Bengkel Sulaman Manik Asas (3)

IMG_0610

Bengkel Sulaman Manik Asas (3) kali ini cheq-sue buat di KL Sentral atas permintaan Pn. Rozita iaitu Pengerusi Persatuan Wanita KTMB (Puspanita). Seramai 7 orang peserta hadir pada sesi kali ini.

Pertama kali cheq-sue mengajar dalam bulan puasa, jadi sesi pengajaran agak perlahan dan tenang pada mulanya. Namun keadaan semakin rancak bilamana semua peserta sudah mendapat ilmu teknik-teknik asas dan cheq-sue pun memulakan mengajar teknik-teknik yang lebih advance untuk menggabungkan kemahiran asas tadi menjadi bentuk sulaman yang lebih menarik seperti membentuk bunga dan daun. Kelas berakhir kira-kira hampir pukul 2.00 petang.

Antara aksi yang sempat dirakam:

IMG_0622  IMG_0627 IMG_0624 IMG_0626 IMG_0628 IMG_0625

Akak yang bertudung putih itulah Pn. Rozita. Akak yang bertudung hitam ni pula wajahnya mirip Fauziah Nawi (Pengarah & Pelakon terkenal tu).

IMG_0629

Para peserta bergambar bersama cheq-sue di akhir sesi. Terima kasih cheq-sue ucapkan kepada semua peserta yang hadir antaranya ialah Kak Rosmawati, Kak Norizan, Kak Maimon, Kak Rozita, Kak Laila, Kak Suria (nama panggilan che’ sue juga) dan Kak Anita. Semoga dapat bertemu lagi di lain masa dan selamat berpuasa. Harap dapat terus praktis kat baju raya sendiri.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

5 Responses

  1. Kak Ella says:

    TQ Sue, ari ini dapat satu pelajaran lai, mempelbagaikan jahitan manik.
    Kalau umah akak dokek ngan sue, agak dah pindah ke umah sue just nak jahit manik je. He he he!
    Memang syok bila dah pandai kannnn.

  2. cheq sue says:

    to Kak Ella: Akak pun cheq-sue tengok memang dah ada bakat menjahit manik tu. Tadi ajar sikit ajer dan boleh buat….cantik pulak tu. Yang penting kreatif dalam menentukan kombinasi warna dan dapatkan design yang menarik dan up to date.

  3. wan wma says:

    cheq-sue nampak cam orang yang paling muda kat situ..hhehehe

  4. cheq sue says:

    to Wanwma: Nak tahu Rahsia awet muda cheq-sue klik sini http://www.goji-maharani.com/

  5. nency says:

    mcm mane nak join kelas cheq sue..n yuran bape hinggit :)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>