Jahit Manik Mushroom

IMG_2930

Sekian lama tak berkongsi teknik baru, kali ini cheq-sue paparkan satu lagi teknik jahitan manik yang mudah yang cheq-sue beri nama manik cendawan atau mushroom beads. Sesuai digayakan pada baju yang plain, bercorak abstrak, blause, atau baju anak gadis.

Langkah-langkah:

1. Pilih manik dan labuci yang bersesuaian . Dicadangkan guna manik panjang selang seli dengan manik pendek sbg batang mushroom. dan gunakan juga labuci yang berwarna kombinasikan 2-3 warna sekali. Kemaskan dengan menjahit manik bulat di atas labuci.

IMG_2896IMG_2897

2. Mulai dengan memasukkan 1 manik panjang + 1 labuci + 1 manik bulat. Tarik benang dan tolak manik hingga rapat ke kain.

IMG_2901IMG_2905

3. Balikkan jarum semula,dan susup mata jarum melalui labuci dan terus ke dalam manik panjang hingga ke bawah kain. Jangan susup melalui manik bulat yang di atas labuci. Lewati ia dan biarkan kerana manik bulat itu dijadikan sbg pemati jahitan supaya manik labuci tidak terurai semula. (ambil perhatian step ini ramai yang keliru).

IMG_2906IMG_2911   

4. Ulangi semula dengan menggunakan berselang seli manik panjang atau manik heksagon biasa supaya sulaman kelihatan ada variety panjang dan pendek cendawan itu.

IMG_2912IMG_2914

5. Cth hasil sulaman manik cendawan.

IMG_2917 IMG_2918

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

8 Responses

  1. hidayah says:

    terima kasih banyak, kerana sudi berkongsi cara menjahit sulam manik. saya amat meminati ruangan puan ni. terima kasih sekali lagi.

  2. azra says:

    xda buat kelas kat t.intan ker?..kalu saya kumpulkan peserta da komisyen tak..bukan aper just tanye untuk +++ pendapatan

  3. shakira says:

    comel nye hasil tangan cheq sue..saya yg xtau jahit pon jd mnt sewing :p

  4. hanisah bujang says:

    -cantik btol la,bleh tak tnjuk byk koleksi lain..: )

  5. hanisah bujang says:

    brp harga sepasang mitten bb.

  6. watie says:

    nampakye raye ni meriah ler baju ank dare saye.time kasih

  7. Eqin says:

    saya seorang student polikeknik di selangor, mengambil jurusan sains kesetiausahaan,berumur 19 tahun. berasal dari tg. karang selangor.saya telah mengikuti perkembangan cheq sue dari awal tahun lepas.dan sejak itu, saya telah berjinak2 di dalam seni sulaman manik ini.. sekadar mencuba dan mengasah bakat di baju sendiri pd awalnya, namun kini, saya telah menerima tempahan2 jahitan dari kawan2 saya dan juga di sekitar kawasan rumah saya.. ruangan cheq sue telah memberikan saya semangat untuk meneruskan minat saya. ia mengggambarkan betapa semangat cheq sue begitu kuat untuk tetap teguh di dalam bidang ini. all da best to you kak!! saya peminat no. 1 hasil kerja tangan akak..hope akak sudi berkongsi ilmu akak khususnya untuk remaja seperti saya!

  8. Syira says:

    cantek sgt..thanks krn sudi brkongsi ilmu..sy “bdk br belajar”..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>