Som Tam & Pulut Mangga

IMG_0425 

Selesai shopping barang keperluan di Tesco tgh hari tadi, semasa menuruni eskalator cheq-sue terpandang gerai  menjual Som Tam. Terasa kecur air liur. Teringat kali terakhir mencuba dan mengenali makanan Siam ini semasa cheq-sue di tahun 1, Desa Bakti, USM. Sorang kawan cheq-sue orang Siam dari Kedah dia ajar cheq-sue resepi som tam ni.

Antara bahan-bahan yang cheq-sue masih ingat:

1. Bahan-bahan utk parut/sagat:

- betik muda

- mangga muda

- lobak merah

2. Bahan-bahan lain:

- kacang panjang patah-patahkan (1 inci)

- kacang goreng

- udang kering (merah)

- 4-5 biji cili api (ikut suka)

- air perahan limau kerisik/purut/lemon

- gula pasir /gula merah

- garam

- bawang merah & putih 2-3 ulas

Cara-c ara menyediakan Som Tam:

- Terlebih dahulu perlu ada lesung penumbuk tak kira la batu ke, kayu ke asalkan boleh tumbuk.

- tumbuk cili api, bawang dan udang kering

- masukkan bahan-bahan/buah yang telah diparut dan tumbuk dlm lesung penumbuk (jgn sampai hancur)

- masukkan kacang goreng dan tumbuk lagi.

- masukkan perahan limau, garam & gula tumbuk lagi

- gaul supaya semuanya sebati dan bolehlah dihidangkan.

- boleh tambah ikan bilis goreng rangup (lagi sedap)* resepi asal tak de ikan bilis

 IMG_0426IMG_0424

Pulut mangga ni pula sungguh enak sekali. Dah lama cheq-sue teringin nak makan tapi tak berkesempatan nak pergi ke Perlis. Dah jumpa hari ni teruslah cheq-sue tak lepaskan peluang untuk merasanya. Untuk kedua-dua makanan ni, pulut mangga tu paling best! (kena pandai masak santan dia supaya cukup masin & manisnya)

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

9 Responses

  1. mkaw77 says:

    Kalau balik Aloq Staq mesti cari punya. Sayur keladi pun favorite gak.

  2. cheq sue says:

    mkaw77: org aloq setaq ka? sayuq keladi cheq x pandai buat…nanti gatai lidah

  3. angkara says:

    good aku suka resep makananya bleh jg

  4. ninoZ says:

    aikkk..somtam buh bawang besaq?
    dak kotttt
    cherry tomato tu tenyeh sekali pun sedap

    pulut ayam tak suka ka?

  5. cheq sue says:

    Ninoz…bukan bawang besar tapi bawang merah hok kecik tuuuu.

  6. fatimah says:

    Terima kasih sebab ajar kak mah som tam ni. Kak teringin nak belajarnya since kak try masa kat narathiwat dulu. Memang sedap. Tapi lagi sedap kalau kita makan ikut stail orang thailand. Caranye gini, masukkan semulut, kunyah separuh kemudian makan ulam-ulaman mentah spt kangkung, kacang panjang dan kobis (biasanya diberikan sekali dgan somtam bila order) anda akan dapati rasa setiap ulam berkenaan menjadi sgt sedap dan berubah dari asalnya. Kemudian baru telan.Memang sedap. Kecur liur teringatkannya. Sebenarnya di thailand, somtam dibuat menggunakan sejenis gula khas nama gula som tam. Tp kalu dah tak de, bahan apa pun jadi.

  7. cheq sue says:

    Yup….cheq-sue baru ja pekena somtam kat Rantau Panjang hari Ahad lepas…on the way balik dari kelantan ke Penang agenda biasa mesti singgah Rantau Panjang. Patutlah ada kangkung tapi tak tau pulak cara makan dia macam tu. akhirnya kangkung tu cheq-sue buat sayur utk masak nasik goreng ….ehehhe

  8. mamantoz says:

    nak tanya.

    yang pulut mangga tu,santan dimasak dgn gula dan garam sampai pekat ke??

  9. awang says:

    blh bg detail krim yg nok mkn nge pulut 2….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>