Bengkel Sulaman Manik Asas (6)

IMG_1093 

8hb Nov……pukul 10.00 pagi 5 orang peserta akan datang ke rumah cheq-sue untuk mengikuti bengkel sulaman manik asas. Maka….awal-awal pagi lagi sibuklah cheq-sue mengemaskan rumah, cuci baju, siapkan Adam & Aisyah ke taska dan juga gorengkan bihun utk peserta. Alhamdulillah semua itu sempat juga disiapkan sebelum 10.00 pagi……

Peserta kali ini mudah mesra seolah-olah mereka telah lama kenal. Mengajar mereka juga amat mudah dan pantas kerana semuanya cepat belajar. Oleh kerana itu juga untuk bengkel kali ini cheq-sue sempat berkongsi lebih daripada 10 teknik sulaman manik termasuk beberapa teknik advance yang belum sempat dikongsi dengan peserta sebelum ini.

Harapan cheq-sue semoga mereka tidak lupa setiap teknik yang telah dikongsikan itu dan dapat dipraktikkan dengan segera……

IMG_1096 IMG_1095

Dalam bengkel kali ini juga cheq-sue bertemu kembali ex-schoolmate MRSM Balik Pulau iaitu Elly Afisyah (tudung biru)…..patutlah, sekali pandang ajer cheq-sue dah perasan….."macam pernah kulihat wajah itu….tapi di mana ya?"

IMG_1100

Zahana sedang menikmati keenakan bihun goreng cheq-sue :)

IMG_1103

Semoga Zahana, Elly, Jun, Izzada & Suria enjoy dengan apa yg telah dikongsikan dengan mereka dan harapan cheq-sue supaya mereka dapat memanfaatkan kemahiran yang ada tidak kira untuk diri sendiri ataupun untuk peluang menambah pendapatan.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

8 Responses

  1. russiah says:

    salam cheq-sue,

    saya memang berminat nak sertai bengkel yang diadakan. walaupun dah ada basic yang saya belajar dari buku..tapi keinginan nak memperkayakan dan memperkukuhkan lagi skills tetap ada, masalahnya baru beranak kecil ni susah sikit nak kemana-mana..kalau cheq sue tak keberatan boleh post gambar design2 yang canggih so boleh ler saya ciplak sikit the idea…anyway web cheq sue memang best!

  2. Izzada says:

    Hi Cheq Sue

    Terima kasih sebab kongsi ilmu dangan me and my sister.
    Balik tu terus beli manik and practice ape yang belajar supaya tak lupa..hehehehe…

  3. Ija says:

    saya memang tertarik dengan design2 yang cheq-sue post kat dalam web cheq-sue ni…saya dah ada basic tapi taklah pandai sangat nak design cantik2…apa2 pun singgah lah ke web saya http://www.leezaleena.blogspot.com untuk melihat keindahan batik halus dari terengganu….anyway i like ur web!

  4. cheq sue says:

    To Russiah: Cheq-sue tak der byk design yg canggih…sebab i prefer share on technique bukan design. kalau nak cth design yg menarik boleh lihat link yg cheq-sue dah letak kat “PAUTAN”

  5. cheq sue says:

    To Izzada: kalau ada apa-apa pertanyaan….jgn malu-malu nak call. bila pula nak join kelas sulam benang cheq-sue?

  6. cheq sue says:

    To Ija: Terima kasih. Batik Terengganu mmg cantik dan berkualiti.

  7. mohamad shah says:

    assalamualaikum,..
    kelas tersebut hanya utk para anita sahaja ker?
    ada tempat tak utk lelaki?

  8. cheq sue says:

    Salam Mohamad Shah, jika ada peserta lelaki yang berminat utk joint…adalah dialu-alukan…cheq-sue tahu, zaman skrg ramai pereka-pereka baju & fesyen yg terkenal adalah dr kalangan kaum Adam….apa salahnya kalau nak belajar dgn cheq-sue. silalah bg contact no ok

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>