Jahit Manik Jurai

Salam ceria kawan-kawan semua. Kali ni cheq-sue nak berkongsi pula cara-cara untuk jahit manik jurai. Manik jurai ini sesuai dijahit pada leher baju dan dibentuk seolah-olah seperti loket rantai. Sebelum tu sepanjang leher baju perlulah dijahit manik. cheq jahitkan manik pintal yang simple aje di sekeliling leher baju. Di penjuru belahan leher cheq-sue jahitkan sekuntum bunga supaya ia kelihatan seakan-akan loket rantai.

IMG_0385

Langkah-langkah jahit manik jurai:

1. Keluarkan jarum di tengah kelopak bunga tarik benang hingga habis dan isikan manik sebanyak 20 biji atau lebih (ikut kepanjangan yg diingini). Kemudian masukkan sebutir manik beras/pearl. Masukkan pula sebutir manik lagi sebagai penghujung.

IMG_0377-1IMG_0378

2. Kemudian halakan jarum arah ke belakang semula dan cucuk jarum pada manik beras. Teruskan menyusup benang melalui manik-manik tersebut hingga ke pangkalnya. Pastikan saiz jarum yg digunakan boleh melalui manik-manik tersebut.

IMG_0379IMG_0380

3. Setelah jarum yg disusup sampai ke hujung pangkal benang, keluarkan jarum dan perlahan-lahan tarik benang hingga semua manik tergantung/terjurai dengan kemas. Matikan jahitan.

IMG_0381 IMG_0383

4. Maka siaplah manik jurai! Nampak senang tapi perlu berhati-hati semasa menarik benang ke pangkal. Cuba dulu baru tahu. OK….SELAMAT MENCUBA!

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

11 Responses

  1. Liza says:

    Assalamualaikum, Cheq Sue,
    Maaflah sy nk tanya nih, sy masih x faham ttg langkah 2-3 tuh. bila sy buat benang tuh menyusup sampai ke pangkal lps tuh manik semua berterabur, mcm mana eeek jd cam tuh ???

  2. cheq sue says:

    Wsalam. Liza…awak tertinggal satu step iaitu apabila hendak susup semula ke belakang tu manik yang paling hujung tidak perlu di susup sekali lagi. Ia seperti penamat pada jurai tu. Kalau tak jelas sila klik kat gambar tu supaya gambar lebih besar dan nampak lebih jelas.

  3. ida says:

    hai kak sue..tq sebabbg tutorial nie…da lama sesangat ida nak blajar manik jurai nie..tak beli buku mahal sgt…kalau

  4. azmah says:

    hai kak sue, saya nak tanya, bahagian belakang kain yang kita jahit manik tu takpe ke kalau nampak benang-benang yang tak cantik tu? atau kita kena tutup dgn kain lain pulak

  5. ayu says:

    salam ksue..ayu ni bila tengok yang ksue buat teringin nak cuba..kadang2 cuba tak cantik pun..bila dah tak cantik buka balik..buat lain..nak buat manik bunga tabur tak jadi2

  6. hanisah bujang says:

    kalo kain wane pink plain,bead wane ape nak pakai?corak ape yg sesuai cheq sue?

  7. tie says:

    salam chek su

    tie suka tgk koleksi chek su
    byak sagt contoh jahitan manik
    chek su leh x atar koleksi selain dari ini ke email tie.

    trima kasih

  8. siti says:

    terima kasih… tutorial cheq-sue sungguh bermakna untuk saya dan banyak memberi manfaat…semoga cheq-sue dilimpahi rahmat Allah kerana kesanggupan berkongsi ilmu..

  9. lienda says:

    salam cheq-sue.terima kasih.suka tgk blog cheg-sue..byk ilmu cheq-su kongsi.moga rzki cheq-sue lebih murah.lienda minat sgt ngan sulaman manik, benang, mengait.. tp x brape pandai sgt..pas tgk tutorial ni..boleh la jahit skit2 skrg..harap byk lagi tips cheq-sue blh kongsi.

  10. khairunnisa says:

    salam kak sue… tq 4 tutorial manik ni… sy de jgk beli buku jahit manik tp kurang faham la.. pas dh tgk tutorial ni, sy boleh la jahit ckit2… untuk permulaan sy try kt baju sendiri… alhamdulillah jadi la jgk… anyway tq ye kak sue…

  11. Siti mahani says:

    Salam..sya bru mcube teknik manik jurai ni,alhamdulillah menjadi lah..trma kasih kak.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>