Salam Aidil-Adha

Aidil-Adha kali ini cheq-sue sambut cukup sederhana. Pengorbanan yang Cheq-sue buat kali ini berbeza dari tahun-tahun sebelumnya. Oleh kerana cuti rehat untuk tahun ni dah habis, (maklumlah byk cuti kecemasan yang diambil tahun ni) kami hanya beraya di Kota Damansara. Inilah kali pertama cheq-sue beraya tanpa pulang ke kampung (Kedah/Kelantan). Mujur ada adik-adik ipar yang datang untuk menjamu selera….terasa juga suasana raya bila dapat berkumpul adik-beradik walaupun tidak semua yang ada.

kakliza

Fotopages resepi kak liza menjadi sumber rujukan cheq-sue untuk menyediakan hidangan raya iaitu nasi minyak warna-warni, ayam masak merah, acar mentah dan kerutup daging. Terima kasih banyak-banyak kak liza. Gambar masakan lupa nak ambil….pinjam gambar kakliza yea. Kepada yang belum mencuba resepi ini, cubalah memang best!.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>