Bengkel Sulaman Manik di Taman Seri Tanjung, Kulim Kedah

2 ogos 2009 277

Tanggal 2 Ogos 2009, cheq-sue adakan bengkel sulaman manik di Taman Seri Tanjung, Kulim. Inilah kelas pertama cheq-sue yang mana terdapat peserta lelaki . Apabila dimaklumkan oleh Aida bahawa suami tuan rumah (Kak Noni) pun akan turut sama dalam kelas ini, cheq-sue pada mulanya agak terkejut dan merasa segan….bagaimanalah agaknya student lelaki ni nak belajar dan mendengar celoteh cheq-sue?

2 ogos 2009 276 2 ogos 2009 280

Rupa-rupanya mereka suami isteri ini memang sporting dan minat dalam kerjatangan ini. Manakan tidak, pagi-pagi tadi hingga pukul 1.00 tghhari rupanya mereka dah attend kelas jahitan baju dan petangnya pula sambung belajar jahit manik dengan cheq-sue.

2 ogos 2009 282 2 ogos 2009 287

Tengoklah betapa sporting dan manja gitu….husband kak Noni nampaknya mendahului Kak Noni. Bihun gorengpun boleh tahan sedapnya. Bertuah badan…..

Kepada peserta yang lain seperti Aida, Adnin, Norazaliah dan Kak Siti Aisyah…..harap cepat praktikkan kat baju….sekurang-kurangnya 5 pasang baju raya tahun ni siap dilip-lapkan dengan manik labuci bagai. Jangan fed-up buat bunga sisik ikan tu….sebab kalau dah jadi dan kena pulak dengan kombinasi warnanya memang terserlah….chaiyok! chaiyok!

Terima kasih kepada Aida yang uruskan penyertaan peserta dan tempat bengkel. Tak lupa juga kepada Kak Noni yang sanggup tumpangkan rumah beliau dan menjamu kami dengan bihun goreng dan air sirap……hingga berjumpa lagi….

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>