Alatan Asas Sulaman Benang

IMG_1080

Alatan asas yang perlu ada untuk memulakan sulaman benang ialah:

- Jarum

- Benang

- Ram

- Gunting

- Neadle Threader

Jarum

Jarum yang sering digunakan untuk membuat sulaman benang sebaik-baiknya mempunyai bentuk yang panjang dan kepala jarum yang lebih kecil daripada batang jarum. Jenis-jenis jarum ini ialah seperti sharp, straw/milliners dan crewel/embroidery. Pilihan jenis jarum tidak banyak terdapat di Malaysia berbanding negara Eropah, China dan Vietnam.

IMG_1079 IMG_1067

Jenis Jarum:

1. Sharp

Sesuai digunakan untuk semua jenis jahitan atau sulaman. Paling sesuai jika membuat sulam bullion kerana kepala jarumnya yang halus dan bundar memudahkan semasa menarik benang dalam gulungan. Jarum jenis ini tidak terlalu panjang dan boleh mengelakkan penggunaan benang yang berlebihan. Saiz ialah dari 5-12. Jarum jenis ini mempunyai hujung yang sangat halus dan tajam.

2. Straw/Milliners

Jarum ini lebih dikenali sebagai jarum untuk sulaman bullion. Mempunyai batang jarum yang panjang dan diameternya  yang sekata dari hujung jarum hingga ke kepala jarum. Sesuai untuk membuat lilitan bullion yg banyak. Jarum jenis ini juga boleh digunakan untuk jahit manik kerana saiznya yang panjang dan halus. Untuk jahit manik jarum bersaiz nombor 9-11 sesuai digunakan.

3. Crewel/Embroidery

Jarum jenis ini pula adalah yang paling sesuai untuk semua jenis sulaman tangan. Sebab tu ia diberi nama "embroidery needle". Hampir sama dengan jarum sharp tetapi ia mempunyai lubang jarum yang lebih panjang, memudahkan untuk memasukkan benang dalam jarum.

Benang

Terdapat pelbagai jenama benang tetapi di Malaysia kita amat sukar untuk menjumpai pelbagai jenis benang ini. Bermaksud kita kekurangan pilihan. Satu-satunya yang mudah dan banyak dijual di sini ialah benang jenama DMC (made in France).

1. Pearl Cotton

Benang dipakejkan dalam bentuk bulat dan amat sesuai untuk sulaman tangan seperti untuk jahitan sulam smocking. Benangnya agak tebal dan terdapat 1 helai sahaja (1 strand) iaitu tidak boleh diceraikan seperti "soft cotton".

2. Soft Cotton

Lebih dikenali sebagai benang "cross-stitch". Benang ini mempunyai 6 helai (6 strand). Sesuai untuk membuat sulaman yang halus. Apabila menggunakan benang jenis ini kita mempunyai pilihan untuk menentukan ketebalan sulaman yang ingin dihasilkan iaitu samada hendak menggunakan 1,2,3,4,5 atau 6 helai benang. Perlu diingat hasil sulaman yang halus adalah amat tinggi nilainya. Material kain yang digunakan untuk menyulam menentukan ketebalan benang yang perlu digunakan. Kain yang nipis dan lembut seperti sutera atau chiffon perlulah disulam dengan benang yang halus juga iaitu 1 atau 2 helai benang sahaja.

IMG_1081 IMG_1082

Neadle Threader

IMG_1181 IMG_1183

Sejenis alat yang digunakan untuk memudahkan kerja memasukkan benang ke dalam lubang jarum.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

27 Responses

  1. zairani says:

    salam…
    cheq su cuma jual alat2 aje ke tapi akak nak tahulah macam mana cara nak buatnya?
    cheq su ada contoh atau jual bukunya ke…..

  2. adah says:

    salam….leh tak sue provide basic set sulam benang ni.pos skali.rm?

  3. cheq sue says:

    to Zairani & Adah :

    Kelas sulaman benang akan cheq-sue adakan tak lama lagi….kalau nak join…boleh register awal-awal…pakej dgn kit sulaman benang sekali.

  4. mas says:

    cheq-sue kalau saye nk beli kit sulaman benang je brape harganye. x dpt la nk join kelas sulaman cheq-sue sbb ank kecik2 lagi..x dpt nk tggl..mcmane cheq-sue?

  5. enna says:

    teringin nye nk join kelas sulaman benang neh.. cheq-sue.. kt mane cheq-sue buat ye?

