Bengkel Sulaman Manik – SAMB Melaka

IMG_2164

Tarikh: 14 Feb 2009

Masa: 11.00pagi  – 3.00 petang (4 jam)

Tempat : Tkt 4, Bangunan Graha Maju, Sykt. Air Melaka Berhad, Jln Hang Tuah , Melaka

Bil. Peserta : 22 orang

 

Hari yang dijanjikan akhirnya tiba jua. Bukan utk sambut Valentine’s Day ya!. Tapi tarikhnya sama iaitu 14 Februari 2009. Awal-awal pagi lagi cheq-sue sekeluarga bertolak ke Melaka. Sampai di Melaka pukul 10.00 pagi….cheq-sue breakfast dulu di gerai berhadapan dengan Bank Rakyat yang bersebelahan dengan Pejabat MARA Melaka. Sambal Nasi lemak kat situ sungguh sedap!.

Pukul 10.30 cheq-sue bersama Nik Nur Faizah, selaku assistant cheq-sue (bekas peserta bengkel Sulaman Manik Asas 2) ke dewan di tkt 4, Bangunan Graha Maju, Sykt Air Melaka Berhad. Bengkel kali ini mempunyai peserta paling ramai iaitu seramai 22 orang. Mujurlah Nik sudi membantu….kalau tiada Nik memang tak sempat cheq-sue nak ajar mereka semua. TQ Nik!…..nanti bolehlah Nik jadi Apprentice utk cheq-sue.

Bengkel bermula jam 11.00 pagi dan berakhir lewat 4.00 petang. Terima kasih kepada cik Abe kerana sanggup mejaga anak-anak yg tengah lasak tu.

Tak sempat cheq-sue nak hafal semua nama-nama peserta. Tetapi semuanya kelihatan begitu tak sabar nak mempelajari teknik sulaman manik ini. Kebanyakan mereka sudah ada basic cuma tak tahu teknik yg sepatutnya. Semoga para peserta berpuas hati dgn semua teknik yg telah dikongsikan itu dan dapat terus mempraktikkannya. Ada yg beri idea nak lip-lapkan baju korporat SAMB. Asyik Lip lapkan baju  tu nanti jgn sampai tak dak air kat Melaka sudahlah…..:)

Tak lupa juga terima kasih kepada Pn. Fatimah selaku pengerusi Persatuan Wanita SAMB yg turut sama memberi sokongan dan menyediakan buffet makan tengahari yg sungguh lazat. Kepada Manisah & Linda juga berbanyak terima kasih cheq-sue ucapkan kerana bersusah payah mengatur bengkel ini hingga akhirnya dapatlah kita bersua muka.

 

Antara gambar-gambar yg sempat dirakam oleh Nik:

IMG_2169 IMG_2170  IMG_2166 IMG_2163 IMG_2168 IMG_2167 IMG_2162

Ini adalah gambar 10 teknik sulaman manik yang sempat dikongsikan bersama peserta bengkel:

IMG_2200

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

2 Responses

  1. nik says:

    mmg best la dpt experience jd assistant.jd cikgu a pasni..hehehe.tq ksue.

  2. manisah says:

    thanks…cheq-sue…best giler la kelas tu….pas nie leh dtg lg melaka…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>