Kait (Crochet)

Kali ini cheq nak berkongsi pula seni kait atau biasa disebut mengait. Ia juga dipanggil kait jarum satu atau dalam bahasa Inggeris ialah crochet.

Seni kait ini pada pandangan peribadi cheq sudah kurang mendapat perhatian berbanding sulaman manik dan sulaman riben. Namun, kalau kita perhatikan pada sekitar tahun 80-an dan 90-an kebanyakan peralatan hiasan rumah dihiasi dengan hasil seni kaitan ini. Contohnya sebagai alas meja,tv, peti ais, malah kipas meja juga turut dihias dengan hasil seni kaitan. Namun, sejak kebelangan ini, cheq perhatikan ia sudah tidak lagi mendapat tempat dikalangan masyarakat kita, malah ada yang beranggapan seni kaitan ini sudah ketinggalan zaman. Hanya pada rumah-rumah dikampung ada yang masih menggunakan hasil seni kaitan ini sebagai alas perabut atau barangan elektrik mereka. Sebalikknya di bandar alas untuk meja dan perabut telah dihias indah dengan hasil seni sulaman riben yang kelihatan lebih mewah dan elegan.

Sekitar tahun 90-an, pada ketika itu cheq di usia remaja sempat belajar seni mengait ini daripada ibu dan hasilnya masih ada di kampung. InsyaAllah, jika ada kesempatan cheq akan berkongsi hasil kaitan (crochet) itu dalam blog ini. Walaupun kini lebih tertarik pada sulaman benang, manik & riben namun ilmu mengait itu cheq rasa amat rugi jika terus ditinggalkan begitu sahaja. Idea baru yang cheq rasa boleh diimplementasikan ialah dengan mencantumkan crochet pada hasil jahitan lain, terutama pada baju anak-anak kecil. Kita boleh mengait bentuk bunga dan daun dan kemudian dijahitkan pada baju anak gadis. Bunga itu akan kelihatan timbul dan menonjol. Pakaian yang dijahit juga akan kelihatan lebih menarik dan unik.

IMG_1153

Contoh benang dan jarum yang digunakan untuk mengait

IMG_1154

Teknik asas mengait. Benang perlu digulungkan pada jari telunjuk kiri biasanya sebanyak 3-4 pusingan jari, manakala ibu jari dan jari tengah (tangan kiri) memegang hujung/punca benang. Jari telunjuk (tangan kiri) juga bertindak mengawal benang yang hendak digunakan. Tangan kanan pula akan memegang jarum untuk mengait.

Ok, setakat ini dulu untuk pengenalan kepada seni kait (crochet). Kalau ada yang berminat lepas ni cheq akan berkongsi pula teknik asas mengait iaitu "kait tali air"

Comments

comments

Powered by Facebook Comments

About the author

Related posts

67 Comments on “Kait (Crochet)

  1. ayin

    cheq sue..tlg sye..sye nk blaja kait..da tgk buku pn sye paham part tali air je?hehehhe..next step tergantung trus

  2. norita

    Salam..saya sudah tahu mengait,banyak yang telah saya buat seperti alas meja, kasut kanak2, alas tv, dan topi kanak2. Tapi kalau boleh saya nak cari paten yang terbaru…kalau akak ada paten yang terbaru tolong la e-mail kat saya.

  3. azura

    Salam..saya berminat nak bljr mengait ni..bleh emelkan saya step basic kait..

  4. azura

    Saya minat nk bljr alas meja, sarung kotak tisu…:)harap cheq sue dpt tolong

  5. athirah maisara

    salam.. cheq sue..saya memang berminat nk belajar tentang mengait ni..cheq sue boleh emailkan kt saya satu persatu teknik2 mengait ni..
    saya ni memang tak der asas dalam mengait ni…satu lagi cheq sue boleh ajarkan teknik2 menjahit manik pintal..harap cheq sue dapat emailkan kepada saya secepat mngkin..

  6. lady

    hi.. saya mmg minat menyulam kait ni cuma saya kehabisan idea pattern2 terkini.. d mana saya blh dapatkan pattern terbaru?
    tq

  7. Hi..minatlah nak mengait, tapi kat mana nak dapatkan patern alas meja bulat yang sederhana besar?

  8. sabihah

    assalamualaikum, saya pun minat mengait juga, cuma saya tak banyak patern nak buat. boleh tak cik sue emailkan patern2 yang terkini.terima kasih

  9. noriko

    Salam Cheq Su, bila sebut pasal kait ni teringat nak buat kotak tisu guna benang kait. Kalau ada caranya boleh tak tunjukkan. Tq.

  10. picco

    Salam, Che Su..bila sebut ttg kraftangan ni..mmg saya minat,tpi syg seribu kali syg ar,sbb tangan ni keras cam kayu hoki..saya terer ar buat tali air tpi pas buat da x tau nk cmne lg,smpaikn tali air tu pnjang berjela..cmne nk buat ye? leh ajar x? bye

  11. jaja

    salam…sy dh lme mnat nk wat seni mngait tp bljar sndiri bru pndai smpai wat tali air..huhuhu..cmne nk truskn step yg strusnya ye?

  12. dya

    salam kak….nape x load video je trus….
    senang nk study…sbb baca je sy x paham la…
    maklum le, spm pangkat 4…hehe…

  13. rohana

    bagaimana saya boleh dapatkan buku variasi seni mengait?

  14. reenaAoki

    Salam Che Su, saya baru dlm bidang ni, masalah sy ssh nk cari jarum crochet aluminium (jarum yg tebal batangnya) kat kedai2 sekitar KL dan selangor. Mungkin Che Su ada advise..
    Terima kasih.

  15. Ku'C

    Salam kak sue..
    saya minat sgt dgn kait-mengait ni tp x tahu bnyk corak. blik2 corak yg sma sj…

  16. nurul aina zanal abidin

    salam cheq sue.. sy dh blh mengait ckit2.. cuma blh x tunjukkn sy kait jarum 1 utk buat beg ke, belas telur ke..

  17. shida

    Dear Che Su,
    Saya baru belajar mengait nak tanya ada tak che su jual benang crochet on line.

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *