Baju Pengantin Sulam Manik & Kristal (Biru Topaz)

IMG_1442

Akhirnya siap juga cheq-sue menyulam manik & kristal pada baju bakal pengantin ini. Majlis pernikahan akan berlangsung sempena cuti Raya Cina nanti. Masa diambil untuk menyiapkannya hampir 2 minggu. Maklumlah cheq-sue hanya menyulam bila ada masa terluang dan apabila anak-anak sudah tidur.

Sulamannya agak sarat di bahagian lengan. Cheq-sue jahitkan sulaman manik bunga yang penuh dengan menggunakan manik heksagon jenama miyuki gabungan warna silver dan biru topaz. Ditambah pula kilauan kristal accrylic berwarna silver dan biru topaz juga menaikkan lagi seri baju pengantin ini.

Walaupun sipemakainya memakai tudung tapi cheq-sue tak puas hati kalau bahagian leher dibiarkan kosong tidak bersulam. Maka pada bahagian leher cheq-sue kemaskan dengan bunga bintang yang simple (gabungan manik bulat warna silver dan biru). Tengah bunga pula diserikan lagi dengan juraian kristal eyedrop warna biru topaz hingga ke paras dada.

Sulaman dihujung lengan baju pula, cheq-sue jahitkan manik bunga yang simple seperti kemasan di bahagian leher tetapi ditambah jahitan pemberat supaya lengan baju terletak cantik. Jahitan pemberat ini cheq-sue gunakan 2 manik heksagon dijahit rapat seperti manik beriring. Kemudian di bahagian yang berlekuk itu pula, cheq-sue tambahkan manik jurai dengan kristal eyedrop warna biru topaz.

Gambar kemasan bahagian lengan baju:

IMG_1411IMG_1441

Gambar kemasan bahagian leher dan dada baju:

IMG_1430IMG_1431

IMG_1434

Gambar kemasan bahagian hujung lengan baju:IMG_1409      IMG_1394

IMG_1419

Anggaran Kos:

Manik heksagon silver – 2 pkt (RM10)

Manik heksagon biru topaz – 2 pkt (RM10)

Manik heksagon biru lembut – 1 pkt (RM5)

Manik bulat silver – 1pkt (RM5)

Manik bulat biru – 1 pkt (RM5)

Kristal silver (bulat) – 20 biji (RM5)

Kristal biru topaz (bulat) – 20 biji (RM5)

Kristal silver (eyedrop) – 40 biji (RM10)

Kristal biru topaz (eyedrop) – 40 biji (RM10)

Kristal eyedrop biru topaz 1 pkt (RM5)

Jumlah kos ialah RM70 tidak termasuk benang & jarum serta masa yang perlu diperuntukkan untuk menyiapkan sulaman ini bergantung kepada kesibukan masing-masing. Berdasarkan tinjauan harga upah utk jahitan sulaman baju pengantin ialah antara RM150 hingga RM300.

Maka, untuk adik-adik yang akan melangsungkan hari bahagia, semoga apa yg cheq-sue kongsikan ini dapat membantu kalian yang tercari-cari idea untuk sulaman manik pada baju pengantin anda.

“Harga bukanlah bandingannya tetapi kepuasan kerana berjaya membuat sendiri adalah upah paling bermakna”

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

38 Responses

  1. mamabetty says:

    Kreatif.. tp kan cheq su, bole x bubuh gambar satu baju penuh yang dh siap pasang manik..? tengok sikit2 cmtu x brp puas la.. teringin nak tengok dari sepasang baju.. bole eh cheq su..

  2. zairani says:

    asalamualaikum,

    wah!…cantiknya baju jahitan cheq su.sejak bila ne ambik upah menjahit baju? alhamdulillah satu kemajuan tu azam tahun baru ke?…

    rasanya masih belum terlambat untuk mengucapkan selamat tahun baru dan salam maal hijrah dari akak sekeluarga di batu pahat,johor.

  3. cheq sue says:

    to Mamabetty: kamera tak berapa cantik nak ambik gambar baju penuh. Lagipun nanti takut hilang pulak seri pengantin. heheheh….Nanti kita ambik gambar dengan pengantinnya sekalilah. ok

    to Kak Zairani: TQ….cheq-sue cuma tambah sulaman manik sahaja. Baju orang lain yg jahit. Butik kat Medan MARA tulah.

  4. kakakdegil says:

    cheq sue
    set RE kit ada lagi tak?
    kalau ada, boleh tak saya beli n saya amek sendiri di kota damansara?

    kalau boleh cheq sue sms saya – 016-2441091 yer

  5. mamalya says:

    waaa…lawanyer..frust juga masa kawin dulu takder baju jahit sendiri kena upah org…baru sekarng discover yang saya ada skill menjahit…frust2 kalau tak jahit baju kawin sendiri kepuasannya pasti tak terucap..

  6. cheq sue says:

    to kakak degil: Maaf kit tu tiada buat masa skrg. Nanti kalau dah ready cheq-sue akan inform

  7. cheq sue says:

    to mamaalya: tak pa…kita bleh buat kat baju adik-adikkita ataupun terima aje tempahan dpd kawan2 yg nak kawin atau bertunang.

  8. Raenu says:

    Hi cheq sue…..ada corak baru jahitan manik dengan step-step dia tak? I selalu suka tengok cara-cara yg cheq sue ajar. Setiap kali i ikut step-step tu, jahitan i menjadi. pls postkan by mail corak jahitan manik yg baru/ latest pls. Thnx

  9. anie says:

    cheq sue…bestlah tengok jahitan manik tu…boleh ajar tak..nak sgt bljr..slmt tahun baru!

