Jahit Manik Tabur

IMG_0057IMG_0101

IMG_0056 IMG_0145

Langkah-langkah:

1. Sediakan manik yang bersesuaian dengan kombinasi warna kain & manik. Benang seelok-eloknya sama warna dengan warna kain.

IMG_0054

2. Mulakan menjahit manik ikut suka mana-mana arah dan anggarkan jarak di antara setiap manik adalah sama/hampir sama mengikut kepadatan yang diinginkan (sama ada jarak atau rapat).

IMG_0079

3. Manik dijahit satu persatu atau boleh juga gunakan 2 biji sekali. Cucuk jarum dari bawah kain, masukkan sebutir manik dan cucuk semula jarum ke bawah jaraknya sama dengan saiz manik.

IMG_0092

4. Penuhkan manik di kawasan atau zonnya yg berhampiran.

IMG_0094IMG_0098

***Tips atau rahsia nak cepatkan jahit manik tabur ni ialah letakkan beberapa campuran manik yang hendak dijahit pada telapak tangan dan semasa menjahit, ambik manik dari telapak tangan kiri seperti gambar di bawah. Semasa menjahit pegang jarum dengan tangan kanan (bg yang bukan kidal). Manakala tangan kiri digenggam supaya manik tidak jatuh/bertabur.

Walaupun teknik ini nampak senang, tapi ramai juga yang mengeluh apabila nak menyiapkannya. Jadi jangan lupa praktikkan tips yang cheq-sue bagi nih. Selamat mencuba!

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

35 Responses

  1. kusuma says:

    hai, cheq sue?

    sum nak just nak tau cmane nak order Fabuline Capsule secara online?

    atau blh tak dapatkan kat stokis yang ada kt kl?

  2. cheq sue says:

    cheq tak ada shopping cart yang canggih utk buat order online. Tapi kalau nak order bank in jer ke mana-mana bank seperti di bawah

    1. Maybank
    – Mazuhan bin Ahmad
    – Akaun No: 164258377771
    Masukkan amaun wang tunai sebanyak RM85.00

    atau

    2. CIMB
    Nombor Akaun : 14030228700527
    Nama Penerima : Suhana binti Jaapar
    Masukkan amaun wang tunai sebanyak RM85.00

    Pengesahan Bayaran
    1. Melalui sms. Taip SMS Kepada 012-252 2276

    Format sms : bilangan harga bank tarikh nama alamat
    Contoh: 1 maharani RM85 maybank 12/7 nama anda alamat pos anda

    2. Melalui email sue@cheq-sue.com

    – Nama Penuh
    – Info bayaran transaksi bank dan kepilkan slip transaksi
    – Alamat penuh untuk pos
    – No. Hand Phone
    – Bilangan Fabuline Capsule ( maharani) yang dipesan

    (Produk akan dihantar sebaik sahaja pengesahan wang telah dibuat.

    Ataupun kalau nak boleh ambik dekat ofis cheq sue dekat Medan Mara KL. Harga tanpa kos pengeposan ialah RM81 sahaja.

  3. huda says:

    che su…
    tak amik tempahan ke?
    kalau ada, utk jahit manik tabur tangan dgn leher berapa rm ye?

  4. kusuma says:

    cheq sue..

    blh la beli trus pd cheq sue ek nti?
    sum keje kt area jln tun razak ajeer..

    cmane nak dpt no contact cheq sue?

  5. kusuma says:

    cheq sue..

    ohh.. cheq sue kt medan mara kl?
    sum keje kt jln tun razak ajer..

    cmane nak contact nak beli trus ajer pada cheq sue?

  6. cheq sue says:

    to Kusuma: ni no hp cheq: 012-2522276
    Bila nak fabuline tu? kalau nak mai ambik sendiri kat Medan MARA tu, call/sms dulu awal sehari sebab nak kena ambik produk tu dulu.

  7. cheq sue says:

    to Huda: cheq sue tak berapa nak ambik tempahan sebab takut lambat siap…tapi kalau nak juga….emel la setakat 1-2 pasang maybe boleh, tapi utk kawasan sekitar KL jerlah. Bayaran tu ikut bajet la bergantung kpd kepadatan manik dan jenis manik yg diguna. sekitar RM50 hingga RM150 +++

  8. Mommy Lily says:

    wahh ciksu ni kreatif la..cantekkk

    tima kasih atas tips2 tu…mami pon belajar dari ciksu gak

    tengok sini
    http://lilysafiyya.blogspot.com/2008/08/another-mc.html

    mula2 jahit ni ada la senget2 sikit hiihii…lps tu okey dahh

    thanks cheq sue..ada tips boleh bagi lagi ye

  9. wawa says:

    boleh bagi contoh design jahitan manik lain x selain yg ade dlm ni..

