Knitting – Baju Sejuk

IMG_0276

Semasa window shopping kat Reject Shoppe hari Jumaat lepas….cheq-sue terpandang baju sejuk baby ini. Tak sangka harganya begitu murah! cuma RM13.90 sahaja. Bila diteliti rasanya ia handmade hasil knitting dan crochet. Finishing untuk leher, lengan baju dan bawah baju dengan crochet. Manakala sulam pada baju pula mengaplikasikan teknik cross stitch bentuk butterfly. Kalau nak harapkan cheq-sue buat sendiri rasanya Aisyah dah besarpun belum tentu mummy nya sempat siapkan. Maka jalan mudah ialah beli aje. Sekurang-kurangnya dapatlah dibelek-belek buat pembakar semangat untuk cuba buat sendiri lepas ni.

IMG_0277 

IMG_0280 IMG_0282

IMG_0278

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

8 Responses

  1. Min says:

    Sue, cantik baju tu Sue, good buy kan..best gak jalan-jalan kat Reject tu kadang-kadang.

  2. cheq sue says:

    Min: ye lah min, kat itu banyak baju especially utk baby girl yg cantik-cantik.

  3. Kalau di Indonesia ini namanya baju hangat rajut….?kalau nggak salah…btw salam kenal ya…

  4. Ina says:

    Salam kenal Cheq sue.
    Sebenarnya saya ni memang minat sgt seni tangan ni.tapi tak tau mcm mn nak knitting.kalau crochet tu boleh la..tp knitting ni kalau tak ada guru ni susah sikit kalau pakai tgk buku ja..unless kt dah ada basic mcm mn nak cast on, knit,purl atau bind off..jadi nak tanya la cheq sue sekiranya ada bengkel knitting selain dari bengkel sulaman tu..if ada boleh la sy join..:)terima ksh..

  5. cheq sue says:

    Ina, cheq-sue pun masih fail bab knitting ni…simpan dulu minat ni…sebab belum jumpa guru yg sesuai. samalah kita nih….mmg susah baca buku aja tak faham.

  6. she says:

    kak,kait jarum satu punye pattern ade tak?jarum due punye tak reti la..kot kot akak boleh ajar..or kite bagi duet akak tlg fotostat kan buku kait tuh..boleh blaja.kite tgk kat kedai buku macam mahal je bukunye….

  7. syahidah says:

    salam Cheq Sue

    kalau Cheq Sue belajar knitting sendiri, saya syorkan Cheq Sue belajar melalui video selain membeli buku. Saya hanya belajar melalui youtube sahaja serta panduan knittinghelp.com. Untuk buku rujukan saya lebih memilih buku panduan versi Bahasa Inggeris kerana terma2nya lebih senang difahami. Terma2 ni digunakan di seluruh dunia.

    Dalam youtube, u type saja apa yang u nak tahu for beginners. cth: knitting cast on; atau knitting stockinette stitch. Di situ akan dipaparkan teknik secara terperinci bagaimana nak cast on dengan betul.

    Alhamdulillah, sekarang ni saya dah boleh mengait topi dan skaf anak saya. Sekarang sedang dalam proses mengait skirt untuk anak perempuan pulak. Jangan lupa, minat yang mendalam akan menjana ketekunan yang tinggi. :)

    Rasa seronok pulak bila ada orang Malaysia yang minat knitting, esp orang Melayu :)

  8. Mas says:

    Salam semua..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>