Peralatan Untuk Sulaman Riben

Untuk memulakan sesuatu sulaman,  bahan-bahan asas untuk sulaman perlulah disediakan terlebih dahulu. Cheq sendiripun mengambil masa yang agak lama untuk mengumpulkan semua bahan-bahan sulaman ni. Kalau kita dapat pergi ke kedai "Craft World" senanglah sebab kat situ semua peralatan kraf ada. Kalau disemak peralatan cheq ni, cheq belum dapat cari penebuk kain, tapi menurut kawan dalam "forum cari" kalau tak ada penebuk tu, kita boleh gunakan penetas benang. Kalau nak senang gunakan kain untuk buat cross stitch mcm dalam gambar peralatan sulaman kat bawah ni. Koleksi riben pun nampaknya tak cukup lagi sebab cheq hanya beli riben saiz 1/4. Perlu tambah lagi riben saiz 1/2, 1, 1 1/2 & 2 inci. Untuk permulaan ni cheq hanya gunakan ribon satin. Kalau nak dapatkan hasil sulaman yang dramatik, ribon sutera paling sesuai…..tapi harganya pun boleh tahanlah.

IMG_0142

Sekarang ni yang memeningkan kepala cheq ialah nak buat design apa? Kat bawah ni adalah contoh gambar rajah yang perlu kita sediakan sebelum boleh mula jahit sulaman riben. Design yang telah dipilih hendaklah pula dilukis pada kain menggunakan eraseable pen. Dakwat pen ini akan hilang apabila dibasuh atau apabila lama terdedah kepada udara.

sweetheart-RE 

sweet3-RE

stchkey

sumber gambar rajah dari forum cari

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

23 Responses

  1. maya says:

    cheq sue, kat mane kedai Craft World tu?

  2. cheq sue says:

    tadi pagi cheq baru jer pergi kedai craft world tu, kat SS2 Petaling Jaya. Mcm mcm ada….tapi cheq cuma beli jarum milliners, riben & design cross stitch.

  3. molly83 says:

    askum,,,cik su,,bleh tak c.su senaraikan brg yg dgunakan utk sulam reben,,molly dah beli reben n jarum,,tp cina kat kedai tu tak tau betul ke tdk jarum tu utk jahit reben,,molly beli je lah,,saiz 18/22,,betul ke,,,

  4. cheq sue says:

    Molly: Barang utk sulaman riben, samalah macam kat gambar peralatan sulaman riben yg cheq post kat topik tu. Cuma lagi saiz jarum yg kita guna ialah: 20, 18, 16, 14 & 13. Jarum Milliners saiz 3/9 pun perlu jugak untuk sulam benang. Untuk sulam riben ni, kita juga perlu tahu sulam benang terlebih dahulu. Sulam benang biasa kita buat untuk batang, daun dan bunga-bunga kecil.

  5. syuha says:

    mak oii…mencabar gak nak buat sulaman ni..patut la hasil yg dah siap dijual ngn harga yg agak menyenggat!tp…LAWAAAAAAAAAAAAAAANYEEEEEEEEERRRRRRRRR

  6. shirley shim says:

    saya sangat berminat untuk belajar sulaman riben tapi tempat saya tidak ada yang mengajar kerana saya tinggal di Sabah. bahan-bahannya pun susah untuk di beli. bagaimana cara untuk saya, sekiranya saya ingin belajar.

  7. cheq sue says:

    to Shirley: Mudah aja, cheq-sue cadangkan awak beli buku jahitan asas sulam riben dan Kit sulam riben yg cheq-sue jual. ramai yg dah beli…dan sekali cuba ajer…dapat buat sulaman riben yg cantik. sebab buku tu memang tunjuk step by step. kalau nak sila semak senarai harga di BUTIK cheq-sue. TQ

  8. shirley shim says:

    masalahnya saya tinggal di Sandakan n kedai buku pun kurang. Bagaimana saya dapat semak senarai harga buku tersebut?

  9. fizah says:

    salam…saya minat sangat jahit cross stitch, dulu selalu beli design n bahan2nyer kat ioi mall puchong, skrg ni kedai tu dah pindah tak tahu kat mana…cari kat kedai2 lain designnyer semua dah lama tak up to date…boleh bagi tahu tak kat mana kedai yang jual design n bahan2 yang terkini dan up to date?tg….

  10. cheq sue says:

    cuba cari kat kedai Craft World. kat situ pelbagai alatan sulaman & jahitan ada dijual. Memang best kalau dapat pergi kedai tu. kat SS2 PJ ada kedai craft world ni…kat tempat lain cheq-sue tak sure.

  11. maksue says:

    kedai kraf yang dulunya di ioi puchong tu berpindah ke bandar puteri puchong..dekat dgn church belakang DHL

  12. eja says:

    cama ne yea yg satu tak tahu apa, o ni. tp nak cuba…sy biasa jahit manik je…hehe..pls pls pls pls pls pls
    sy kena beli Craft World ke juga…………

  13. rohaiza says:

    saya bminat dgn sulaman riben..di mna saya bleh dapatkan kit permulaan untuk belajar sulaman ini?

  14. nani says:

    salam..boleh tak sy nak dengan cik su..

  15. ayu says:

    Akum,
    Kedai Cheq Su ni kat mana?
    Boleh bagi address tak…

  16. hajar says:

    salam,
    saya nk tnya,kt mana ye nk beli eraseable pen??.. dah lme saya cri pen ni..tq

  17. ekin says:

    kegunaan benang sulam untuk jahit ape?

  18. aida says:

    boleh saya tau lokasi kedai Craft World kat ner???

  19. tuan asmila bt tuan mohdnor says:

    ayapun berminat nak belajar…kat shah alam.ada kelasnya ke

  20. siti says:

    salam……
    akak, sy btl2 berminat dengan jahitan reben ni, tp x thu cmna nak mula, klu blh akak tlg bgitau tip utk mula buat k, tq

  21. Munirah says:

    Salam.Camne nak order peralatan sulam riben tu?

  22. balkis says:

    salam cik sue, fabrik belacu/celico boleh tak guna untuk jahit sulam reben?tq

  23. nur says:

    lawa sgt2…teringinnye nk belajar..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>