna apa? bunga warna apa? pastu saiz
    hp…ukuran lebar, panjang dan tebal hp. tq….buat payment dulu
    pastu emelkan transaksi bayaran….barang akan dipos dlm tempoh
    seminggu. tq

  3. sabihah says:

    salam cheq sue, boleh tak saya nak tahu sarung handset ni buat camna. kalau ada video yang saya boleh tgk ada tak?. minta tolong ye cheq sue saya memang minat nak belajar buat sarung handset ni.terima kasih

  4. Lylia says:

    Cheq Sue, boleh tolong bagi lebih details lagi tntg jarum kait dua tu, sbb sy mmg dah lama cari yg jenis mcm tu tp x jumpe2 pon.. Plzz, tolong sy.. Sy prlukan bantuan cheq Sue..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>