Buku Variasi Seni Mengait

IMG_0284

Buku Variasi Seni Mengait ini cheq-sue beli gara-gara nak belajar buat knitting, salah satu topik yang terdapat dalam buku ini. Menariknya tentang buku ini kerana kandungan buku ini terdapat pelbagai variasi seni mengait yang terdiri daripada knitting (kait jarum dua), crochet (kait jarum satu), kaitan pita, sulaman tangan, sulaman hiasan dinding serta sulaman tampal. Harga nya pun begitu murah, cuma RM19.90. Bagi sesiapa yang nak belajar buat tudung bawal sulam tangan pun ada juga ditunjukkan beberapa contoh beserta cara-cara membuatnya.

Cuma cheq-sue agak kecewa tentang teknik knitting yang kurang jelas. Bagi yang baru mula nak belajar tentang knitting tentu pening kepala nak memahami langkah-langkah knitting ni. Paling geram bila melihatkan contoh pelbagai jenis kaitan awan yang sememangnya cantik tetapi langkah-langkah yang diberikan begitu ringkas sehingga sakit kepala dibuatnya. Tapi bila teringatkan pesanan penulis, cheq-sue jadi "cool" dan tetap tanam azam nak belajar juga knitting ni sampai pandai biarpun perpuluh tahun lagi….(tunggu zura (sewcute) ajar nanti).

Petikan pesanan daripada penulis

" Hanya satu pesanan saya… banyakkan bersabar dalam menyiapkan satu-satu perkara dan terus mencuba serta berusaha hingga berjaya"

Cheq-sue nak ucapkan tahniah dan terima kasih kepada penulis iaitu Pn. Nik Azizah Daud kerana walaupun sudah menjangkau usia emas beliau masih mampu berkongsi ilmu dan menghasilkan buku Variasi Seni Mengait ini. Memang ramai ibu-ibu seusia Pn. Nik tahu dan pernah menjadikan seni mengait ini sebagai hobi mereka, namun kebanyakan di antara mereka telah lupa teknik-tekniknya dan tidak pula menanam minat kepada anak-anak gadis mereka untuk terus mempelajari seni mengait ini, maka dengan itu hari demi hari kita dapat lihat seni mengait ini semakin dipinggirkan dek arus kemodenan. Maka syabas dan terima kasih yang tak terhingga kepada Pn. Nik kerana mengambil inisiatif membukukan kemahirannya ini. Sekurang-kurangnya buku ini dapat menjadi penyambung warisan kepada generasi yang akan datang untuk terus mempelajarinya.

IMG_0287

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

11 Responses

  1. Jnet says:

    Boleh tolong sesape yg ade beli buku ni yang amazingly paham dgn instructions buat awan tu, please help me…
    Kait 3, angkat benang, buang yg pertama, kait satu, angkat benang, buang yg ketiga..
    ape bende yg nak di buang tu…….

  2. maz says:

    mcm mn nk dpt kn buku ni? boleh sesapa tlg tak?

  3. cheq sue says:

    to Maz: Cuba cari kat kedai buku Minerva atau MPH.

  4. nina says:

    buku ini tak ada di mph online. di mana lagi saya dpt beli?

  5. umi says:

    boleh tak saya dapatkan buku ini kak sue?

  6. isabella says:

    Sy baru beli tersebut melalui online, sy setuju dgn cheq-sue teknik yg dipamerkan sgt keliru lebih2 lagi bagi mereka yg baru nak belajar mengait menggunakan jarum dua ni..lah ni memang sedang mencuba sedaya upaya.. andai perlu tunjuk ajar sudi tak cheq-sue bantu sy?

  7. suriosram says:

    assalamualaikum;

    saya baru je beli buku ni…payah nak faham cara nak membuatnya tak macam buku keluaran jepun yang pernah saya tengok mereka siao buat lakaran rantai dan gelung lagi…ada tak buku dalam bahasa melayu yang macam tu?

  8. neo mum says:

    sy org sabah.kat mana sy blh beli buku yg d maksudkan d sabah area tuaran?plz help me…sy dah pandai dan kira mahir mengait cuma nak cari corak yg br yg blh sy cuba kait.thanks.

  9. Mariam Mohd halim says:

    Assalamualaikum…
    saya nk tanya,cmne sy nk dptkan buku ni? sy ckup berminat nk mempelajari seni mengait..

  10. ainn says:

    mcm mana nk dapatkan buku ni??ada tak penghantaran ke rumah?lokasi kedai yg terdekat dengan rumah saya,area semarak kuala lumpur

  11. azie says:

    tak faham lah mcm mana nak kait bunga ros yg ditunjukan di segmen tv1 26 april 2012….. sy mmg dah lama mengait……

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>