Jahit Manik "Baby Daisy"

IMG_0283

Salam ceria kawan-kawan sekalian. Dah lama benar cheq tak update blog ni dengan artikel sulaman. Ada perkara dan urusan lain yang lebih memerlukan tumpuan dan perhatian cheq terutama dalam urusan kerja hakiki di pejabat. Rasa bersalah pun ada. Menyedari itu….kali ini cheq berbesar hati berkongsi dengan pembaca setia blog cheq-sue.com dengan teknik jahitan manik “baby daisy” seperti yang diminta oleh “Putri-Nian”. Harap ia dapat mengubati kerinduan kalian pada celoteh cheq-sue:)

  IMG_0272  IMG_0248

Cheq bercadang nak hiaskan dress flower girl Aisyah ni dengan manik “baby daisy”. Oleh itu cheq telah pilih manik pearl kuning sebagai tengah bunga dan manik round toho warna cream untuk kelopak bunga. Teknik jahit manik ini amat mudah dan hasilnya juga amat comel. Sangat cantik bila dijahit pada baju kanak-kanak/baby, sesuai dengan namanya iaitu “baby daisy”.

Langkah-langkah:

1. Cucuk jarum dari bawah kain dan masukkan manik pearl utk tengah bunga. Cucuk jarum ke bawah kain.

IMG_0273 IMG_0257

2. Cucuk semula jarum dari bawah kain ke atas dan masukkan 8 biji manik bulat (perlu di ingat saiz manik ini perlu lebih kecil daripada manik utk tengah bunga. Bilangan manik bulat bergantung kepada saiz lilitan pada manik tengah. Sekiranya manik tengah lebih besar maka lebih banyak manik bulat diperlukan untuk membuat lilitan penuh supaya membentuk kelopak bunga.

IMG_0275 IMG_0265 

3. Lilitkan manik bulat mengelilingi manik pearl (tengah bunga) dan cucuk jarum ke bawah di hujung lilitan.

IMG_0263  IMG_0262

4.  Cucuk jarum dari bawah dan keluarkan jarum di celah manik ke-4 (ikut bilangan separuh lilitan). Cucuk semula jarum ke bawah untuk mematikan jahitan supaya lilitan manik tidak terangkat seperti gambar di bawah.

  IMG_0267 IMG_0278

IMG_0266

5. Siaplah jahitan manik “baby daisy”. Selamat mencuba   

IMG_0269

IMG_0271

Edisi cuci mata/tayang anak dara:

Aisyah melaram dengan dress flower girlnya semasa kenduri kahwin “Moknie”. Dress belum dijahit manik baby daisy.

 IMG_0016 IMG_0015   

IMG_0023 IMG_0026

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

24 Responses

  1. sue_aina says:

    salam cheq…lawa2 jahitan manik cek…sue baru nak belajar jahit manik nie..terjumpa bloq cheq…kemas n detail…nak try buat gak lah…tq cheq…cute anak2 cheq..tq

  2. Zura says:

    Cheq Sue… saya ada cuba baby daisy ni.. Saya nampak je cheq sue buat kiutttttt sangat.. saya pun terus cuba..

    1st time ni buat manik..

  3. cheq sue says:

    sue_aina, tq. teruskan melawat ke blog cheq-sue.

    Zura, sesuai & cute sangat baby daisy yg awak jahitkan kat baju tu. Zura memang kreatif…sekali tengok ajer dah panadai.

  4. Min says:

    eh comel & simple jahitan tu, and baby girl pun sgt la comel..

  5. cheq sue says:

    tq Min…tak lama lagi birthday Aisyah yg ke-2 tahun. Bila tgk Fondant cake awak tu…..rasa macam nak order la. Tapi tentu sayang nak makan sebab cantik sangat.

  6. Zura says:

    Aisyah 2 thn bila? Maya pun 2 thn Nov nie. Sayang tak dpt jumpa haritu..

  7. cheq sue says:

    Bulan Oktober nanti 18hb.

  8. aliff says:

    xde nak buat kelas pengajian menjahit manik ker?

  9. cheq sue says:

    InsyaAllah akan buat tak lama lagi….sekitar KL.

  10. putri_nian says:

    thanks cheq sue…byk pengetahuan putri dpt dr cheq sue ni..jahit manik ni byk kesabarannya..kene tekun dan minat..aisyah cute ler cheq sue..:)

  11. cheq sue says:

    putri_nian: oh….terima kasih. teruskan support & bg semangat utk cheq terus berkreatif.

  12. ummu rumaisa says:

    thanks cik sue…bila tgk jahitan baby daisy ni teruja sangat..tak sabor nak tgu anak dara beso skit…skrg kicik gi..tkt sakit dia lak tekena manik-manik tu…

  13. emmi sabri says:

    Cantiknya cheq-sue buat, Emi pon ade buat manik… kalu nak tengok sile la ke blog emmi Beads By Emmi… Komen la yeeeee, utk emi improve ;P

  14. Anita says:

    Buat le kursus

  15. habsah othman says:

    bila la agaknya dapat join bngkel cheq sue!!!

  16. habsah othman says:

    saya ade baby girl terasa nk cuba la jait manik…..

  17. habsah othman says:

    tent meriah gayo thn nieee!!!

  18. azie says:

    cheq sue,
    if ada plan nak buat kelas manik sekitar shah alam/subang/petaling jaya, boleh inform me tak? interested to learn.. so far dah cuba buat baby daisy, tapi tak berapa kemas sangat…

  19. Nisah says:

    thanks sbb buat blog ni utk tontonan umum bg yg berminat dengan sulaman manik2.. banyak idea n ilham yg diperolehi

  20. hanif says:

    tgok blog ni upany blog kak Suhana ker.best argk tgok kak su sulam labuci tu.ader byk lg tak? klu da post ler leh kami kat KMK ni wat bli time free

  21. Nurfisza says:

    Salam Cheq Su,
    Terpesona sekejap tengok sulaman ni?
    Sume nye comel2, kemas, cantik.

    Fiza nak tnya, Cheq Su dapatkan bekalan manik dari mana? Sbb sy nak order banyak2, nak try buat jg. Kebetulan mmg ngah planning nak market kan hasil sulam tangan.

  22. nun says:

    salam,nun nk tanya c.sue ajar ke kalau nun nk blajar jht manik

  23. Ruzie says:

    salam…cantik dan mudah…tq! Ingin cuba jahit manik baby daisy walaupun simple tapi menarik.

  24. Enn says:

    Salam , Hi Cheq Su,

    CANTIK SANGAT Design2 sulaman manik .Cheq Su memang seorang Pemurah , Terima kasih banyak2 kerana rajin post Tutorial untuk kami semua belajar & jahit manik sendiri. Doakan diMurahkan Rezeki dari Allah SWT.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>