Buku Kait Jarum Satu (Crochet) oleh Zainon Mohd Nor Al-Yunani

IMG_1056

Buku mengait ini Cheq pinjam dari Perpustakaan MARA. Ia amat bagus bagi sesiapa yang ingin mempelajari dengan lebih mendalam tentang seni mengait (crochet). Buku ini juga memberi banyak contoh-contoh hasil seni mengait yang boleh dicuba. Buku ini ialah hasil penulisan dan kreativiti Hajjah Zainon binti Mohd. Nor Al-Yunani dan telah diterbitkan pada 2002.

Seperti kata Hajjah Zainon, seni mengait (crochet) ini dapat memberi kepuasan dan ketenangan kepada kita untuk memenuhi masa lapang, Ia juga boleh dikait pada bila-bila masa kerana tidak memerlukan bahan yang banyak. Mengimbau zaman remaja cheq dulu, sambil dengar cikgu mengajar dalam kelas sempat lagi tangan cheq mengait kat bawah meja. Biasanya cheq selalu mengait semasa perjalanan dalam bas untuk pulang ke kampung dari asrama, sekurang-kurangnya perjalanan yang jauh itu terasa sekejap jer. Kalau tak percaya cubalah!

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

You may also like...

13 Responses

  1. cokelatrawkz says:

    Cheq-Sue, wah wah kreatif dan halus seni tangan u ye? salute lar. pandai masak lak tu, betuah cik abe…ehhehe ur blog pun boleh tahan informatif juge. me loiiiike it!

  2. cheq sue says:

    TQ atas puji-pujian kak choc. selalu selalulah singgah yea. cheq baru berjinak-jinak dgn dunia blogging nih.

  3. mala says:

    cq-sue…..
    dimana boleh dpt beli buku “kait jarum satu”,saya nak belilah …..boleh cik bagitau sekali dgn harga buku itu.
    tq…

  4. cheq sue says:

    Mala: buku ni terbitan Utusan Publication, harganya RM22.50

  5. sarah says:

    salam.. hy, buat pengetahuan cheq sue saya dah lama beli buku tu. saya berminat nak buat dan dah cuba berkali2 buat ikut buku tu, tapi smpai skrg masih tak dapat lagi. cheq sue takde ke kelas nak buat mengait ni?.. kalu ade kabar2 kan olah yer.. k by.

  6. cheq sue says:

    cheq tak der buat kelas mengait atau menyulam nih. Tapi kalau Sarah nak sgt belajar mungkin kita boleh jumpa. Cuba sarah pinjam hasil sulaman kait dpd sesiapa dan beleklah cara kaitannya. Cheq belajar macam tu jer lah…..kena kira setiap kaitan tu.

  7. agnas says:

    Adakah cik tahu cara mengait buaian, buaian yang boleh diikat di bawah pokok. Buaian ini di buat dengan tali rafia dan jarum kait satu. coraknya macam jala ikan,dulu saya tahu buat tapi sekarang dah tua tak ingat pulak. kalau cik tau atau kawan-kawan tahu rasa orang yang berumur agak-agak 40tahun hingga 50 tahun tahu buat.

  8. elin says:

    jika saya ingin memesan buku seni mengait jarum satu, bagaimana caranya? tq

  9. ummie says:

    dah lama sy cri buku mcm ni.ade lg tak di pasaran

  10. raja.farisa says:

    salam, saya berminat nak belajar benda2 nie.. kat mana erk nak dapatkan buku nie?

  11. dyana says:

    berapa harga buku ni senaskah..

  12. husna says:

    cheq sue ade koleksi buku mengait selain penulis buku Hajjah Zainon binti Mohd. Nor Al-Yunani ?? saya rujuk buku tu, tapi saya tak faham sangat la . takde tunjuk gambar cara2 nya . tapi hasil nya cantik !

  13. jorner bunya says:

    mcm mana nak order buku ini ?

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>