  10. cheq sue says:

    to mommy lily: byk lagi tips yg dah dikongsi cubalah belek-belek blog nih…wah bergayala anak dara awak raya nih.

    to wawa: kalau nak cth design wawa boleh tgk kat PAUTAN….kat situ cheq ada letak link senarai beaders. design semua menarik kat situ.

  11. reen says:

    saya dah cuba buat kat baju raya yang baru ni…
    lepas blaja best la. banyak design boleh buat coz dah tau teknik…
    tq cheq sue

  12. cheq sue says:

    To Reen: Bagus tu. Yang penting kena tau teknik….design kita boleh tiru kat mana-mana aje…atau dapat ilham dpd motif-motif di sekeliling kita.

  13. zra_azuRa says:

    as’kum…
    ni second time sy msuk blog ni…
    btul2 teruja tngk info yg ade dlm ni ..
    cheq sue ni kreatif la…
    terbuka minda sy tngk blog ni…
    hehheheheehehee
    sy pnah try jhit manik tu…
    tp ade ptua x bg jhitan tu lg nmpk ok di sblh dlm..
    sbb kdg2 nmpk srabut ckit…
    ok thanks…

  14. ibuiman says:

    salam cheq sue,sy minat nk bljaq jhit mnik ni…leh bg tips utk org br nk start mcm sy…slmt brpose…

  15. irmawati says:

    cheq Sue,saya ingin melihat koleksi hasil karya sulam riben cheq Sue,bisakah ditampilkan? nanti saya juga akan coba mengirim gambar bersulam hasil karya saya.(ibu Irma,Indonesia)

  16. mira says:

    sy baru nak try buat manik tabur,blaja buat manik pun dari adik,mintak die ajar kan yg basic,lame2 sronok pulak,skg tgh buat utk kawan ofis & utk baju raya..ade 1 baju raya sy kebaya nyonya,da bersulam tapi sy nak highlight lg,mcm mane ye nak jahit utk baju jenis ni

  17. afiq says:

    ih..ih.. part tabur menabur nih sye kne praktis lgik la….

  18. ila says:

    salam…

    sy cuma nk bgtau cara lebih cepat dan mudah lg nk control manik dan jadi cepat..
    letakkan manik2 tu dalam pinggan yg leper, cth: pggan kita mkn nasi tu… haaaa… letak la beberapa colour tp asingkn ikut warna la… k.. selamat mencuba…

  19. liza says:

    salam…akak sy nk thu lah mcmner ngan harga klu upah untuk manik tbur kat lengan shj,lengan n leher

  20. dewi says:

    kurang puas melihat.

  21. tini says:

    knape cheq su guna manik yang simple sangat???

  22. ayu says:

    salam cheq su..
    macam mana nak sembunyikan benang di bawah kain selepas jahit manik tabur sebab buruk rupanya kalau orang nampak..kalau terkena pada bahagian lengan yang lipatan (kelepet) nya dalam setengah inci bolehlah kita sembunyikan, tetapi kalau kita nak jahit manik tabur dalam dua inci benang di bawah kain akan kelihatan juga..tolong bagi tips.. tq, Ayu KL.

  23. ryannaiz says:

    cheq sue,
    saya minat sgt nak belajar jaitan manik ni tp xde msa nak ikut bengkel jahitan manik, cheq sue xda perancangan ka utk mgeluarkan buku yg berkaitan dgn jahitan manik?, klu ada tlg email sya…sya mo bli hehe..

  24. cu'are says:

    jahit manik ni…biasanya guna benang 4 ker??

  25. izzati az-zahra says:

    saya minat dengan jaitan manik seperti yang di tunjukkan,, cantik sekali hasil jaitan itu… kalau boleh terbitkan lah buku jaitan manik….thank you.

  26. zana says:

    Askum. che sue nk tanya kalu kita panggil che dtg kt tempat kami dlm 10 atau 20 org utk ajar kami cara2 jahitan manik bleh? bape RM 1 org?

  27. fazrin says:

    salam,che sue kalau ada buku terbitan jahitan manik tolong emailkan ye.. nak beli..tq

  28. K says:

    terima kaih kerna kongsi tops

  29. K says:

    terima kasih kongsi tips

  30. ieda says:

    terima kasih kak….seronok tengok. bila la agaknyer saye leh wat sendiri macam akak wat

  31. fatim says:

    sronok tgk, sye mmg minat benda mcm nie.. klu ade care lain yg bo cheq-su tunjukkn..

  32. Pn. Norzaida Binti Razali says:

    Cantik dan kemas………
    sharre seberapa krreatif yg ada,tq

  33. kk says:

    canntik nye……

  34. hanani says:

    Assalam cheq sue,

    Cheq sue amik upah buat sulam kan? utk sulam lengan baju shj brape biasa cheq sue amik?

  35. fairuz says:

    nk tanya pasal buku jahitan manik tu….harga mmg RM10 saja ke?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>