Navigate / search

Tudung Bawal Sulam Manik dan Benang

Projek cheq hujung minggu ni ialah nak sulam tudung bawal untuk dipadankan dengan kain batik sutera yang baru dibeli dari officemate. Maklumlah sekarang ni setiap hari Khamis wajib pakai baju “Batik Malaysia”. Cheq ada beberapa koleksi tudung bawal kosong. Maka setelah dibelek-belek jumpa juga yang “matching” dengan warna bunga kat kain tu.Cheq cuma perlu tambahkan warna-warna purple dan pink supaya gabungannya nampak sepadan.

Cara-cara jahit manik:

Untuk keliling tepi tudung yang telah dijahit tepi, cheq jahitkan manik jelujur berselang seli manik warna peach & purple.

Cara-cara sulam benang:

Benang yang cheq gunakan ialah jenis “Perle” jenama DMC. Untuk memudahkan benang dimasukkan ke dalam jarum, gunakan penarik benang. Oh ya jangan lupa tegangkan kain pada bahagian yang hendak disulam dengan menggunakan Ram.

Cara jahitan bulion untuk kudup bunga. Daun bunga buatkan jahitan lazy daisy.

Tadaaaaa! inilah hasilnya, InsyaAllah kalau ada kelapangan cheq akan tambah lagi sulaman kat tudung ni, supaya lebih meriah. Alamak baju belum tempah lagi……

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

Comments

Marziyana Mustafa

Cheq Sue,
saya langsung takde basic jahit sulam2/ manik nih..
Boleh tak listkan apa yang cheq sue ada untuk starter kit tuh.Apa contentnye? Kalau boleh saya nak (hehe):
1. buku-buku asas jahitan utk rujukan e.g. pemilihan jarum, benang,manik, etc
2. Alat-alat basic cam ram tu,benang, jarum, kain ke…
3. Kedai mana yang murah nak beli bg org yang duduk kat Puchong/ Seri Kembangan
4. Listkan lah harga item2 yang Cheq Sue boleh provide kat item 1 dan 2 di atas berserta kos hantar sekali so saya boleh order terus .. tgh semangat nih :)

Saya takut pergi kedai terus beli macam2 pastu satu pun tak menjadi….

linda

assalamualaikumm
pertama kali buka laman ewb ni… saya terpegunnn seronok pon ada. saya memang minat dengan benda kraftangan ni… so bole belajar balik… benda2 ni… bole buat duit tuu.. tapi buat masa ni nak buat untuk sendiri jer… sekurangnya ada satu kemahirann

mas

ribuan terima kasih saya nak ucapkan kat cheq sue sebab saya dah boleh jahit sulam tangan kat tudung saya berkat laman web nie. tima kaseh bebanyak yea, mujurlah ada insan yang tak kedekut ilmu cam cheq sue nie, akhirnya saya dapat belajar menyulam..

cheq sue

Pada semua komentor….terima kasih. Tak sempat nak jawab semua persoalan.

Untuk makluman, cheq-sue sedang membuat perancangan utk bengkel terbaru iaitu bengkel asas sulaman benang. Alatan juga akan disediakan oleh cheq-sue. Kalau korang join bengkel ni, InsyaAllah boleh terus buat sulam benang kat tudung/baju kat mana-mana aja. Nantikan posting terbaru cheq-sue berkaitan sulaman benang pula.

ierra

cheq sue, suka sngt tgk sampel jahitan manik & sulaman bunga kat tudung bawal tu, saya pn suka jahit manik & sulaman tudung tu, cumanya saya tak de idea nk jahit manik pesen mana lagi, klu cheq sue sudi leh tak, berkongsi idea.Setakat ni saya baru berjaya menyiapkan 7 helai tudung bawal bersulam bunga tu, jenis bunga yg saya tau bunga Ros, tulip & tanjong,seronok dapat jumpa org yg mempunyai hobi yg sama…

emi

salam kak sue nak tny camner nak pintal benang tu?..leh ajarkan tak?

