Sambil Menyelam Minum Air – Tiara Beach Resort

IMG_1621 

Inilah yang dikatakan "sambil menyelam minum air". Cheq-sue terlibat secara langsung sebagai pengaturcara Program Orientasi Guru-guru Baru MARA 2009. Sambil bertugas di Tiara Beach Resort, Port Dickson…….waktu petang sempatlah juga melayan anak-anak mandi manda di sana. Tempatnya memang sesuai sebagai destinasi percutian keluarga.

Cuma tak tahan kulit dah bertukar kemerah-merahan sebab panas. Aisyah dan Adam….kulit mereka dah mula mengelupas walaupun sudah disapu sunblock. Cheq-sue berada di sana dari 19 hingga 21 Jan 2009.

Mengulas sedikit tentang guru-guru baru MARA ni…..seramai 470 orang telah ditawarkan jawatan dan seramai 430 orang yang hadir dari seluruh pelusuk tanah air.  Pada hari pendaftaran…..tersentuh juga perasaan tatkala melihat para ibu bapa dgn wajah gembira dan penuh pengharapan menghantar anak-anak mereka untuk berkursus dan seterusnya menggalas tanggungjawab sebagai pendidik anak bangsa. Pastinya dengan iringan doa restu ibu bapa mengizinkan mereka bertugas walau dimana sahaja mereka diarahkan.

Kini mereka berada di bawah urusan cheq-sue di Unit Pengambilan & Penempatan Guru MARA. Pelbagai persoalan dan permohonan yang diajukan. Terutama tentang penempatan iaitu tempat di mana mereka akan diarahkan bertugas. Ada yang menerima dengan penuh tekad namun ada juga yang masih tidak berani untuk berdikari dan berjauhan daripada keluarga.

Cheq-sue yakin setelah minda mereka dibasuh dan semangat pejuang bangsa mereka diasah selama seminggu di PD, mereka akan dapat menyelami dan memahami VISI & MISI MARA yang sebenar. Harapan cheq-sue semoga mereka bersedia utk bertugas di mana-mana sahaja.

IMG_1636

Antara aksi-aksi bersama keluarga yang sempat dirakam:

IMG_1551 IMG_1572 IMG_1579 IMG_1545IMG_1543 IMG_1570 IMG_1617  IMG_1613

IMG_1567 IMG_1569

Cikgi-cikgi di dlm gambar inilah yg telah tolong ambik gambar kami mandi……

IMG_1615 IMG_1610

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>