Bengkel Sulaman Manik Asas (1)

IMG_0005

Syukur Alhamdulillah bengkel sulaman manik asas yang pertama kali cheq-sue adakan ini berjalan dengan lancar. Rasa seronok sangat dapat berkenal-kenalan dengan para peserta. Ada yang sanggup bertolak awal-awal pagi dari jauh untuk mengikuti kelas ini. Cheq-sue harap apa yang cheq-sue ajarkan tadi berbaloi terutama kepada Kak Zai yang datang jauh dari Batu Pahat. Masa dirasakan sangat singkat. Rasanya banyak lagi tips-tips dan teknik lain yang tak sempat dikongsi. Kalau boleh cheq-sue nak berkongsi sebanyak mana pengetahuan yang ada dengan kalian semua.

Antara gambar yang sempat dirakam:

Para peserta sedang tekun menyulam manik.

IMG_0010 IMG_0011 IMG_0012 IMG_0013

Peserta bengkel bergambar di akhir sesi bersama cheq-sue. Setiap peserta juga dapat membawa pulang kit sulaman manik berserta ole-ole dari cheq-sue.

IMG_0015 IMG_0005

Terima kasih buat Kak Zairani, Kak Mahiran, Kak Norizan, Kusuma dan Nasyreen. Harap dapat bagi komen dan cadangan membina tentang bengkel kita tadi. Sehingga kita bertemu lagi di lain masa.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

20 Responses

  1. kusuma says:

    meh kasih, cheq sue atas suma tunjuk ajar…
    walaupun sekejap ajer tapi banyak pegetahuan ttg teknik menjahit manik…
    rasanya blh lagi sambung dengan advanced techniques pada masa akan datang ek..

  2. enie says:

    hu,hu..best nampaknyee….tak dapat nak joinn…..

  3. cheq sue says:

    to kusuma: sama-sama. memang tak sedar masa berlalu pantas…harap kusuma dah dapat jahit manik kat baju raya yg cantik tu. Kalau nak tayang hasil sulaman tu…emel lah kat cheq-sue.

    to enie: mai la join sekali. enie kat mana?

  4. kak zai says:

    asalamualaikum.
    terima kasih pd cheq sue diatas semua tunjuk ajar dan rasa cukup berpuas hati.kalau satu hari tentu lebih seronok.rasanya bila nak buat advance tak sabar nak tunggu?

  5. rashidah says:

    semekom…cheq sue bila nak buat bengkel kat muar plak?

  6. cheq sue says:

    Kalau ada cukup peserta ….mungkin dapat diusahakan nanti. boleh juga cheq-sue singgah makan mee bandung muar nanti.

  7. cheq sue says:

    Bengkel sulaman manik anggun (advance) may be kita buat lepas raya. tapi kalau dlm bulan puasa ni ada yg nak juga, kalau cukup 5 org cheq-sue boleh adakan kelas tu.

  8. ieza says:

    salam che su
    agak2 bila ye nk dtg melaka
    bk kelas di melaka pulak..
    bole gak sy join skali nanti
    sbb minat sgt dengan seni jahitan manik nie…

  9. ROSNANI MUSTAPA says:

    kalau ada class saya nak joint skali.

  10. aMeliN says:

    saya berminat untuk sertai kelas jahitan manik nie tp wat ler kat JB…Hopefully pas Raya ke coz sy nak mendalami lg bidang ni…

  11. amy yasmin says:

    cheq sue,min berminat nk join bengkel jahitan manik!!so bila lg nk wat??plz…

  12. cheq sue says:

    to Ieza, Rosnani, Amelin, Amy Yasmin:

    Cheq-sue on class macam biasa setiap sabtu/ahad tapi kat KL lah. U all boleh double confirm dgn cheq-sue melalui emel dan bg detail spt alamat dan no tel. Sabtu ni cheq-sue akan buat kelas sulaman manik asas di KL Sentral. kelas dah full utk Sabtu nih. Apa-apa hal pun boleh call cheq 012-2522276.

  13. Anna says:

    Salam buat Cheq Su, kalau buat bengkel menjahit sulaman manik di Melaka saya pun nak joint sekali. Best la Cheq Su ni semua boleh!

  14. nency says:

    nak joint kelas cheq su tp lepas raya skrang buzy untuk persiapan raya hehee…so selamat berpuasa cheq su n slamat raya :)

  15. kAK ENA says:

    wow…selepas tengok cara2 n sulaman manik cheq su.rasa teringin sangat belajar menjahit manik.tq cheq su…..all the best!

  16. Sunny Safrina Patrick Jitam says:

    Salam Pn. Cheq-Sue,

    Saya dari Sarawak, amat berminat untuk mendalami sulaman manik ini. Saya juga berminat untuk membuat kursus/bengkel sulaman manik & labuci di Sarawak. Adakah puan berminat untuk menjadi tenaga pengajar bengkel tersebut?

    yang benar,
    ~SunnY~ Kuching

  17. siti_86 says:

    kak sue bila wat kelas lg..best ler klau wat kat umah coz siti dok prima dmsra jer…yg join pun xder ler rmai sgt

  18. ana says:

    salam kak..saya dari sarawak..saya nak tanye,akak takde buat kat kuching sarawak ke tahun ni..kalau ade,harap boleh inform saya ek..^_^

  19. cheq sue says:

    bengkel boleh dibuat di mana sahaja atas permintaan peserta secara berkumpulan. sula emel kpd sue@cheq-sue.com utk perbincangan.

  20. intan says:

    salam Cheq sue,
    saya berminat nak joint bengkel jahitan manik,agaknya bila kak sue nak buat lagi kat penang ni…harap buat waktu cuti sekolah…sbb sy teringin nak joint:)

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>