cheq sue

nak pintal benang utk bullion tu sebenarnya senang aja….cuma kena pastikan lilitan benang tu rapat dan tak terlalu ketat. sebab lepas lilit kita kena keluarkan jarum dari lilitan tu, dan semasa menarik jarum keluar jgn biarkan lilitan tu terburai. hehehe tak faham? kenalah attend bengkel….

azlina marof

salam,cheq su!saye nk tnye la mne cheq su beli tudung bawal kosong tu?saye ade gak servey kt kedai tudung tp xjumpe la!

emma

kak nak tanya ada tak buku yg jual cara2 nak buat tudung bawal sulam manik benang. sya kak budak baru belajar hehe

emma

klu ada mcm mana nak dapatkan buku tu.. tq

NOR

saya dah panda ckit2 jahit sulam ni…..dah 2,3 lai jahit….tapi bunga ros xmahir lagi….lpas tu nak dua lapis bunga ni pun xpasti nk wak gane…tolong ek…

safi

salam…
selamat berknalan cheq su..
first time bukak website ni rasa terpikat lak..
saya mmg minat sgat jahit manik. ada gak try kat baju sendiri. bila dh bukak web site cheq su dh dpt idea nk jahit manik. skang ni nk cuba sulam benang lak…

shikin

salam perkenalan..
kak,ader tak akak bt sulam tangan kat baju kurung ker baju kebaya ker..cam baju2 yg ader jual kat indon tu?kalau ader nak la tgk contoh bj akak..
tq..

dieyla

sy bru nk blaja bt sulaman tp xde asas tp sy mnatt sgt bab2 gni..nk tnya,cmne nk bt sulamn bunga rose,ley tlong tnjuk stey by step

Ewien

A’kum cheq su..emm sy pn salah sorg yg berminat dalam jahit sulam2 nie.first time blajar dgn makcik terus sy jatuh minat nak blajr n buat sendiri..skg saya dah buat 5,6 helai tudung sulam..seronok sgt bila lihat hasil kerja tangan kita dah siap.Cuma utk pgthuan cheq su sy skg nak tmbah kn lagi teknik n cara serta corak2 terkini yg boleh di pelajari.harap dpt pndangan n pendapat dari cheq su.terima kasih.

dhilah

askum,, to all y ske jhit2 mnik nie..
best jgak jahit mnik nie..kne ade ksabaran klau nk dpt hsil y good..to all y sdng mnjhit atau y nk mle proses mnjhit tu byk2 la bersabar…….

wanie kelate

salam che sue saya meme minat dgan jahitan tudung tapi x banyak idea..bleh x pamerkan banyak koleksi2 jahitan yang cantik,kreatif & simpel…ok2,tq

elik faridah

pingin cpt bisa nyulam

naf12

salam cheq sue, kalau ade bengkel jahit manik sy nk join..untuk bulan disember or januari…hehehhe..

rose

salam perkenalan………..hanya org yg kreatif jer yg boleh hasilkan sulaman yg menarik…..lain org lain hasilnya…

zie

saya memang minat sangat dengan jahit manik dan sulam benang kat tudung ni…boleh tak cheq su emailkan gambar-gambar terbaru sulaman manik dan sulaman benang ni kat saya dan cara jahitannya sekali

linda

Salam, saya baru nak ikut serta, saya memang berminat dgn kraftangan terutamanya mengait, menjahit , menyulam dan memasak,semoga dapat berkongsi minat bersama.

Sahayunie

kreatif sgt ler

evie

sy suka corak sulam cheq sue n sy pengen bukux

aira nisrin

cheq su saya minat tul nak blajaq bt sulam pada kain tudung bawal..maner bengkel yg saya boleh attend yer, pastu aper keperluan peralatan yang diperlukan untuk asas sulaman ni. satu lagi buku sulaman aper yang sesuai yer nak didapatkan..sori banyak tanyer

Leave a comment

name*

email* (not published)

website