Kristal Tourmaline

Emas dan batu-batu permata adalah perhiasan yang dianugerahkan oleh Allah SWT kepada kaum wanita. Sebagai wanita cheq-sue pun tak terlepas daripada meminati batu-batu permata hasil daripada perut bumi ini. Begitu indah dan unik ciptaan-Nya. Ia bukan saja indah malah jika disingkap dari sudut mistik dan perubatan alternatif batu-batu permata ini mempunyai seribu khasiat dan kegunaan. Untuk mengenali dengan lebih lanjut tentang batu-batu permata (kristal) ini boleh lihat di blogroll cheq-sue topik "Info Kristal".

Tourmaline-051 

tourmaline2 watermelon

Gambar: red-green tourmaline & watermelon tourmaline

Cheq-sue sekarang ni tengah minat gila dengan kristal tourmaline. Uniknya kristal tourmaline ini ia mempunyai kesemua 7 spektrum warna pelangi. Zaman kanak-kanak dulu ada cerita dongeng mengatakan pelangi menyedut kristal jauh di dalam perut bumi dan membawa kristal tersebut ke tempat dimana pelangi itu turun. Tetapi pernahkah kita dengar orang berjaya menjejaki pelangi???

Hajat hati nak beli 1 set rantai labuh dan rantai tangan untuk "berjangok" raya nanti:) Kalau ada rezeki nanti cheq-sue tayang kat sini…..(dah survey dah….harga boleh tahan hmmm). Zaman moden ini emas terlalu mahal, maka bagi wanita moden yang bekerjaya lebih ramai yang memilih perhiasan daripada kristal atau kombinasi emas/perak/suasa + kristal berbanding emas penuh. Ia juga nampak lebih mewah dan elegan.

Petikan Artikel:

Batu-batu permata terjadi melebihi 120 km di bawah perut bumi – melalui tekanan yang kuat dari permukaan bumi. Maka, semua atom karbon akan terperangkap membentuk kristal-kristal indah putih bercahaya. Melalui tekanan gunung berapi, perubahan plat benua, dan fenomena perubahan bumi, batu permata terdesak keluar ke permukaan bumi. Maka sebagian kecilnya akan menjadi intan berlian dan selebihnya akan terperangkap di celahan gunung-ganang, bukit-bukau atau batu-batuan bercampur dengan unsur mineral yang lain untuk membentuk pelbagai jenis batu permata dalam pelbagai warna yang sungguh menakjubkan.

Hasil daripada gabungan dengan mineral-mineral lain, terbentuklah intan baiduri, kecubung, nilam, delima, zamrud, tourmaline, alexandrite, garnet, mata kucing, mata harimau, zircon, kunzite, chrysoberyls, bryls, opal, fuchsite, aked, ametrine, fairus, malaqat, yaqut, mirjan, jarummas, citrine, peridot, aqua marine, dan ribuan lagi jenis batu permata yang terdapat di seluruh alam ini.

Melalui kecanggihan teknologi pada masa kini, terhasillah pelbagai jenis intan, kristal dan batu-batuan melalui olahan tangan manusia sendiri. Baik yang asli atau tiruan, ianya tetap menarik sebagai perhiasan  anting-anting, cincin, gelang, dan sebagainya. Itulah kebesaran Allah S.W.T dan keajaiban alam ciptaan-Nya yang sebagian besarnya masih belum disingkap oleh manusia….

Dipetik dari: http://wacanaseoranghamba.wordpress.com

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

9 Responses

  1. ifa says:

    Macamna kalau saya mahu beli kristal Tourmaline cantik giler ler….geramnya…

  2. cheq sue says:

    ifa: cheq dah pun tempah 1 set rantai labuh dan rantai tangan. kalau ifa nak boleh emel cheq-sue personally…nanti cheq tunjukkan tempat yg cheq tempah tu.

  3. ibumuqrish says:

    macam minat gak ler.. nk beli batu permata asli.. tak mampu!!.. kedainya kat mana yer..

  4. irma,indonesia says:

    cheq sue tengah minat gila sama batu2an tourmaline,awas hati2 jangan sampai menjadi gila sungguhan,ha..ha..bergurau ya cheq sue,jangan marah

  5. mama siti says:

    salam cheq su,sy antara berjuta yg minat ngan batu2 ni.sy nak tnya cheq su tau x pasal bt labradorite?apa ye bhs mlayu nya?sy ada mcm2 koleksi termasuk labradorite,cntik bt tu kuar warna kebiru biruan mcm sirip ikan.

  6. fen says:

    salam..saje drop by..huhu. awk tau x pape psl permata fyrus?? kelebihan die ke.. sbb kalo x silap nabi junjungan kite pernah pakai permata jenis tu..

  7. Su Zaidi says:

    Alahai Cheq Sue macam nak gila saya tengok batu2 permata ini saya memang minat sangat dimana boleh saya dapatkan batu tourmaline dan watermelon tourmaline ni? saya berada di Singapura.

  8. hairul says:

    saya berminat sangat untuk mengetahui tentang batu permata tourmaline ni..kalau setakat seketul tourmaline untuk dibuat cincin mahal tak?..kalau cheq su tau la…anyway thanks

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>