  6. izah says:

    salam cheq-sue..ader jual kit sulaman benang dan bukunya sekali..berapa harga yer?minat ni nak blaja tgk org buat sumenya cantik2 blaka…

  7. ZURA says:

    Salam, saya berminat nak ikuti bengkel sulaman tangan. Bila Chek Su nak buat ek? boleh bagi anggaran harga skali tak? Sekian

  8. cheq sue says:

    Harap pertanyaan anda semua telah terjawab dgn posting terbaru dpd cheq-sue. Kalau masih berminat nak join kelas atau beli kit…silalah emelkan kpd sue@cheq-sue.com

  9. Rusliza says:

    Saya berminat untuk belajar semua jahitan. Bagaimana untuk menghubungi Cheq Sue. Sekiranya Cheq Sue ingin membuka kelas membuat pakaian smocking sila emailkan kepada saya waktu/tarikh/tempat.

    Sekian. terima kasih.

  10. ieza says:

    hai cheq su….
    sy berminat dengan sulaman benang
    cantik…mcm sy nie x ade asas langsung dngan sulaman benang nie….bila agaknya cheq su nk bt kelas
    di melaka…boleh sy join…

  11. marne says:

    salam…
    cheq sue,
    mcmane nak jahit yang hujung tudung yang kelepet tu bagi ada lubang2 yang banyak tu?cheq sue tau cr die x?jahitan sembat ke ape ke..hehe

  12. azhan says:

    boleh tak cheq sue letakkan cara menjahit kelepet, renda, lapik, kasing, penjuru, kun dan ikatan pinggang. TQ

  13. cheq sue says:

    TO Azhan: cheq-sue hanya fokus pada sulaman, dan bukan jahitan atau jahit baju atau jahit mesin. InsyaAllah mungkin di masa akan datang ada minat ke arah itu…akan diusahakan ya. Sebaiknya rujuk buku…jika berminat dlm jahitan.

  14. mariana says:

    kak,sy ni xde basic lngsng bab2 ni.tapi sy berkenan sgt kat sulam tgn yg bnga ros kat tudung bawal tu…sempat ke sehari blajar dlm bngkel akak tu?akak xbuat kat kuantan ke?

  15. mariana says:

    apa2 nanti akak bls kat emel sy yanahmd@yahoo.com.tq

  16. rajasue says:

    akum…
    cheq sue butik dah tutup kan…
    boleh tak cheq sue bagitahu kedai kat area mana or nama kedai yg jual jarum sulam reben ni yer..
    saya dah beli reben tapi jarum tak jumpa laaaa

  17. Atie says:

    assalamualaikum cheq su. ada buat kelas sekitar shah alam atau KL tak…..

  18. wani says:

    saya berminat utk kelas sulaman benang area kl

  19. yaati says:

    nak order jarum je blh tak cheq su..plsss…..

  20. kak ida says:

    Sue pnyuntik smangat akak tika menunggu anak di wad. Akak bli buku2 Rosita Jafar & Synergy Media & blajar dr situ. Alhamdulillah dh dpt jual byak tdung yg akak sulam sndiri. Dptlah menampung sikit kos rwatan anak. Tp akak tringin sgt nak beli jarum 2. Brp harganya? Puas tnya kan kdai tp xde.T.kasih byk2.

  21. mus says:

    as’salam cheq su, tak ada ker cadangan nak buat kelas di muar

  22. syerin says:

    chesu wt r klas kt temerloh pahang lak… sy ni nk sgt blaja jhit sulam ni…

  23. Nor Aizan bt Harun says:

    Bilakah Cheq Su akan mengadakan kelas sulaman Manink, Labuci dan benang di Kota Bharu, Kelantan. Saya amat berminat untuk mengikuti kelas yang dianjurkan oleh Cheq Su.

    Sekian, terima kasih.

    Aizan
    Kota Bharu
    Kelantan

  24. samihah othman says:

    cara2 membuat sulaman benang mcm mne??

  25. kejora says:

    salam…

    nak tau teknik sulam benang nie sama dengan teknik sulaman reben ker??
    cam berminat nk belajar dua2 sekali…

  26. Jijah says:

    susah betul saya nak cari jarum yang halus. Saya ada rice pearl yang mempunyai lubang yang sangat halus. rasanya jenis jarum macam mana perlu saya gunakan? kebanyakan jarum yg saya beli tak muat lubang rice pearl tu.

  27. faizah says:

    klu nk bli kit brpe hrga??

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>