Bengkel Sulaman Manik Asas (5)

IMG_1061

Akhirnya, setelah sebulan bercuti bengkel sulaman manik bermula kembali. Kali ini cheq-sue mengubah lokasi bengkel ke kediaman cheq-sue di Kota Damansara.  Harap peserta selesa walaupun rumah cheq-sue ini kecil sahaja. Sesuailah untuk jumlah peserta yang kecil. Kalau ramai cheq-sue akan buat di Dewan PUSMA semula.

IMG_1062

Antara peserta yang hadir ialah Marziyana, Halizah (sedang asyik membelek manik di baju raya cheq-sue) dan Ruzila.  Senangnya buat kat umah cheq-sue boleh tunjukkan contoh-contoh sulaman manik yang cheq-sue jahit pada baju cheq-sue. Selain tu boleh juga hidangkan peserta minuman & kuih-muih. Hajat dihati nak gorengkan mee, tapi tak sempat, maklumlah pagi-pagi sabtu ni sibuk mengemas rumah. Sempat jamu kuih raya yg belen-belen aje.

Harapan cheq-sue semoga Marziyana, Kak Halizah & Ruzila berpuas hati dengan teknik-teknik yang cheq-sue kongsikan. Semoga berjumpa lagi.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

2 Responses

  1. asma says:

    cheq-sue tak buat lagi kursus kat medan mara ke? saya berminat nak join bengkel tu tp kota damansara jauh sgt dari umah saya.. kalu kat medan mara mudah la saya nak pegi..:)

  2. ena says:

    dari mane nak dapat manik yg bermutu ek?kat tmpat saya payah sangat nak cari manik yg bkualiti apatah lagi manik jepun…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>