Cheq-sue Kembali ke Dunia Blog

Dah hampir sebulan cheq-sue tak menulis blog. Bukan sebab sibuk beraya ke sana ke mari tapi untuk makluman semua, cheq-sue tengah sibuk menguruskan urusan temuduga untuk pengambilan Guru MARA bagi sesi akademik 2009. Temuduga akan bermula dari 28 Okt – 14 Nov 2008.

Sebenarnya dah ramai yang bertanyakan bila Bengkel Sulaman akan diadakan semula. Cheq-sue akan cuba cari masa terluang bermula November ini untuk mengadakan semula kelas sulaman tersebut. Jadi jangan lepaskan peluang bagi sesiapa yang berminat sila emel/contact cheq-sue segera untuk booking tempat (emel: sue@cheq-sue.com atau hp: 012-2522276)

Cheq-sue lebih mengalu-alukan peserta secara berkumpulan dalam jumlah (5 -10 orang) di mana kelas akan ditentukan oleh peserta sendiri keutamaan di sekitar Kuala Lumpur/Selangor. Bengkel untuk peserta dari negeri-negeri lain juga boleh diadakan jika jumlah peserta melebihi 10 orang dan tarikh/masa perlulah dirunding terlebih dahulu.

Bagi peserta yang mendaftar secara perseorangan, cheq-sue akan memaklumkan melalui telefon/emel tarikh dan tempat bengkel akan diadakan apabila jumlah peserta cukup 5-10 orang. Kemungkinan kelas akan diadakan di rumah cheq-sue di Kota Damansara, PJ Selangor.

 

Salam rindu….

Cheq-sue

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

5 Responses

  1. manismadu says:

    salam 2 cheq-sue.. br muncul kembali cheq kite nih…
    ;-)

  2. faim says:

    salam..
    saya berminat utk mengikuti bengkel sulaman.boleh tak cheq sue hantarkan sebarang informasi mengenai bengkel2 yang diadakan.tq

  3. ibh says:

    salam…hu..huu..akhirnya cheq-sue muncul gak…lama tul cheq-sue tak update blog…

  4. cheq sue says:

    to manismadu & ibh: TQ…Tu lah….cuti raya & urusan kerja..perlu didahulukan. Sekarang ni baru rasa boleh berblogging semula.

    to faim: bengkel sulaman manik asas telah cheq-sue jadualkan seperti di topik BENGKEL tuh. pada Setiap hari Sabtu, 10.00 pagi – 1.00 tgh di rumah cheq-sue di Kota Damansara. kalau nak join boleh contact segera utk dpt alamat.

  5. zairani says:

    asalamualaikum.apa khabar cheq su.dah lama rasanya tak masuk blog cheq su ne.akak zai nak tanya cheq su buat bengkel asas ke advance.rindu nak jumpa cheq su.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>