Laksa Kedah

IMG_1316

Lama tak berkongsi resepi masakan. Kali ini cheq-sue nak berkongsi resepi laksa kedah yang selalu mak masak. Kalau hari raya tak sah kalau tak der hidangan laksa kedah mak ni. Dah jadi kewajipan setiap kali raya penuh tetamu datang ke rumah dari anjung sampailah ke dapur. Memang tak cukup tangan nak melayan para tetamu menikmati laksa mak yang memang fuhh…tak terkata sedapnya. Makan kat kedai pun tak boleh lawan tau…..

Dah lama mak suruh cheq-sue belajar masak kuah laksa ni, tapi berat sangat rasa nak buat tu…selalu tengok aje mak yang masak….tapi masih tak teringin nak cuba buat sendiri. Penyakit M*L*S tu kuat sangat. Tapi semenjak dua menjak ni cheq-sue dah makin rajin memasak. Dah 30 tahun….tak kan tak tahu masak laksa lagi kan. Sebagai orang Kedah memang rasa malu kalau kita tak pandai masak laksa.

Sempena cuti Krismas semalam cheq-sue pun memulakan operasi memasak kuah laksa dengan resepi rahsia daripada mak ni. Memang menjadi! Maklumlah mak borek anak rintik kan. Sesiapa nak cuba bolehlah copy resepi ni.

 

bahan-bahan:

IMG_1298IMG_1301IMG_1302IMG_1303IMG_1306IMG_1307IMG_1304IMG_1300IMG_1310

1kg Ikan selayang/sardin – direbus

1 cawan udang kepai (yg halus tu) – dibasuh dan tumbuk lumat

30-40 batang cili kering -direndam air panas & kisar

2 ulas bawang besar – dikisar bersama cili kering

1 inci belacan – dikisar bersama cili kering

3 ulas bawang merah – dimayang

1 genggam asam keping

1 genggam daun kesum

3 batang bunga kantan

2 liter atau lebih air

garam & ajinomoto secukup rasa

Cara-cara memasak:

1. Ikan yang telah direbus diasingkan isi dengan tulang.

2. Isi ikan dikisar kasar (masukkan air paras ikan sebelum kisar)

3. tulang ikan bersama air rebusan ikan dikisar dan ditapis. Ambil air sahaja.

4. Kisar cili kering bersama bawang besar & belacan

5. tumis bawang merah hingga kekuningan dan masukkan cili kisar. Masukkan sekali udang kepai yang telah ditumbuk lumat.

6. biar hingga cili masak (naik minyak)

7. Masukkan isi ikan. Kacau dan biarkan masak seketika bersama cili.

8. Masukkan air rebusan ikan.

9. Masukkan asam keping, daum kesum dan bunga kantan.

10. Masukkan garam & ajinomoto secukup rasa. Biar hingga mendidih.

 

IMG_1308 IMG_1309

  IMG_1311 IMG_1312 IMG_1313 IMG_1314 IMG_1315 IMG_1317

bahan-bahan hidang:

2 bungkus laksa – rendam dan rebus

daun salad – potong

timun

bawang besar

cili api – hijau & merah

limau kasturi

telur rebus

 

Tips:

Kuah laksa lebih sedap pada keesokannya. Tapi kuah akan menjadi semakin pekat. Sila tambahkan air dan tambahkan garam jika kurang masin semasa memanaskan kuah. Biasanya mak masak kuah malam jika nak makan esoknya. Selamat mencuba!

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

11 Responses

  1. Fauzi Ahmad says:

    Sedap nampak, tetapi laksa kedah dan laksa Perlis hampir sama. Tip kuasa sedap ialah cukup asam, garam, dan ikan.

    Saya suka laksa cap’ yg di buat sendiri, bukan laksa bihun atau yang di beli di kedai.

    Resepi tu ok. Cuma cara masing masing cara

    Terima kasih

  2. farhana says:

    sedapnye nampak laksa cheq-sue…boleh la nak try nnt…saya no. 1 fan laksa asam mcm ni…duduk kat johor, ade laksa johor aje…hihihi

  3. cheq sue says:

    to Fauzi: macam mana pulak rasanya laksa perlis ya? cheq dgr ada yg tambah nyok betul ka?

  4. cheq sue says:

    laksa johor pun sedap gak. Tak sangka org johor memang dpd zaman dulu-dulu dah mkn spagetti ya?

  5. ninoZ says:

    salam..
    yg tambah nyoq tu laksa teluk kechai..tapi nyoq tu bukan buh dlm kuah tapi sambal dikepal2 kecik2

    laksa chap..lepas celur belit2 sket susun atas daun pisang..wahhhhhhhhhh

    laksa kola perlis tak buh udang..tp bwg besaq kene lebih sket bagi rasa manis bawang tu mesra dgn kuah
    n laksa kola tak merah kaler dia..cili kering takyah byk sgt..secuku rasa jek tapi bila serve mesti ada cili padi..cili merah tak berapa jalan

    me kalau makan/ buat laksa..wajib ada kicap n otak udang..hihihihi

    cheqsu..kalau musim udang lipan..bleh beli sket n buh masa masak kuah..sedap woooooooo

  6. salwa says:

    ermmmmmmm…mcam sedap je..sy ni memang pengemar makan laksa..nak cuba le resepi ni

  7. iris says:

    sedapnya laksa depa no..

    laksa ne, laksa tumis org perak kata..

    tima kasih sbb kongsi resepi no..

    cuti bleh wat ne..

  8. aty says:

    meleleh aih air liur kite menengokkan…
    hahaha………..

  9. Liza Johor says:

    Wow mmg bombastik…..saya dah cuba resepi nih…..sukses…keluarga dan kawan2 suka makan….pernah try masak yg rebus jer tp kurang mengancam…..resepi cheq su rempahnya ditumis…..tu yg sedap tuh….tq tq kerana menambahkan lagi keyakinan saya utk memasak…..nnt nk cuba resepi cheq su yg lain pula la….. :)

  10. ileenda says:

    saya memang peminat gilerrrr laksa.klu makan laksa boleh tambah sampai 3 kali.saya nak cuba resepi ni..nampak lain dr lain.

  11. hurein says:

    wah sedapnya nampak.. sy kat kl ikan xfresh so kuah laksa xbape sedap. Kena reneh lama2 atas dapor br naik rasenya. Ni bg idea tambah udang kecai ( boley ganti udang kering x?).

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>