Bengkel Sulaman Manik – 27 Dec 2009

Tarikh: 27 Dec 2009
Tempat : Taman Jawi Indah, Sg. Jawi, SPS, P.Pinang
Masa: 2.00 – 6.00 petang
Peserta: 4 orang (Pn. Noriah, Pn. Zarina, Pn. Fus Ha & Pn. Mastura)

IMG_4951 IMG_4952

IMG_4956 IMG_4954

Hari ini kesihatan agak kurang baik….selsema dan badan mula rasa nak demam. Tapi kelas yang telah dijanjikan dengan para peserta terpaksa juga diteruskan walaupun beberapa orang peserta tidak dapat hadir. 4 orang peserta ini tetap sudi mencari teratak cheq sue yang tak seberapa ini untuk berguru….walaupun ada juga yang terpaksa berpusing-pusing mencari rumah cheq sue. Maaf kerana tak menyediakan peta untuk datang ke sini.

Sebelum memulakan kelas, cheq sue menghidangkan peserta dengan sedikit pengalas perut. Cheq Sue hanya sempat sediakan bihun goreng dan air sirap bandung. Anak-anak telah di transitkan ke rumah Tok & Wan mereka di Kulim.

Kelas dilaksanakan seperti biasa cuma Cheq Sue rasa agak lemah sedikit hari ini kerana selsema dan badan rasa macam nak demam. Kepada peserta, Cheq Sue mohon maaf berbanyak kerana prestasi agak kurang sedikit namun Cheq Sue amat berharap kalian dapat praktiskan kesemua teknik yang telah dipelajari tadi. Sekiranya ada yang terlupa jangan segan silu bertanya semula ya.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

1 Response

  1. assalamualaikum sue,

    ade yg minta adakan kelas kat utara. nk tunggu kite lambat so kite minta diaorg join kelas sue. hopefully, diaorg ade kontek sue. gud luck with all ur undertakings ye!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>