  10. ibh says:

    Hu..huu..memang dah teruji..cheq sue mmg kreatif….cantik…bleh bukak kedai ni…

  11. Tinie says:

    Time kasih Cheq sue.. Tanpa cheq sue musti xder chance nk pakai baju pengantin yg comel lotte nie.. Jasamu kukenang =)

    Memang cantik sgt2. Thanks alot!!

  12. ibu danish says:

    cantiknya…..
    tringin nak sulam menyulam tapi tak cukup masa

  13. hana says:

    salam kak sue
    saya nak tempah dgn akak utk jahit manik pada baju kawin saya. boleh tak?

  14. cheq sue says:

    Hana, InsyaAllah boleh. tapi hana boleh tunjukkan dulu tak kain tu macam mana? dan bila nak pakai ..sebab cheq-sue agak bz….tapi kalau ckp masa boleh.

  15. yatie says:

    salam…cheq sue, yatie nak tau jadi ke jadual cheq sue turun melaka 7 feb. ni? di mana tempatnya? yatie nak joint

  16. hana says:

    boleh. baju tu nak pakai 12hb 12 nanti. sekarang kain tu sedang dijahit. sebab saya tau kaksue bz la, saya siap bgtau awal-awal :D
    saya tempah, nanti saya hantar sulam, pastu baru saya hantar kat kaksue untuk dijahit manik.ok? nanti kaksue bg contact number ye.
    mekasih

  17. Hidayah says:

    cantik sgt…nk tanye, cheq sue beli kristal n manik2 tu sume kt mane??? Dh jd inspirasi utk jahit manik sdiri kt baju nikah sdiri nnt….

  18. Yatie Othman says:

    che sue nak tanya bila kursus yang akan dtg akan di buat, bila dan di mana dan bagaimana pula dengan harga ?

    Terima kasih

  19. cheq sue says:

    to hana: ini no hp cheq-sue 012-2522276…kalau boleh tolong emel butiran peribadi hana…lama-lama nanti cheq-sue lupa.

    to yatie: cheq-sue jd buat bengkel kat melaka pd 14 feb nih..tapi khusus utk staf SAMB shj…dah full
    lain kali atau yatie ada group lebih kurang 10 org cheq-sue boleh turun sekali lagi….tolong cari peserta la

  20. cheq sue says:

    to Hidayah: cheq-sue beli manik & kristal tu kat bbrp buah kedai manik di sekitar Jln TAR, KL…

    to yatie Othman: utk bengkel seterusnya sila rujuk BENGKEL

  21. shams says:

    Nombor telefon cheqsue lebih kurang wife saya punya la… salah dial karang ni.

  22. cheq sue says:

    kalau nak call pun takper….boleh kita sembang-sembang. kalau sudi suruhlah isteri awak baca blog ni kut-kut dia minat sulam menyulam nih.

  23. anie says:

    cheq sue..macamana nak pilih manik2 yg berkualiti ye?

  24. izyanadiah says:

    cantiknyer sulaman manik..mesti cheq sue penat buat nie

  25. cheq sue says:

    Penat jugak…

  26. suzana says:

    k.sue..hi, first time melawat blog nih, anggaran utk sulam manik nih mmg dlm RM150-300 ker?uuu…boleh tahan…berminat nak wat, nnt kiter contact k.sue

  27. syahaziela says:

    akum..akak sya nak tanya skit..
    kat mana sya nak beli kristal2 utk jahit kat bau ni erk..

  28. azwa says:

    cheq sue.kalo sy nk tempah tuk jht manik kt leher bape ye?
    tuk baju tunang.kain chiffon.

  29. nisa says:

    kak…kalau saya nak tempah baju pengantin boleh? boleh bagi contact no tak? email saya…. thanks

  30. affizah says:

    memang minat nk jahit manik..tp time balek keje baru leh …praktis jahit manik kat baju2 pengantin adik…hehhehe….xleh nk lame2 coz mate cepat letih…mklumlah…keje depan kmputer 9 to 6 hehhehehe..

  31. mila says:

    salam,
    jahitan manik ni mmg hobi sy diwaktu lapang n salah satu pendapatan smpingan sy jgk… suka tgk hasil tangan sendiri.
    tp masalahnya bnyk customer sy yg nk jahit cntik bl nk harga murah… dh la sy pakai manik mahal (apple bead) tp nk harga murah…jahitan nk tebal…diaorg tk fikir ke masa kita nk jahit lg..brg lg…mcm mana ni ye…

  32. siti says:

    salam..
    cantik sgt..
    sy ade jahit sndiri manik utk baju akad nikah sy..
    hmm, tp x brape ade idea lar..
    can u help me cheq sue…

  33. rin says:

    kak sue… cantik nye. mmg beza bile dah tambah manik tu.thanks kak sue bg tunjuk ajar kat blog ni. suke sgt~~ dah lame nak belajar sulam manik ni…. :)

  34. manja says:

    salam..
    cheq sue. leh tlg ma tk..ma nk jahit baju utk angkt nikah nnti…tapi tk thu la nk jahit manik yg mcm mne?…ma udh beli baju jubah warna putih..tapi smpel sgt la…ingt nk tambah bunga sikit..tapi tak ada ideal la..ma udh beli bunga warna pink..tapi tk thu nk buat corak mcm mne?..pening…cheq sue leh tk bgi cdgn kat ma…tolng..ma.angkt nikah pada 4/2/11..:(

  35. mus says:

    slm….akk agk2 susah x nk jahit manik utk bju pengantin

  36. ZURAIDA NOR BAHARI says:

    ASSALAMMUALAIKUM..che suuu…mcm mana akak nak dapatkan buku jahit scrumbel..akak minat sangat2…tolongggg dapatkan akak satu…he he he

  37. faza says:

    Tlg email sa nk hantar bju untuk jahit manik saya tgal di bangi

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>