Cheq-Sue Kembali ke Sekolah

Sempena kunjungan cheq-sue ke KKTM Balik Pulau untuk menemuduga beberapa orang calon Pegawai Latihan Vokasional MARA, Cheq-sue mengambil kesempatan ini untuk menjenguk sekolah lama iaitu MRSM Balik Pulau yang pada tahun ini telah menyambut ulang tahun penubuhannya yang ke-25 tahun "Jubli Perak" (1983 – 2008).

IMG_0146

Mengimbau kenangan 14 tahun lalu…..

Inilah pintu masuk ke Telaga Ilmu…..yang cheq-sue timba dahulu……..bersama rakan-rakan kelas 4B (1994) & 5B (1995)

IMG_0142IMG_0141

Gambar depan kelas cheq-sue (5B) dirimbuni pohon bambu. Water Fauntain dan kerusi batu yang suatu ketika dulu menjadi tempat kami lepak-lepak sambil bincang hal-hal akademik selepas PREP petang.    

IMG_0145IMG_0139 IMG_0147IMG_0144IMG_0143IMG_0153   

IMG_0140

Cheq-sue bergambar bersama Pengetua, Tn. Hj. Mohd Sabri b. Ali dan Timbalan Pengetua, Pn. Halimahtun Saadiah yang kini boleh dipanggil sebagai rakan sekerja dan boleh duduk semeja. Mereka ialah cikgu cheq-sue semasa cheq-sue masih student, Cikgu Sabri ialah Penolong Pengetua dan Pn. Halimahtun ialah Cikgu Fizik waktu itu.

 IMG_0601

Sambutan Jubli Perak MRSM Balik Pulau telah diadakan pada 25 – 27 Julai 2008. Ramai juga rakan-rakan Batch 1994-1995 yang turun tapi cheq-sue tak berkesempatan. Maka di kesempatan ini cheq-sue beli Majalah Nostalgia ini sebagai kenang-kenangan.

IMG_0608

Gambar kenang-kenangan Guru-guru yang pernah mengajar cheq-sue dan rakan-rakan seperjuangan yang lain hingga menjadikan kami insan-insan yang berguna di pelbagai lapangan. TERIMA KASIH CIKGU!

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

4 Responses

  1. Lie says:

    cheq su…produk untuk orng laki x de ke?? x kan produk orng pmpuan jer kot?

  2. cheq sue says:

    Rosli : Produk orang lelaki ada, boleh tengok dekat http://www.gojiguarana.com

  3. mardiana says:

    cheq sue..aku ni mar..kelas H.Kalu ko ingat lagi la..huhuu. ko buat pe skrg…banyak sngt business, cofius aku..anyway slmat maju jaya le kat ko..slmt hary raya, maaf zahir&batin

  4. cheq sue says:

    to Mar: Ingat….Mar yg comei tu kan. putih-putih orangnya. Kau buat apa lak skrg ni? duk kat mana? hantar lah gambar…nak confirm kan betul tak ko ni mardiana yg aku agak tu. Aku kerje HR ngan MARA….business biasalah….slogan MARA kan “Keusahawanan Kerjaya Pilihan”.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>