Bengkel Sulaman Manik Asas (2)

IMG_0016

Bengkel Sulaman Manik Asas (2) pada hari ini berjalan dalam suasana rancak sekali. Tidak sedar bila jam dah menginjak ke pukul 1.00 tengah hari. Semua para peserta begitu fokus sehingga masing-masing ikut sama berdiri dengan cheq-sue sambil belajar jahit manik. Buat Rohana, minta maaf kerana tidak sempat tunjukkan cara-cara Jahit Manik Teratai dengan detail kerana Rohana terpaksa balik awal. Tapi cheq-sue sempat berkongsi teknik dengan peserta yang lain walaupun dalam keadaan yang agak terburu-buru. InsyaAllah di lain kesempatan cheq-sue akan tunjukkan stepnya dalam blog ni.

Bengkel kali ini cheq-sue tak sempat buatkan ole-ole untuk para peserta kerana petang ni nak berangkat ke Penang (outstation selama seminggu). Jadi cheq-sue decide order makanan & minuman daripada Restoran Zaza. So, tadi sebelum memulakan kelas….kami bersarapan dulu dengan nasi lemak, kuih & teh tarik.

Antara aksi yang sempat dirakam:

Self service ya. Jangan malu-malu…:)

IMG_0024 IMG_0025

Para peserta begitu bersemangat sehingga tak sempat duduk. 

 IMG_0027

IMG_0028 IMG_0026

Peserta bengkel bergambar di akhir sesi bersama cheq-sue. Di penghujung kelas, cheq-sue sempat lagi berkongsi beberapa teknik advance bersama para peserta.

IMG_0030

Terima kasih kepada Rohana, Zuraini, Cik Noria, Mirzana, Rezan, Nor Azlina, Nik Nur Faizah dan adik (Syikin). Semoga semuanya mendapat manfaat daripada bengkel tadi dan sekiranya ada sebarang pertanyaan boleh contact cheq-sue bila-bila masa. Sehingga bertemu lagi.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

8 Responses

  1. ieza says:

    hai cheq su…

    seronok nampaknye kelas jahitan cheq su…
    bila agaknya cheq su nk bt kelas di Melaka?
    teringin sangat nk join kelas cheq su…

  2. cheq sue says:

    To Ieza: datang ajerlah ke KL. habis kelas boleh shopping pulak kat SOGO atau Jln TAR. Meriah kalau musim nak raya mcm nih. Kelas di Melaka kalau Ieza boleh kumpul peserta dlm 10 orang InsyaAllah boleh diusahakan.

  3. nonie says:

    che sue ada buat kelas ke?
    baper charge?
    nak join lah.. aritu saya ada berbalas email ngan che sue

  4. cheq sue says:

    to nonie: Meh la join, sempat lagi kalau nak belajar dan lepas ni boleh jahit manik kat baju raya tu. Yurannya RM50. Kelas akan diadakan lagi pada 13 September ni pukul 10.00 pagi hingga 1.00 tgh hari. di Medan MARA, KL.

  5. mocca says:

    bagus tahap gaban la teknik cheq su i first timer nak try dh tngok teknik yg u ajar so bleh ikut klu wat kt mlaka insyaallah i nk join

  6. dila says:

    salam..cheq sue bila bengkel nak diadakan nak joinlah..

  7. ROZY says:

    Salam Cheq Sue sy Rozi Bla akan da klas Manik lg utk tahun 2009 ni?

  8. saidatul says:

    salam cheq sue,sy sai dari kl,2010 ni ada klas manik lg x???

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>