Sulam Manik Baju Pengantin

Minggu lepas bakal biras (tunangan adik ipar) menyampaikan hasratnya meminta cheq-sue jahitkan manik pada baju kahwinnya. Cheq-sue dengan gembira bersetuju atas  permintaan itu. Maklumlah masa cheq-sue kahwin dulu…..minat jahit manik ni belum timbul lagi. Permintaan ini cheq-sue anggap sebagai suatu pengiktirafan atas kemahiran yang cheq-sue ada.

Seminggu cheq-sue ke sana ke mari mencari manik & kristal yang bersesuaian. Pening juga kepala nak memikirkan design yang sesuai supaya dapat menyerlahkan lagi keanggunan si pemakainya nanti. Cheq-sue tak sabar nak menyiapkan sulaman ini. Kepada bakal-bakal pengantin yang tercari-cari idea untuk sulaman manik pada baju nikah atau persandingan mereka, jangan lupa nantikan hasil sulaman baju pengantin ini ya.

Posting akan datang cheq-sue akan tampilkan teknik-teknik untuk sulaman manik dan kristal pada baju pengantin ini.

Ini adalah gambar baju yang belum ditambah kilauan manik dan kristal:

IMG_1294

IMG_1229

IMG_1228

Material kain:

Satin putih sebagai lining dan kain net bersulam warna baby blue.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

4 Responses

  1. sue says:

    Wa..tak sabar nak tengok hasil kerja cheq sue….Tu satu permulaan yang baik tu cheq sue..mana tau lepas ni ramai lak yg wat tempahan jahit manik tuk baju kawen…

  2. MamaFaMi says:

    Jahit menjahit ni memerlukan banyak kesabaran. Mama tak sabar.. hehehe… tapi cross stitch tu, boleh la pulak…

    Salaam,
    MamaFaMi
    http://mamafami.fotopages.com

  3. alone says:

    wah.. ini kena ada kesabaran yang tinggi ni..

  4. zalynna says:

    mcm tau-tau jaa. lynna pun duk cari ide nak jahit baju pengantin ni.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>