Manik Baju Raya Aisyah Sofea

IMG_4013

IMG_4014 IMG_4009

Selepas menyiapkan baju raya Ain, kini giliran baju raya Aisyah pula. Kesian Aisyah, setiap kali melihat cheq-sue menjahitkan manik pada baju Ain, terkulat-kulat mata Aisyah melihat seolah-olah mengharapkan bajunya juga dijahit manik macam tu.

Baju dibeli siap di pasar malam kat rumah aja. Selepas Kak Zarina minta jahitkan manik pada baju raya Ain, barulah cheq-sue terfikir nak jahitkan manik pada baju raya Aisyah juga. Selama ini buat utk diri sendiri sahaja….untuk anak rasa mcm tak perlu sebab badan mereka cepat membesar, sayang baju tu dipakai sekejap sahaja,

Maka, inilah pertama kali cheq-sue jahitkan manik pada baju raya Aisyah. Lihat aja corak pada baju, cheq-sue terus terlintas design nih. Comel & cute…..secomel pemiliknya. Baju ni cheq-sue siapkan selama 5 jam iaitu dari pukul 7.00 pagi hingga 12.00 tgh tadi. Selepas bersahur & sembahyang subuh mata dah tak boleh lelap, sambil buat kerja-kerja rumah, cheq-sue terus aja menzahirkan idea sulaman manik di atas baju raya Aisyah ini.

Tengoklah aksi-aksi Aisyah ni:

IMG_4026  IMG_4024IMG_4016

Tangannya mesti nak gentel-gentel manik berry yang berjurai-jurai tu. Manik berry ni memang menarik perhatian kanak-kanak. InsyaAllah akan cheq-sue kongsikan teknik Manik Berry ini nanti.

IMG_4033

Model Baju Raya ni (Aisyah Sofea 3 tahun) baru bangun tidur & belum mandi terus bergaya depan kamera.

IMG_4034 IMG_4035

 IMG_4029 IMG_4031

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

8 Responses

  1. mia says:

    E…cantiknyer…memang comel

  2. su_anim says:

    Cantik sangat!Manis, semanis empunya baju!

  3. ummi widaad says:

    anak akak ni mmg comel… sekali imbas mcm anak saya pn ada..hehe ,,perasan le pulok….

  4. sum says:

    cheq sue, lama yea x jmpe…

    wah! cantiknyer, manik2 tue…
    cam tuannyer…
    lg2 yg bentuk berry kan, cmane ek?
    nak try jadi comel tue kan…

  5. riqzmie says:

    cantiklah cheq sue..hehe

  6. norizan says:

    cantik sgt..sy dulu pernah belajar dgn cheq sue kelas yang terawal di medan mara tp knp sy x ada idea nk jahit manik kat bj anak2 sy..tolong advice skit..

  7. aznie says:

    TQ, cheq su, kasi idea… saya pon tengah cari design untuk baju anak.. cantik betul hasil nukilan cheq su.. geram saya tengok..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>