Mee Bandung Muar (Special)

IMG_2186

Tentu ada yang terliur melihatkan gambar mee bandung muar ini. Atau mungkin juga bg yang pernah makan mee bandung Pak Abu di Jln Abdullah, Muar ini sedang teringatkan keenakan rasa kuahnya dengan isi udang yg banyak dan pekat. Memang sungggggguh sedappppp!

Terima kasih kepada Misah (my ex-room mate) kerana bgtau tempat paling sedap untuk makan mee bandung ni. Tak sia-sia kami pusing pekan Muar 2-3 kali utk cari kedai ni. Melihatkan dari segi lokasi memang susah nak jumpa kalau first time pi cari sebab dlm kedai Cina ada kedai Melayu. Hidup Muhibbah lah katakan.

Tatkala pertama kali menjejakkan kaki ke dlm kedai ni pun dah dpt rasakan Auranya. Kedai ini masih mengekalkan ciri-ciri asalnya yg klasik & simple….cheq-sue rasa mcm balik kampung di Kulim pula. Menurut Pak Abu perniagaan ini dimulakan sejak 1930 lagi.

Semasa sedang asyik merasai keenakannya cheq-sue terpandang gambar-gambar dan keratan akhbar yang dilekatkan di dinding restoran. Ternyata mee bandung pak abu ni memang terkenal…..bukan calang-calang orang dlm gambar tu….tetapi Pak Lah, Chef Wan…..dan ramai lagi orang-orang  ternama yang dah makan mee bandung di kedai pak Abu ni.

IMG_2179

Ermmmm….sedapnya :)

IMG_2192 IMG_2190

Inilah dia Pak Abu Bakar, tuan empunya dan tukang masak mee bandung muar ini.

IMG_2195 IMG_2196

Kedai Pak Abu a.k.a.  Restoran Wah San.

IMG_2185 IMG_2187

Gambar mee bandung cheq-sue sebelum dan selepas makan…..lihatlah licin pinggan tu cheq-sue kerjakan!

IMG_2193

Cheq-sue bergambar bersama Pak Abu sebelum bertolak pulang ke KL.

IMG_2194

Bilalah…cheq-sue nak slim ni?…….Asyik jln-jln cari makan aja……hehehe.

p/s: Selepas berbengkel di Melaka pd 14 Mac….cheq-sue bermalam di King’s Hotel Melaka. Malam tu dinner ikan bakar kat Umbai (tak ambik gambar). Lepas check-out tgh hari kami pusing-pusing bandar raya Melaka. Malangnya tak jumpa Kota A-Famosa…jln pun agak jem….perut dah mula lapar. Akhirnya terus sampai ke Muar…..tanpa dirancang ehehheheh.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

13 Responses

  1. sue says:

    Uiiii…sedapnyer..cam nak kluar ayaq liur ni tgk mee bandung cheq sue tu…Alaaa…nak mkn jugaaa….eeiiii

  2. zarina says:

    Salam…kalau mai penang jangan lupa pekena mee udang kt kampung kubang menerong,kepala batas,p.pinang…sedap u..caya la…jangan lupa bawak family sekali…

  3. Matt says:

    pak cik Abu nie asalnya meniaga kat bas stand muor.. pas tu dirobohkan sbb nak buat bus stand baru.. sbb tu la pak Abu menumpang kat restoran Wah San nie.. rasanya dah lama pak Abu meniaga mee nie, mee goreng dia pun sedap.. masa kecik2 dulu sy selalu bungkus mee pak Abu ni utk mak sy klu sy gi bandor..

  4. bro jatt says:

    tq cik mami.mee bandung muar cik mamii sedap giler tu….fuh!

  5. kalau datang kl, jgn lupa makan kuih muih dan gorpis di seksyen 10 wangsa maju ddi depannya umno di kanannya surau darulhuda!

  6. semutdesa says:

    mee bandung muar pkcik nih memang da best!!!
    actually, mee bandung is the most delicious food in da world…
    yehaaaaa!!!!!!!!!!!!

  7. zam says:

    alahai…terliur dibuatnya, xpenah saya jmpe mee bandung yg sedap ni kat JB. puas saya saya cari seluruh jb, tap sumernya manis2 belaka. ..heheh. kpd penulis blog ni, bleh x bg alamat kedai pak abu. saya nak try ler…tq.

  8. Mohd Yazid says:

    saya dah pekena dah, memang best pun tapi nak rasa lagi tak tau la sebab jauh, dapat tengok gambar pun jadilah

  9. cikgu shaari says:

    kat mana di KL ni boleh dapat mee bandung muar yang sesedap mee bandung Pak Abu. Nak ke Muar jauh sangat kalau cuma nak makan mee bandung saja.

  10. Nurul Elia Shari says:

    kat k.l mmg xde mee bandung mcm tu.. hanya d muar saje.. rasanye sue kalu g muar ada 1 lg tmpt yg lg sedap kat muar murah pulak tu.. kedai tu tepi jalan sebelah kiri jalan dari muar ke tangkak.. mmg best sue try r.. percayalah i mmg org muar yg asli tau..

  11. Aliya Qaisara says:

    Ya, mee bandung muar ada rupa orang muaor yang buat

  12. suri salleh says:

    klu murah tp perencahnye xori xsdap jge….sy pn dh puas mkn mee bandung muar tp xsme tmpt lain rsenye…sory..

  13. Kat Batu Pahat ada juga mee bandung yang famous.. :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>