Bengkel Sulaman Benang (1)

Hari yang dinantikan akhirnya tiba jua. Walaupun hanya ada 3 orang peserta, bengkel sulam benang yang pertama kali cheq-sue adakan ini tetap berjalan seperti yang dijadualkan. Kak Yusna dari Wangsa Maju, Alinda dari Rawang dan Mardziah dari Temerloh. Semuanya selamat sampai pada masa yang dijanjikan.

Maklumlah bengkel pertama, cheq-sue sendiri pun tak sempat menyediakan nota untuk para peserta. InsyaAllah bila dah siap nota tu nanti cheq-sue akan emelkan ya. Harap Kak Yusna, Alinda dan Mar dapat mengingati semua teknik-teknik yang diajarkan tadi dan cepat praktikkan ya.  Kalau tinggal ….lama-lama nanti lupa.

Ada yang terkial-kial semasa memintal benang, benang terbelit, jarum tersangkut, bunga tak jadi dan bermacam ragam lagi. Semua itu melekakan kami sehingga tak sedar masa sudahpun petang. Perut dah berbunyi……terima kasih kepada cik Abe cheq-sue kerana belikan nasi ayam untuk kami semua.

Dah belajar dan tahu susah senang membuat sulam benang ini, barulah kita tahu menilai harga yang dicajkan untuk hasil seni kerja tangan ini sama ada harga yang diberikan itu setimpal dengan usaha si penyulam ataupun tidak.

Semoga kita dapat berjumpa lagi dan jika ada pertanyaan atau lupa sesuatu teknik dan nak tanya semula jangan segan silu utk call atau emel cheq-sue ya. Harapan cheq-sue semoga kak Yusna, Alinda dan Mar berpuas hati dengan teknik yang diajarkan tadi. Yang baik daripada Allah dan segala kekurangan adalah daripada cheq-sue sendiri. Minta maaf sekiranya terdapat sebarang kekurangan sepanjang kita berbengkel tadi.

Gambar-gambar yang sempat dirakam:

IMG_1292

IMG_1288  IMG_1291

IMG_1290

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

10 Responses

  1. asmaa' says:

    teruja nak belajar sulam benang…saya zero bab sulam benang…best tgk orang lain boleh buat :)

  2. asmaa' says:

    akak, ajar online tak…jauhnyer dtg bljr, dari temerloh…

  3. mama_kaykay says:

    Salam Cheq Sue,

    Saya ni tinggal kat Kemaman, nak sangat belajar basic untuk jahit sulam benang.. Sudilah kiranya Cheq Sue menunjukkan teknik2 sulaman benang untuk saya…

    Terima kasih.

  4. mama_kaykay says:

    Cheq Sue,

    Saya perasan dlm gambar yg Cheq Sue bagi ni, ada satu buku yg ada gambar bunga2 tu.. Buku tu, untuk Sulaman Benang ker..? Cheq Sue jual ker buku tu? Berapa RM?

    :)

  5. suziyani says:

    bila kelas belajar sulaman manik dan sulaman benang akan di adakan lagi, saya amat berminat untuk belajar.

  6. azizah says:

    cheq sue kalau ada buat bengkel sulaman benang kat kawasan kl cam kan medan mara tue habaq mai kat saya na, memang duk cari cikgu nak tolong ajaq. kut la kadang2 tue maleh nak bukak blog…..tima kasih na

  7. mama ann says:

    teringin sangat nak join kelas sulam reben. bila nak wat lagi kat k.l

  8. naa says:

    naa nk blajar gak buat sulaman benang ni…
    ade care x??? na dari terngganu..jauh kalu nk blajar…

  9. mawar says:

    cheq-su…bila nak buat kelas lagi????saya dah lama cari kelas nak joint sulaman benang nih…saya pun dari rawang gak…cheq-su, klau ada nak buat kelas lg…tolong hubungi saya yer…013-3446350….

  10. zurina says:

    cheq sue.. ada lg tak bengkel sulaman benang ni..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>