Bunga Sakura di ILHAM Jawi

gambar kak sue 066

Seminggu sebelum Induksi kump 1/2009 bermula, kami amat teruja melihatkan pemandangan yang sungguh cantik di sekitar blok pentadbiran kerana pokok-pokok yang menghiasi lanskap kami rupa-rupanya mengeluarkan bunga yang sangat cantik seakan-akan bunga Sakura. Ada yang berwarna pink dan ada juga yang berwarna putih. Nasib baik cheq-sue sempat juga rakam sedikit gambar pemandangan indah ini kerana bunga ni mudah gugur dan musimnya hanya 1-2 minggu sahaja. Nampaknya kat Parit Buntar juga pokok-pokok ini banyak ditanam di tepi jalan raya utama sebagai pokok lanskap. Hingga kini cheq-sue masih tercari-cari apakah nama pokok ini yang sebenar?

gambar kak sue 067 gambar kak sue 069 gambar kak sue 081 gambar kak sue 070pgambar kak sue 075 gambar kak sue 078

Pemandangan di luar tingkap kelihatan pokok-pokok sakura ini. Wakru ni kami sedang berbincang untuk aktiviti LDK semasa induksi nanti.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

11 Responses

  1. erpha says:

    Memang menarik pokok2 ni, cuma nyer kita x tau apa nama pokok tu.. Pokok ni adalah sejenis pokok landskap yang saya sendiri tercari-cari nama pokoknya. ada masa tu saya suruh mak saya tanam pokok ni di halaman rumah. cantik sungguh, warna pink lagi. nampaknya bukan saya seorang lah yang tertanya-tanya nama pokok nih… mungkin cheq sue boleh merujuk kepada jabatan landskap di tempat puan..

  2. shira says:

    nama pokok yang cheq-sue tengok tu…. kalau org tempatan sebelah perlis pangge pokok spesies ni pokok bongok, ada juga ejanya bongor, bonggor. nama spesifik dia saya tak hafal..

  3. yannie says:

    erm, ni namanye pokok bongor..kt kg sy dulu pon byk pokok ni, sampai nama kg pon amik sempena pokok ni..

  4. Masni says:

    betui2..pokok ni namanya bongor…kat langkawi pn pggl bongor gak

  5. anida says:

    hi …saya memang suka tengok pokok nih.Kat pasir gudang, johor tengah musim bunga nih…tapi sayang , saya tak der kamera…kalu tak silap , kat johor pokok nih di panggil “pokok johor” , name saintifik kalu tak salah, lagerstoemia floribunda…terima kssih upload gambar2 pokok nih…=)

  6. cheq sue says:

    Pokok ni namanya pokok “Takoma”. Macam nama jepun jugakkan….ala-ala Sakura lah. Bunga ni sedang berkembang skrg…tak lama lagi ni nak datang musim hujanlah pulak. Sebelum ni panas terik.

  7. karafi says:

    pokok tu species lagerstomia….akan berbunga ikut musim dan sekata…sebab tu kita akan nampak masa dan waktu yg sama…pokok2 ini akan berbunga serantak…
    pokok ini dari famili yg sama dengan pokok yang kita panggil pokok air mata kasih…

  8. rohida says:

    walau apa pun nama pokok ini diberi, saya rasa teruja bila pertama kali menjejak kaki di sini…tak sedar bila kursus sudah sampai ke penghujungnya….(induksi umum 1/2009)

  9. Nita says:

    Mcm2 nama org kasi utk pokok tu kan:)Bila tgk gmbr yg Cheq Sue post ni teringat plak masa belajar kt UitM Arau..jalan2 kt tepi tasik tgk org lain jogging & berkayak..kami plak sibuk dok bergambar kt bwh pokok ni time bunga2nya jatuh ke tanah..mcm filem hindustan la plak..terasa gak mcm kt Jepun..hehehe..

  10. lobai says:

    nama dia yg sebenar pokok tekoma
    kat tempat saya ada banyak pokok nih..
    cuba tengok kat sini setakat yg dah upload

    http://www.ipij.info/modules/newbb/viewtopic.php?topic_id=82&forum=18&post_id=5058#forumpost5058

    nak tengok real macam sakura betul pegi dekat jln menghala ke jeti kualal kedah..wow..rasa macam ada kat tokyo..

  11. SHIDAHMAD says:

    Nama Melayu saya tak pasti tapi bukan Bonggor kerana Pokok Bonggor berbunga unggu dan daun yang berlainan. Boleh jadi Tekoma tu kot.Nama lainnya: Tabebuia Rosea/ Rosy Trumpet.
    Nama biasa yang lain: Pink Poui’Famili : Bignonia Ceae’ dan di Kelantan bunga ini juga dikenali Bunga Chica dan boleh dimakan dan dibuat kuih.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>