Pertukaran ke Institut Latihan Kecemerlangan MARA @ Akademi MARA di Jawi, Pulau Pinang

Mungkin ada pembaca blog yang belum tahu cheq-sue akan berpindah ke Jawi, Pulau Pinang. Kepada peminat blog ini di kawasan Utara (eh…ada ker peminat cheq-sue ni?) mungkin lepas ni kita boleh aturkan bengkel ataupun pertemuan suka-suka di belah Utara pulak. Bagi pembaca setia di sekitar KL ….jgn risau cheq-sue akan selalu datang ke KL. Manakan tidak….SOGO cuma ada di KL sahaja..:) kalau sebelum ni every week shopping kat SOGO…..lepas ni 1 atau 2 bulan sekali ajerlah….

(Petikan dari facebook cheq-sue):

Berikut adalah 20 alasan kenapa cheq-sue mohon bertukar ke Jawi

Ramai sgt kawan-kawan pejabat yg query kenapa aku minta tukar ke Institut Latihan Kecemerlangan MARA di Jawi sedangkan ramai juga staff lama ILHAM yg tak nak pergi…..ok di sini aku nak senaraikan jawapan & alasan aku. Harap semua faham k.

1. Aku ingin mencuba dan mencari pengalaman baru di tempat baru.

2. Ingin memperbaiki prestasi kerja dan membuktikan kehebatan aku dengan kemampuan yang aku ada.

3. Dah lama teringin nak rasa kerja di luar dari HQ
4. Suami sokong dan beri keizinan 100 %. Kerjaya suami tidak terikat dgn sesiapa & mobiliti bebas.
5. Ingin merasai cabaran di tempat baru sbg pioneer.
6. Mak & ayah aku suka sgt sebab aku dapat tinggal berdekatan dgn mereka (hometown, Junjong Kulim…15 minit aje dr Jawi)
7. Tugas di Jawi sebagai penyelaras kursus masih related dgn kepakaran aku dlm HR.
8. Aku dah ada pengalaman dlm pengambilan & penempatan, pengesahan jawatan, Rekod & pencen. So skrg aku nak dalami kemahiran dalam Latihan pula.
9. Dah 5 tahun aku di BSM, HQ….aku pindah dpt full claim.
10. Aku tak suka kerjaya yg statik….kita ada peluang utk berpindah ke pusat-pusat MARA yg lain, maka gunakan peluang yg ada.
11. Jauh perjalanan, byk pengalaman, luas pandangan.
12. Think positive….jgn takut utk mencuba & keluar daripada zon selesa jika ingin lebih berjaya.
13. Rezeki di tangan Allah….kalau dpt naik pangkat Alhamdulillah.
14. kalaupun tak dpt ganjaran di dunia….kerja yg ikhlas akan diberkati oleh-NYA.
15. rumah aku dah beli di Ampang, InsyaAllah 2-3 tahun lagi aku akan kembali semula ke HQ.
16. Sebulan sekali akan turun KL utk bisness aku & juga shopping
17. Husband akan on & off di KL & Penang. Aku dpt berdikari & bawa kereta sendiri….selama ni asyik bergantung dgn suami sebab jarak ke tempat kerja agak jauh.
18. Pindah Jawi nanti rumah sewa aku sebelah pagar ajer…..tak sampai 5 minit. Save minyak & masa.
19. Taska anak pun dekat ngan rumah.
20. Rumah teres….sewa pun murah.

Byk lagi alasan yg lain….tapi cukuplah ni…..

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

6 Responses

  1. ainun says:

    Su, dah sampai sana jgn lupa bagilah gambar2 kat rumah sewa baru di jawi dan kat institut tu. Nak juga tengok. Selamat bertugas ditempat baru… Banyak2 baca ayat quran moga “tenang” dan aman hendaknya….

  2. azie says:

    nnt bila sy balik rumah mak mertua boleh ler jumpa cheq-sue nooo…

  3. LIZA says:

    oklah tu cheq sue, boleh le org utara pulak belajar ngan che sue

  4. sue jugak says:

    Salam akak,,
    dah nak bertukar ke dah bertukar???hehehhe..

    akak kenal Hashimi Mahat x?
    bagile address pusat latihan Jawi tu,leh juga saya join belajar2 ngan akak..heheheh

  5. mawar says:

    Kalau nak buat kelas kat Penang, bagitau ler…bleh saya join jugak. Dok tengok kat blog jer, tringin jugak nak cuba.

  6. me says:

    Elok ler keluar dari Hq..dapat tengok MARA dari perspektif luar

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>