Bertugas sambil bercuti di Sungai Petani, Kedah

IMG_2630 

Pada 16 Mac – 19 Mac 2009 cheq-sue bertugas untuk melaksanakan urusan temuduga di IKM Sungai Petani. Di kesempatan ini cheq-sue mengambil peluang membawa family termasuk mak, ayah & adik bercuti sambil lepak-lepak di Homestay di Sungai Petani. Nama Homestay ini TDA Maju Homestay yg terletak di Taman Padimas Jaya, Sungai Layar, Sungai Petani, Kedah.

IMG_2555

Cheq-sue amat teruja apabila melihat sebuah rumah banglo single yg cukup sempurna ini. Memang puas hati menyewa di homestay ini berbanding tinggal di hotel. Di sini semua kemudahan lengkap. ketiga-tiga bilik bertaraf hotel siap dgn aircond dan juga set karaoke. Oleh kerana cheq-sue sekeluarga amat berpuas hati….maka cheq-sue nak bagi promosi percuma kepada pemilik homestay ini. Cheq-sue mengalu-alukan kepada sesiapa yang berhajat utk ke sungai petani atau ke Utara…..sewalah homestay ini, memang berbaloi! cheq-sue dapat maklumat homestay ini melalui mudah.com.my. sahaja.

Oleh kerana cheq-suepun masih belum punyai rumah sendiri, maka rumah homestay ini pun dah cukup utk menjadi rumah impian cheq-sue. InsyaAllah kalau ada rezeki teringin nak buat rumah yg simple & lengkap mcm homestay ini.

Jomlah cuci mata tengok suasana luar dan dalam kediaman ini. Boleh juga jadi sumber ilham & idea bagi dekorasi rumah kalian :)

IMG_2551 IMG_2550

Ruang tamu  yang kemas disertakan dengan kemudahan hiburan utk keluarga iaitu set karaoke.

 IMG_2558 IMG_2562

Ruang family bersebelahan dapur. Dapur dilengkapi Peti sejuk, meja makan dan Kitchen kabinet yang lengkap dgn hood & hub.

IMG_2561 IMG_2548

Laman rumah yang luas dan di belakang dapur pemilik homestay menanam pelbagai jenis pokok sayuran dan tumbuhan herba.

IMG_2552 IMG_2589

Mak cheq-sue sedang berefleksologi .

  IMG_2598 IMG_2549

Aisyah berlari bebas. Adam leka bermain batu refleksologi dengan Aisyah.

 IMG_2614  IMG_2611

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

5 Responses

  1. Kak Ina says:

    Salam Cheq Sue,

    Kak ina tengok macam menarik je homestay tu. Berapa sewanya utk satu malam? agak2 lah dari sg petani dgn baling tu dekat tak?

  2. cheq sue says:

    Kak ina, sewanya RM200 utk satu hari, 1 malam. boleh minta kurang lagi kalau duk lama. Balik dgn Sg. Petani jauhlah kak….

  3. atie says:

    Salam,

    Cantik yer homestay tu.. just nak share info antara sungai petani ngan baling.. takdelah jauh sangat..naik keter dalam 30 mnit jer.. dulu dekat 50 mnit..skrg dah ada highway baru kulim/grik so separuh jalan dah leh pintas..

    /me selalu balik umah mertua kat baling huhuhu… n gi umah makcik kat sungai petani..

  4. amiey says:

    hi che sue..homestay nih dengan jeniang gurun jauh tak?kite nak carik homestay untuk kenduri kawen ..

  5. cheq sue says:

    Agaknya jauhlah. Rumah ni masuk ke dalam sikit kat Taman Layar tu. Dia dekat dgn kem askar sungai Layar.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>