Jahit Manik Pintal

Kali ini kita akan mempelajari pula cara-cara menjahit manik pintal pada lengan baju. Kat sini cheq tunjukkan gambar baju raya cheq tahun 2006. Jahit manik pintal merupakan teknik jahit manik yang pertama cheq pelajari hasil dari pemerhatian.

IMG_0321 IMG_0322

IMG_0318 IMG_0316   

Langkah-langkah:        

1. Cucuk jarum pada hujung lengan baju. Jarak dari hujung lengan baju ialah 1 atau 2mm. Sediakan 4 manik bulat dan 2 manik heksagon dlm bilangan 2+2+2. Manik bulat diletakkan dikedua-dua hujung supaya manik pintal terbentuk dengan cantik. Sekiranya menggunakan manik heksagon, jahitan akan kelihatan agak kasar dan tidak kemas.

IMG_0337 IMG_0340

2. Cucukkan jarum dihujung manik dan susup keluar jarum pada manik ke-3. Masukkan 2+2+2 manik dan jahit lurus mengikut teknik jahitan batang (Stem Stitch).

IMG_0341 IMG_0342

3. Ulangi langkah ini seterusnya sehingga selesai. Perlu diingat sekiranya jarum dikeluarkan di sebelah kanan, pastikan pada jahitan seterusnyapun jarum dikeluarkan dari sebelah kanan. Begitu juga sebaliknya. Jangan diselang-selikan kanan dan kiri.

IMG_0343 IMG_0357

4. Beginilah rupa hasil jahit manik pintal. SELAMAT MENCUBA!

IMG_0350

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

73 Responses

  1. farihah says:

    saye emang ah lame cari care nak jait manik pintal ni..pasal ie kemas , simple kalau negok..cerewat tak nak wat ie??

  2. zatty says:

    Tahniah dan terima kasih buat cheq-sue yang tak lokek ilmu

  3. ani says:

    klau boleh buat dlm bentuk youtube …pandangan aje…tk

  4. liyana sani says:

    saya suka menjahit manik tp xdelah secantik cheq-sue. cuma masalahnyer dekat bahagian leher,terutama bhgian belahan kiri dan kanan mesti x belence, x cntiklh. Kalaulh cheq-sue leh tunjukkan skt dlm blog ni lg best. boleh x????

  5. fara says:

    trima ksh cheq-sue……
    sy mmg minat mnjahit………….tp x tau nk blaja mane.sy jhit mnik kat jubah sy pakai idea sy sndri.hrap cheq-sue dpt tnjuk lbh byk cra

  6. norhani binti hussain says:

    salam,

    cheq-sue k hani memang x minat menjahit. tapi teringin nak belajar menjahit manik kat baju. cheq-sue ada bukak kelas atau buku koleksi menjahit manik ke

  7. azura says:

    akum akak bukak lagi ker blog nie kalu leh saya nak kongsi pendapat n dapatkan tunjuk ajar,saye kecik lagi tapi saye berminat untuk jahit labuci,kalau ssudi sms or caall saye kat no 0139347056

  8. ZASHA says:

    tq,cheq sue ,saya dah boleh jahit manik piramid dengan manik pintal..

  9. nurul says:

    nak join class cam ner kak….. sy nak blanja jahit manik.

  10. kakjue says:

    cheq sue , tahniah kerana berkongsi idea dan minat. akak sangat berbangga dengan hasil kerja cheq sue. teruskan niat murni cheqsue.

  11. cik yan says:

    terima kasih saya belajar jahit manik pintal ni lalu blog cheq ni tau..terima kasih banyak

  12. Ruzie says:

    tq che sue…saya tak sabar nak cuba jahit manik pintal ni…

  13. syidah says:

    salam…saya peminat baru dalam jahitan manik ni..bila saya jumpa cara2 yang cheq sue bagi ni,saya terus cuba..betul cheq sue cakap tu klau ikut betul2 mesti jadi punya…saya dah buat dan alhamdulillah jadi cam yang cheq sue ajarkan tu…terima kasih yer…harap bagi lagi cara2 jahit manik bentuk lain pulak…

  14. sabariah says:

    slam…saya juga peminat jahitan manik…dah lama nk belajar, dimana boleh saya dapati buku sulam manik ni??cheq sue ader menjual buku2 tue??dan berapa harganya

  15. norizah miran says:

    saya pun menjahit juga dan ada mesin sulam tapi sulam biasa2 saja saya nak cari sulam kerawang kalau ada nak belajar cheq ada ke?

  16. surea says:

    salam..akak peminat baru jahit manik ni. terima kasih banyak2 coz blog cheq su banyak membantu. Akak respek kat cheq su sbb x lokek ilmu. Allah jua yg dpt membalasnya..

  17. nur says:

    salam….sy berterima kasihlah pd blog cheq su banyak membantu pd sy, sy bari nak berjinak-jinak dng manik-manik ini terima kasih banyak dng adanya laman blog in tq.

  18. noorayub says:

    salam…sue..kalau ada e toturial crumble…manik besar d campur manik kecil tlg email kat saya…..saya nk try gak

  19. eima says:

    akum.. Eima berminat nk blaja jahit manik.. Cantik. Pas tgk blog cheq sue. X sbr nk jahit sndri. Terima kasih!

  20. yong says:

    maaf saya nak tanya sikit..kita guna 1 jarum ke 2 jarum.Saya teringin nak jahitkan kat baju raya sbb baju tu kainnya kosong je..jadi kalau letak manik nampak le timbul sikit.TQ

  21. wah lengkap juga cara2nya disini

    tapi ada bbrp gambar yang tidak kelihatan…

    mungkin bsa dilihat lg

    tetapi bagus tutorialnya

    terima kasih :)

  22. norli says:

    asalamualaikum… saya pergi belajar jahitan manik tapi dah lupa puan ada tak contoh yang puan dah jahit pada hujung lengan lagi?tk

  23. cheq sue says:

    Atirah belajar dgn siapa? Bila?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>