Jarum Knitting

IMG_0208

Cheq-sue berjalan dari Medan MARA menyusuri Jalan TAR hingga ke Jalan Masjid India. Hampir setiap kedai alat jahitan cheq-sue singgah dan bertanyakan tentang jarum ni tapi semua tak jual. Malah ada juga jurujual yg cakap tak kenal jarum ni.  Akhirnya cheq-sue jumpa juga jarum knitting ni di Kedai Klim Craft dekat dengan kedai kain Jakel, Jln Masjid India. Kat kedai tu pun cheq-sue bertanyakan jurujualnya dan mereka mengatakan tak jual jarum tu. Tapi cheq-sue tetap tak berputus asa dan cheq-sue survey sendiri setiap alatan jarum yang ada dijual di kedai tu dan akhirnya……cheq-sue terpandang "circular knitting needles" ni. Paket pembungkusnya pun sudah kekuningan dan kelihatan sudah usang. Tanpa berlengah lagi cheq-sue terus menunjukkan kepada jurujual tersebut dan memberitahu bahawa inilah jarum knitting. Sambil tergelak kecil merekapun mengakui bahawa mereka sendiri tidak mengenali jarum ini. Cheq-sue request diskaun, sebab barang lama. Tapi dapat kurang RM0.50 sen sahaja. Cheq-sue juga beli knitting yarn ni.

IMG_0200 

IMG_0199 

Jarum knitting ini sebenarnya ada pelbagai bentuk dan saiz. Yang cheq-sue beli ini siap ada wayar yg menyambungkan kedua-dua jarum. Ia bagi memudahkan kita sekiranya membuat knitting yg lebih lebar. Tapi material jarum ini adalah daripada plastik. Jarum jenis besi seperti jarum crochet adalah lebih baik kerana tidak kesat pada benang.

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

19 Responses

  1. Alisha says:

    Saya cuba buat baju sejuk guna knitting. Jadilah. Masalahnya saya tak tahu camner nak wat bhgn leher ngan nak decrease bahagian ketiak dia. Any idea? Last sekali susah sangat, sy buat terus crochet. Dah jadi pun 2,3 lai baju. Skrg tgh dlm proses nak buat baju t-shirt utk suami. Corak knitting punyer teknik crochet iaitu ‘cables’. So fun, and looks very nice.

  2. Zura says:

    Hi Alisha… ada mcm2 cara nak decrease. Cuba tengok video nie

    http://video.aol.com/video-detail/how-to-decrease-knitting-video/424393847
    http://www.youtube.com/watch?v=oJDFFmjpbpA

    Wah.. boleh tak tengok baju yg dah siap tu?
    Buat cables lagi? Susah tak? Saya nak sangat buat cables, tapi takde cable needle..

  3. Alisha says:

    Saya buat cables style guna jarum crochet. Baru lps accident. Baru balik kerja. Nak mengait pun tak boleh lagi ni.

  4. ramziah hani says:

    Salam Sahabat Cheq Sue,

    Kalau nak tengok macam-macam benang dan order online
    boleh cari di Yarn-Paradise, Turki punye…
    cantik-cantik, macam-macam jenis ada… dan ianya
    murah-murah…gile you.. tengok benang knitting/ kait.

    Salam Ukhwah dari Kak Ramziah, Ulu Kelang.

  5. Hazlin says:

    Salam..

    Cheq Sue, saya ni baru nak berjinak2 dlm knitting ni… punyalah susah nak cari jarum… tgk kat web site ni (http://maycraft.com.my/design/279/index.cfm?urlID=maycraftcommy&id=5070&languageID=179) ingat nak beli online jer…tapi reasonable tak harganya tu… mintak pendapat cheq sue…

    Tima kasih

  6. sofiah shaffii says:

    susah mencari jarum knitting dan buku dekat area banting dan putrajaya,bolih bantu saya

  7. ija says:

    Kepada sahabat sekalian, saya kat ipoh ni bertuah x dak masalah utk dapatkan jarum knitting. Kalau sesapa yg berminat utk mendapatkan jarum tu emel saya jer atau kontek saya kat 012 – 500 3205. Kalau nak saya tolon, InsyaAllah bulih…hihih

  8. fitriyana says:

    skarang nie tgh wat knitting tuk my baby girl.tapi susah sgt nak cari jarum double pointed.nak beli online kat mayfair craft,mahal sgt.sbatang jarum single point nak rm30.
    beli kat kedai singe point baru rm7.rasa tak berbaloi nak beli.klu ada sesapa boleh tolong.saya nak 1 set double pointed needle

  9. fitriyana says:

    sesapa yang boleh tlg, inform ja kat saya

  10. farah says:

    knp tak ada laman web yang terangkan secara mendalam dan terperinci tentang knitting ,

  11. rohani says:

    a’kum cheq sue,
    saya berminat sungguh untuk belajar cara2 menjahit labuci n manik.
    boleh x cheq sue tunjukkan pelbagai lagi cara menjahit labuci n manik.
    tq

  12. Alliyah says:

    A…..gembiranya…..saya dah lama dah cari jarum tu kat KL…tak jumpa2….last2 terbaca blog akak….yeah….nanti leh lah p beli……….

  13. huda says:

    salam..sy ade g jalan tar..tp x ingat name kedai..hu2..x jumpe la circular needle tu

  14. nurrie says:

    salam…
    kalau nak cari jarum knitting boleh cari di macy kat petaling street atau habby & wools kat ampang park….
    kat situ banyak pilihan jarum knitting….

  15. shamin says:

    salam,
    saya duduk di pahang,
    ade sesiapa tau dimana nk mencari circular needle?

  16. hafiz says:

    salam…
    bole tanye sikit…
    kat mane ade jual jarum utk jahit kasut?
    harap sape2 bole tolong….

  17. Hasnol says:

    Sy pun tgh cari jarum jahit kasut. dulu rasa2 mcm pernah nampak kt pasar tani kt stadium shah alam atau maidin usj. tak pasti tp salah satu tempat tula….

  18. hasnol says:

    Cuba cari”AWL SEWING KIT” dlm internet. Ada melambak2 tp kos poatage mahal pasal beli dr USA. Satu company to name dia “AWL for ALL”-cuba try test!

  19. hasnol says:

    Jarum jahit kasut dan lain2 yg berkaitan dgn `shoes cobler`
    ha ha ha… sy dah jumpa kedai dia.

    Ada segala yg berkaitan dgn kasut (jarum,paku,gam,tapak,kulit, benang dll) segalanya boleh dapat di kedai di jalan sultan KL. satu jalan berhadapan dgn pawagan REX lama (skg dh jadi kedai makan). Betul2 depan Family Cconvenience Store. Semua ada kt situ. murah lak tu!

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>