Navigate / search

Jahit Manik Jelujur Sulur Paut @ Tali Air

Teknik seterusnya ialah Jahit Manik Jelujur Sulur Paut  atau juga dikenali sebagai Tali Air.  Kita akan mengikut semua bentuk bunga dan daun dengan jahitan manik seolah-olah melukis corak di atas kain dengan deretan manik.

Harus diingat Tali Air ni tak sama dengan Tali Air Sulam Benang. Di masa akan datang cheq-sue akan tunjukkan pula teknik sulam benang tali air. Sulam benang tali air juga boleh ditambahkan manik atau labuci untuk menambahkan lagi seni kreatif pada sulaman tangan.

langkah-langkah:

1.  Sekiranya corak baju yang hendak disulam terletak di tengah badan baju, elok menggunakan ram supaya mudah untuk disulam.

2. Mulakan di mana-mana hujung corak cucuk jarum dari bawah kain dan masukkan 5 hingga 6 biji manik. Bentukkan barisan manik tersebut betul-betul di atas corak yang hendak dibentukkan itu.Cucuk jarum dihujung manik terakhir.

           

       

3. Keluarkan semula jarum di antara manik ke 2 & ke 3 di sebelah dalam lengkungan manik. (Setiap kali menjahit sekiranya bentuknya adalah melengkung pastikan jarum dikeluarkan di sebelah dalam lengkungan supaya jahitan terbentuk cantik kerana benang akan menolak deretan manik ke arah luar lengkungan).       

4. Susupkan jarum melalui lubang manik keluar mulai dari manik yang ke 3 hingga manik ke 5.

5. Ulangi langkah 2,3 & 4 dengan memasukkan lagi 5 – 6 biji manik mengikut bentuk yang ingin diikut/dilukis.

6. Beginilah rupa manik jelujur sulut paut @ tali air yang sudah dijahit. Kesannya amat dramatik dan timbul serinya. Selamat mencuba!

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Comments

imass@senijahitan.com

assalamualaikum,

sue, lama x tgk sue wat posting. now back on track ye. alhamdulillah.. bila denga dh start smula. same2 le kite menyerbarkan ilmu.

ila

salam…cheq sue,saya budak baru belajar..baru nk berjinak2 ngan dunia sulaman dan jahitan..boleh cheq sue tolong saya x?dimana saya nk dapatkan ram yek?dlm online shop ada x?
tq..:)

marzita

bleh x cheq-sue emel kt sy cara jahit corak2 manik..pleezz

elis

bagus lah laman web ni.. boleh saya tahu macam ne nak jahit mata lalat..

elis

sya baru nak belajar menjahit..
boleh tunjukan..

norhani binti hussain

salam.
cheq-sue sukanya k hani tgk cara menjahit sulaman pada baju ni tak sabar nak mencuba. moga allah merahmati cheq-sue dengan ilmu yang dikongsi bersama. amin

hafizah

Che Sue …cantiknya sulaman tu…buku sulaman che sue tak ada ke…apa2pun tq kerana sudi berkongsi ilmu.Semoga di murahkan rezeki oleh Allah.amin

Leave a comment

name*

email* (not published)

website