Jahit Manik Berry (Aisyah Sofea)

IMG_4009

Teknik manik berry ini hampir sama dengan teknik manik jurai bagi jurai yang tergantung-gantung tu. Cuma perincian di bahagian buah ada sedikit kelainan. Juraian manik berry ini boleh juga dibuat pendek iaitu dengan menggunakan 2-3 manik sahaja. Untuk di bahagian leher begini sesuai dibuat jurai panjang seolah-olah loket rantai.

Berikut adalah langkah-langkahnya:

1. Keluarkan jarum dari bawah kain. Lokasi mengikut kesesuaian (cth bawah bunga water lily)

IMG_4000 

2. Masukkan seberapa byk manik sesuai ikut panjang jurai yg dikehendaki melalui jarum dan diakhiri dengan sebutir manik pearl sederhana besar. Tolak manik rapat hingga ke pangkal benang.

IMG_4002

3. Kemudian untuk  mendapatkan bentuk berry, masukkan 5 butir manik bulat kecil (bilangan manik kecil hendaklah sesuai utk separuh lilitan pearl). Cucuk jarum pada lubang pearl arah bertentangan

IMG_4003 

4. Tarik jarum keluar dan ulangi langkah 3 sehingga seluruh permukaan pearl dilitupi manik kecil tersebut.

IMG_4004IMG_4005

5. Akhir sekali masukkan sebutir manik kecil kedalam jarum dan halakan mata jarum kembali ke lubang pearl yang di hujung jurai. Perlahan-lahan susupkan jarum melepasi semua lubang pearl dan manik-manik hingga ke pangkal. Keluarkan jarum di sebelah dalam kain dan matikan jahitan.

 IMG_4006

Selamat mencuba semua. Jumpa lagiā€¦.kalau tak faham juga, boleh daftar untuk sertai bengkel sulaman manik bersama cheq-sue yea.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

14 Responses

  1. riqzmie says:

    salam cheq-sue..i memang suke tgk u nye kretiviti ni…i ingat nak cuba2 jahit manik baju sendiri lah..macam best je org2 jahit manik ni..

    nak tanya sikitla..kalo i nak jahit manik ujung lengan baju dah siapkan…dan baju je lembut sgt ..boleh ker jahit camtu je takyah paki ram(betul ker ram benda bulat tu tegangkan kain tu..huhu)

    i tgh berangan paki baju jahit manik ni..tak dapat buat raye tahun ni..buat raye tahun depan pon jadiklah hehe

    thank ye

  2. sue says:

    Salam cheq sue….cantikkkk jahit manik tu…

  3. yatie says:

    salam cheq sue…nak tya la…dalam banyak2 brand beads yg guna utk jahit baju, yg mana paling elok. matsuno ke…miyuki ke apple?

  4. ayu says:

    salam ksue..alhamdulillah ayu dah dapatjahit manik bunga terantai..canti rupanyaer..insya allah jika ada tempahan ayu akan buat untuk mereka..terima kasih

  5. ena says:

    salam kak sue,sy teruja sgt tgk manik yg kak sue jahit tu.terus aja sy bt manik pintal yg kak sue ajar tu.kebetulan manik dah ader sy pun buat terus lah

  6. tasnim says:

    salam kak sue…. cantik jahitan manik tu.. teruja nak buat sendiri. selalu tempah dgn kawan yang buat.. tapi sedih kawan pun dah pindah rumah… teringin juga nak buat hasil kerja tangan sendiri.. thanks bagi tunjuk ajar dalam blog nie..

  7. nazatul says:

    Salam..sy ada masalah dengan manik mutiara..
    1st..manik jenis ni x bersinar
    2nd..manik ni cepat pudar
    ape yg patut sy buat?
    tq

  8. Kak Mie says:

    salam sue… Kak Mie teruja apabila melihat sulaman manik yg terpapar di website ni…dan terima kasih kerana anda tidak lokek ilmu… besar ganjarannya dari Allah.Insya Allah Kak Mie akan cuba some of the samples yg dipelajari melalui web ini.Terima kasih/.

  9. ammnaa says:

    cheq sue>
    Sya sgt meminati blog cheq sue.

  10. nurul wahida says:

    hai..cheq sue cantiknyerr jahitan manik berrynii x sabar rasernya nak buat kt baju rayer tahun niii

  11. naa says:

    salam cheq sue….

    saya suka kreativiti yang ditunjukkan…dan sernk sangat sebab
    step by step dipaparkan senang dipelajari…TQVM…tak sabar rasanya nak try kat baju saya…

  12. Insyirah says:

    thankss cheq sue krn sudi brkongsi ilmu..smga mndapat kesejahteraan d dunia n akhirat…

  13. mashie says:

    salam..tq kak sue bcoz sudi share idea yg sgt kreatif.anda tidak lokek berkongsi ilmu.mg mdpt keberkatan dariNYA

  14. liahaz says:

    tq..krna ilmu dpt di kongsikn brsama..mmg cntik..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>